
PUBG Mobile adalah sebuah permainan aplikasi telefon pintar yang popular sekarang dengan lebih daripada 200 juta pemain seluruh dunia.
Yoodo, telco digital pertama Malaysia baru-baru ini mengumumkan mereka akan menaja Kejohanan PUBG Mobile Kebangsaan (PUBG Mobile National Championship – PMNC) anjuran PUBG Corporation dan Tencent Games yang menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM60,000.
Sebanyak 256 pasukan dari seluruh Negara akan berentap untuk memenangi hadiah wang tunai yang ditawarkan dan pasukan yang menjuarai kejohanan ini akan juga memenangi pelan telekomunikasi selama setahun daripada Yoodo.
Menurut Encik Chow Tuck Mun, Ketua Yoodo, dengan menaja kejohanan ini menunjukkan keyakinan tinggi Yoodo terhadap kelajuan dan kekuatan rangkaian mereka dalam menyediakan perkhidmatan penstriman. Katanya lagi, populariti e-sport akan meningkat tahun hadapan dan Yoodo ingin memainkan peranan yang lebih besar bagi menggalakkan komuniti ini di kalangan pengguna Yoodo.
Yoodo akan memperkenalkan PUBG Mobile add-on di mana pemain PUBG Mobile akan mendapat tambahan kuota data yang lebih besar berbading pengguna lain.

Pusingan kelayakan PMNC akan bermula di Johor Bahru pada 22 Disember ini dan seterusnya akan berlangsung di Sabah, Sarawak dan Kuala Lumpur manakala pusingan akhir akan diadakan di Kuala Lumpur pada 26 Januari 2019.
Untuk
Dengan liputan 4G LTE terluas Yoodo di Malaysia, pemain PUBG Mobile tidak akan mengalami masalah lag ketika bermain. Barulah senang nak dapat Winner Winner Chicken Dinner.