Malaysia Travel Insurance Review 2018

Sejak dua tiga tahun kebelakangan ni, saya banyak baca polisi travel insurance yang ada di Malaysia. Bukannya apa, cuma takut kalau jadi apa-apa masa travel memandangkan kos yang terlibat boleh mencecah ratusan ribu ringgit untuk sesetengah kes kecemasan. Perkara ni pun bukannya tak pernah jadi, dah banyak kes viral pasal orang travel ditimpa musibah terpaksa minta derma sebab tak mampu nak tampung kos berkaitan. Disebabkan sekarang semua orang pun travel, ada baiknya saya kongsikan sedikit tentang travel insurance ni.

Anda boleh dapat travel insurance daripada dua sumber iaitu pembelian direct daripada syarikat insurans yang biasa boleh dilakukan online ataupun melalui manfaat pemegang kad kredit tertentu. Dalam entri ni saya tak sentuh tentang travel insurance daripada kad kredit sebab bukan semua orang boleh dapatkan travel insurance tersebut. Biasanya pemegang kad kredit perlu membeli tiket penerbangan menggunakan kad kredit untuk mendapatkan perlindungan travel insurance yang ditawarkan. Pelan yang ditawarkan pula boleh dikatakan komprehensif, jadi dah jimat kos kalau dapat percuma melalui kad kredit.

Terdapat dua jenis travel insurance di pasaran iaitu individu ataupun keluarga dan boleh diambil untuk satu trip atau untuk tempoh setahun. Kalau travel lebih daripada sekali dalam setahun, ambillah yang setahun terus. Bagi yang melakukan aktiviti lasak seperti bungee jumping, snorkling dsb, berkemungkinan anda perlu top up coverage supaya anda dilindungi semasa melakukan aktiviti tersebut.

Nak cerita pasal polisi dan benefit setiap travel insurance yang ada di Malaysia ni memang takdelah. Jadi untuk senang cerita, saya pecahkan kepada beberapa kategori benefit dan senaraikan travel insurance terbaik untuk kategori tersebut. Sila ambil maklum bahawa saya tak ambil kira kos untuk travel insurance tersebut sebab kalau masukkan faktor kos, memang takkan habis blogpost ni.

Lagipun, saya berpegang pada prinsip tiada satu pun pelan insurance yang sesuai untuk semua orang sebab semua orang ada keperluan, kehendak dan kemampuan yang berbeza. Diharapkan entri ini dapat membantu anda membuat keputusan dalam pemilihan travel insurance.

Travel Insurance Terbaik Untuk Flight Delay

Semua travel insurance akan berikan pampasan kalau berlaku kelewatan penerbangan. Ini adalah untuk cover apa-apa kos lain yang kita terpaksa tanggung seperti makan, minum atau mungkin penginapan kalau kelewatan tu berlanjutan. Saya paling beratkan coverage untuk flight delay sebab bila travel dengan family dengan dua anak kecil, kalau delay memang perlu spend duit untuk kurangkan kesulitan. At least kalau masuk lounge untuk berehat, bolehlah claim daripada insurance.

Saya tak percaya pada delay yang terlalu lama akan berlaku pada zaman sekarang, atau sekurangnya-kurangnya bukan pada lokasi yang saya nak pergi. Sebelum ni pernah delay naik Royal Air Maroc, itupun tak sampai 3 jam delay walaupun airline tersebut sangatlah teruk perkhidmatannya.

Apa yang membezakan coverage untuk flight delay ni ialah berapa jam delay yang melayakkan anda claim. Coverage terbaik untuk kategori ni adalah yang melayakkan anda claim secepat mungkin kalau flight delay dan yang paling cepat saya jumpa adalah dua jam delay. Paling teruk? Lapan jam.

