Keburukan Unit Trust Yang Semua Orang Ceritakan

Reading Time: 2 minutes

Saya senaraikan keburukan yang ada dan apa kisah disebaliknya.

Unit Trust Rugi

Kerugian ini perkara biasa untuk high risk asset.

Aset kategori high risk biasanya mempunyai harga pasaran di mana harganya berubah-ubah setiap hari. Contoh, saham, unit trust, emas & futures.

Kerugian berlaku bila kita lock kerugian tersebut. Kalau ianya masih floating, belum kira rugi.

Dan disebabkan sekarang ramai orang boleh invest unit trust sendiri, makin ramai yang rugi. Sebab apa? Sebab tak reti, tapi dia buat.

Kalau nak invest saham punyalah kita join seminar, kelas berbayar sampai 4 angka untuk belajar dulu untuk elakkan rugi. Itu pun lepas join masih boleh rugi sebab takde pengalaman.

Kenapa tak buat benda sama bila nak invest unit trust? Lebih2 lagi yang invest sendiri 5-6 angka guna KWSP.

Risiko dia sama je. Kalau tak faham apa yang dibuat memang peluang cerah untuk rugi.

Itu rugi sebab diri sendirilah. Bagaimana pula rugi sebab consultant tak reti?

Consultant tak reti pun ramai dalam pasaran. Ada yang bercerita dengan saya 11 tahun invest hasil tak seberapa (tak rugi).

Kalau dapat consultant tak perform, tukarlah consultant. Tak kisahlah consultant tu ahli keluarga ataupun rakan.

Nak pilih consultant pun buatlah due diligence. Tengok apa dia post kat social media, compare dengan consultant lain yang ada. Sekarang semua transparent dah.

Kalau post benda yang tak mencerminkan kepakaran dia sebagai consultant, then kena pertimbangkan balik sebelum buat keputusan.

Belum lagi yang invest sebab consultant jenis dahi licin muda bergetah.

Apa-apa lah. Pandai-pandai sendiri.

Lambat Dapat Untung

Betul. Unit trust ni memang lambat untung.

Sebenarnya macam ni, ia memang direka untuk pergerakan yang tak terlalu laju (volatile).

Nak laju pergi melabur dalam saham. Sehari boleh dapat 10% kalau reti.

Unit trust bukan instrumen untuk menambah kekayaan. Ianya lebih kepada memelihara modal dan beri potensi pulangan above average.

Kalau tengok data CAGR 10 tahun, memang kebanyakan fund perform dan berikan pulangan above average tersebut.

Nak dapat over pun boleh, tapi yang tu bergantung pada skill pelabur dan pemberi nasihat. Nampak kan ada fleksibiliti kat situ.

Jadi instrumen ni baguslah kalau nak digunakan untuk melaburkan sebahagian daripada simpanan KWSP. Ada potensi pendapatan tinggi, tapi tak terlalu volatile macam saham.

Bagi yang ada tunai banyak, boleh diversify. Sebahagian kat saham, unit trust, hartanah, emas dsb. Ini langkah lebih bagus dan selamat.

Sales Charge Tinggi

Unit trust ada kenakan sales charge antara 3-5% bergantung kepada jenis dana.

Tinggi atau tak bergantung pada penilaian masing-masing.

Let’s say ada pelabur jenis yang tak reti langsung invest. Tak faham pasaran ekuiti. Kerjaya dia pula rancak. Jadi dia outsource kepada consultant untuk uruskan dan guna nasihat consultant tersebut.

Lepas 10-20 tahun, overall CAGR dia dalam 15% setahun. Bayar sales charge hanya sekali untuk setiap sen dana masuk. Lepas tu sepanjang tempoh dia melabur, consultant bagi advise apa nak dibuat, bila nak switch untuk take profit/invest dsb. Tak ok macam tu?

Ramai orang ingat kalau dia invest sendiri, tak bayar sales charge boleh terus untung.

Ramai orang rugi invest sendiri dan tak bayar sales charge.


Siapa yang rugi banyak tu tak kisahlah buat sendiri atau ada consultant kayu, PM saya. Kita usahakan untuk repair.


Posted

in

by

Tags: