MOL Global Beli Friendster, Pertonas Menang Kontrak Cari Gali Minyak Di Iraq

Hari ni kita bercakap pasal bisnes pula sikit2.

Baru-baru ni, syarikat MOL Global Sdn. Bhd. (Malaysia) telah membeli Friendster Inc. Mungkin ramai yang dah tinggalkan Friendster (termasuk aku) tapi mereka masih percaya yang Friendster ni masih ada potensi dan boleh bertahan di Asia. Walaupun MOL tidak mengumumkan kos sebenar pembelian Friendster itu, Reuters menganggarkan harga Friendster boleh mencecah 100 juta USD.

Aku tak tau la sama ada langkah ni bijak atau tak, tapi diharapkan MOL dapat mengeluarkan iklan-iklan yang buruk dan tak berkaitan dalam Friendster tu nanti.

Agak-agak nanti diorang nak tukar nama ke kengkawan.com ke? Haha..

Sementara tu, Petronas baru je menang kontrak daripada kerajaan Iraq untuk menjalankan operasi carigali di sana. Lot yang terletak di Selatan Iraq tu merupakan antara lot carigali yang terbesar di dunia yang masih belum pernah digunakan. Dianggarkan sebanyak 1.8 juta tong minyak boleh dikeluarkan di sana.

Tak taulah macam mana dengan pekerja-pekerja Malaysia yang akan bekerja di sana nanti. Nasib baik juga aku tak terlibat dalam bidang engineering yang macam ni. Kalau kena kerja sana mesti tak best walaupun gaji confirm besar punya. Keselamatan pun belum tentu terjamin tinggal kat Iraq tu.

No Comments