Travel Insurance Terbaik Untuk Flight Delay adalah seperti berikut:

  1. Etiqa – RM100 untuk 2 jam pertama, dan RM250 untuk setiap 6 jam berikutnya
  2. Tune Protect – RM200 untuk 3 jam pertama dan RM200 untuk setiap 6 jam
  3. Tune Protect AirAsia – RM100 untuk 1 jam pertama, tiket AirAsia Value Pack & Premium Flex sahaja

Bagi insurance Tune Protect AirAsia, anda hanya boleh dapat pelan ini dengan pembelian tiket AirAsia Value Pack atau Premium Flex sahaja. Tak boleh beli direct dengan Tune Protect. Walau bagaimanapun, coverage yang ditawarkan tidak komprehensif berbanding travel insurance lain dan anda perlu beli travel insurance lain untuk mendapatkan perlindungan lain.

Guarantee Letter (GL) Untuk Kemasukan Hospital

Guarantee Letter diperlukan untuk cashless admission ke hospital sekiranya berlaku kecemasan/kemalangan. Manfaat ni paling penting sebenarnya sebab kalau terpaksa admit ke hospital di luar negara, bayangkanlah kosnya macam mana.

Walau bagaimanapun tiada jaminan untuk GL dikeluarkan untuk semua kes. Macam biasa, syarikat insurans akan menyiasat terlebih dahulu dan biasanya hanya akan keluarkan GL untuk kes-kes yang kurang keraguan seperti kemalangan. Walaupun takde jaminan dapat GL, sekurang-kurangnya pihak insurance boleh dihubungi untuk mendapatkan bantuan GL sekiranya memerlukan kemasukan ke hospital berbanding travel insurance lain yang memang terang-terang suruh pay and claim.

Hanya satu syarikat insurance yang menawarkan GL dalam travel insurans mereka iaitu Etiqa.

Unlimited Medical Coverage

Bagi sesetengah orang, unlimited medical coverage adalah manfaat yang dicari untuk memilih travel insurance. Hal ini biasanya berkait dengan faktor usia di mana golongan ini lebih berisiko untuk mengalami masalah kesihatan. Travel insurance yang menawarkan manfaat unlimited medical coverage / coverage yang tinggi adalah seperti berikut:

  • Unlimited Coverage: Chubb
  • RM1,000,000 Coverage: AIG

Sebelum ada orang tanya, of course existing illness dan apa-apa berkaitan pregnancy tak dilindungi di bawah manfaat ni. Memang takde insurance yang cover benda-benda ni ya.

Pampasan Kematian & Kecacatan Kekal Akibat Kemalangan

Kategori terakhir yang anda boleh gunakan untuk mencari travel insurance adalah manfaat pampasan kematian & kecacatan kekal. Pampasan ini akan dibayar sekiranya pemegang polisi mengalami kematian / kecacatan kekal akibat kemalangan sahaja.

  • Pampasan RM500,000: Etiqa
  • Pampasan RM350,000: MSIG
  • Pampasan RM325,000: Chubb
  • Pampasan RM300,000: Tokio Marine, Zurich, AIG, Citibank

Anda boleh pertimbangkan travel insurance mana yang sesuai berdasarkan empat manfaat ini. Manfaat yang saya senaraikan di atas adalah berdasarkan pelan paling mahal / premium untuk perlindungan tahunan daripada setiap syarikat sebab saya tak galakkan anda beli pelan insurance entry level yang kadang-kadang akan ada klausa yang membuatkan anda tak boleh claim walaupun anda layak. Walau bagaimanapun, anda bebas memilih mana-mana polisi yang bersesuaian dengan kehendak dan kemampuan anda, cuma pastikan anda baca polisi tersebut sebelum membeli.

Travel insurance adalah satu keperluan supaya kalau ada perkara yang buruk berlaku, takdelah sampai anda perlu terus viral di media sosial untuk meminta bantuan. Tak susah pun nak ambil, just pergi ke website dan beli online. Tak perlu lalui agen. Segala borang untuk claim pun biasanya ada dalam website sekiranya perlu.

Tak kisahlah apa jenis insurans, kalau anda tak baca dan faham polisi memang tak berguna. Jadi luangkan masa untuk baca bagaimana dan syarat nak claim. Contohnya, kalau nak claim hilang duit akibat kecurian, claim mestilah disertakan laporan polis yang dibuat dalam masa 24 jam selepas insiden tersebut.

Leave a Reply