Laporan Kredit Peribadi Percuma Daripada MyCTOS

Pandemik covid-19 telah banyak menyebabkan masalah kewangan kepada orang ramai akibat daripada kehilangan pekerjaan, kekangan bagi perniagaan untuk beroperasi akibat lockdown, kekurangan permintaan barangan dan macam-macam lagi ketidaktentuan yang berlanjutan sejak setahun yang lalu. 

Walaupun berdepan dengan kesukaran, ini bukanlah alasan untuk kita mengabaikan terus tahap kesihatan kewangan kerana pandemik ini tetap akan berakhir. Oleh itu, adalah perlu untuk kita peka terhadap tahap kesihatan dan laporan kredit peribadi pada masa ini supaya kita boleh mengambil langkah-langkah awal dan memperbaiki sekiranya terdapat sebarang masalah. Laporan kredit yang baik akan meningkatkan peluang kelulusan pinjaman apabila kita membuat pemohonan nanti. 

Selain itu, maklumat daripada laporan kredit peribadi ini juga memudahkan kita untuk merancang dan mengurus kewangan dengan lebih baik, misalnya mengenai moratorium, sama ada untuk mengambilnya ataupun tidak. Disebabkan keadaan kewangan setiap individu adalah berbeza, adalah penting untuk membuat apa-apa keputusan kewangan berdasarkan situasi sendiri dan tidak terikut-ikut dengan apa yang dilakukan oleh orang lain.

Tak kisahlah apa pun situasi kewangan anda, dengan mengetahui tahap kesihatan laporan kredit sendiri sebenarnya sangat membantu untuk membuat apa-apa keputusan berkaitan kewangan. 

Menyemak laporan kredit CTOSadalah langkah pertama untuk mengetahui tahap kesihatan kredit anda. Oleh itu, CTOS melalui kempen CTOS Cares ingin memberikan laporan MyCTOS dengan CCRIS secara percuma sepanjang bulan Julai ini kepada semua rakyat Malaysia yang belum pernah menggunakan perkhidmatan mereka. 

Caranya mudah. Layari laman web CTOS dan daftarkan akaun percuma anda melalui link ini (http://Bit.ly/ctoscares)

Selepas pendaftaran berjaya, Laporan MyCTOS dengan CCRIS percuma anda boleh didapati di sini: Profile > Last 10 Free Report. Contoh laporan seperti di bawah.

Maklumat yang dipaparkan di dalam laporan kredit CTOS antaranya adalah: 

– Jumlah baki pinjaman termasuk kad kredit

– Rekod pembayaran & kelewatan dalam tempoh 12 bulan ke belakang

– Rekod pembayaran PTPTN

– Hutang bukan bank seperti utiliti, bil telefon dsb.

Maklumat yang dipaparkan dalam laporan kredit CTOS adalah maklumat yang sama digunakan oleh bank bagi menentukan samada permohonan kredit anda boleh diluluskan ataupun tidak. Oleh itu, sangat penting untuk memastikan rekod sentiasa bersih untuk memudahkan urusan permohonan kredit pada masa hadapan.

Pada kebiasaannya saya akan merujuk laporan kredit CTOS setiap enam bulan sekiranya mempunyai perancangan untuk memohon pembiayaan rumah/kenderaan dalam masa terdekat. Selain daripada untuk urusan memudahkan permohonan pinjaman, boleh juga alert kalau-kalau ada pihak lain yang buat loan secara tidak sah atas nama kita.

Sejarah pembayaran selama setahun yang boleh dilihat pada CCRIS memudahkan anda untuk merancang bila permohonan pembiayaan seterusnya boleh dilakukan sekiranya pernah memiliki rekod pembayaran lewat sebelum ini. Untuk memudahkan pembiayaan diluluskan, paling ideal adalah untuk mempunyai rekod angka ‘0’ selama setahun seperti dalam contoh laporan CCRIS di atas. 

Maklumat jumlah penggunaan kredit pada kad kredit juga merupakan petunjuk penting yang sering digunakan oleh bank. Sekiranya hutang kad kredit melebihi 50% daripada jumlah had yang dibenarkan, peluang untuk pembiayaan baru diluluskan akan sedikit terjejas kerana bank beranggapan anda kekurangan tunai setiap bulan sehingga terpaksa berhutang banyak dengan kad kredit.

Semoga laporan kredit MyCTOS percuma ini membantu anda dalam perancangan kewangan ketika pandemik ini. 

Laporan kredit MyCTOS Percuma: http://Bit.ly/ctoscares

By Ariff

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.