Perkara asas dalam pelaburan ekuiti.
Pertama sekali, kalau melabur dalam unit trust, memang akan hadapi keadaan di mana nilai pelaburan menjadi negatif.
Kenapa? Sebab pasaran tidak akan terus naik dalam garisan lurus, ada naik turunnya.
Kalau beli terus naik tanpa perlu hadapi kitaran naik turun, ramai dah jadi jutawan dengan hanya melabur dalam unit trust.
Sekarang, berbalik ke soalan asal, kenapa perlu top up? Rujuk gambar.

Katakan dah terbeli pada no. 1. Kemudian pasaran jatuh. Kalau tak top up, tengok ke kanan. Panjang kan masa yang diperlukan untuk kembali kepada nilai asal?
Kalau top up pada titik no. 2, harga purata unit jatuh dari no.1 kepada no. 3. Tempoh masa untuk break even lebih pendek.
Konsep mudah.
Persoalan lain:
Kenapa dah top up tapi kena top up lagi?
Selagi pasaran jatuh, selagi tu kena to up supaya harga purata jatuh. Bila market recover, tak ambil masa lama untuk break even dan untung.
Satu sebab kenapa kena top up banyak adalah disebabkan beli/invest semasa pasaran mahal. Benda ni biasa berlaku kalau invest berdasarkan jadual historical return sebab biasanya kalau pasaran dah banyak untung, jadual historical return pun nampak semua cantik.
Jadi pelabur akan beli dana yang tunjukkan historical return paling tinggi tanpa mengetahui yang sebenarnya waktu tu pasaran dah berada di puncak dan fasa pembetulan akan menyusul.
Itu sebabnya ada strategi untuk mulakan pelaburan masa market tengah jatuh macam sekarang. Sekurang-kurangnya, dah confirm tak membeli pada harga yang paling mahal.
Naik turun dalam pelaburan unit trust ni normal. Yang membezakan prestasi adalah apa yang dilakukan ketika pasaran jatuh dan ketika pasaran dah naik. Boleh hubungi saya kalau nak mulakan pelaburan sekarang.