Kebetulan saya dan wife berada di kawasan ini siang tadi, jadi kami mengambil kesempatan untuk menghadiri open house Tierra di Shah Alam 2.
Tierra adalah rumah jenis teres dengan kelausan tanah berukuran 22 x 90 kaki dan built up area 2210 sqft. Harga bermula daripada RM500k sehingga RM650k, tapi ni harga soft launch. Harga dalam brochure (harga rasmi) lebih tinggi, bermula dari RM571k.
Dari segi design cantik dah. Nothing too extreme atau pelik. Cuma dari segi material, nampak macam IJM ni makan untung kaw-kaw untuk projek ni. Bila nampak batu jenis sand brick yang digunakan berbanding clay brick, saya dah turn off nak beli. Tambah pula wife yang berkelulusan dalam bidang arkitek point out satu-satu benda yang murah dalam binaan tu, saya tak rasa rumah ni berbaloi pada harga yang diletakkan.
Lagi satu, ianya leasehold. Yes, leasehold in the middle of nowhere.
Tapi best la field trip dengan wife yang tau pasal rumah ni. Biasanya kalau perempuan lain tau rumah cantik/tak cantik, dapur besar/kecil, ada laman/takde laman je. Kalau saya tengok rumah dari segi potensi pelaburan, wife pula tengok dari segi kualiti binaan.
So lepas ni tau dah mana nak dating selain shopping mall. hehe..
Comments
26 responses to “Jenguk-Jenguk Rumah Tierra Shah Alam 2”
Baguslah, kalau sudah mengetahui seluk beluk mengenai rumah. pemilihan akan lebih mantab.
Sandbrick panas. Claybrick rumah sejuk sikit. Dari segi kekukuhan lebih baik claybrick. dari segi kos betul, bata merah dgn bata simen harga beza tak banyak sebab usually contractor beli dlm quantity banyak…. haih IJM….
Beruntung 2 2 ada kepakaran :)
Memang nak ambil untung dua tiga kali ganda ni. Harga dkt dah setengah juta tp kualiti rumah tak sampai suku juta.
Rumah berkembar Semi D? Kawasa perkarangan rumah juga luas. Seronok dapat anak berlari-lari dihalaman rumah.
best jugak kan dapat beli rumah sendiri saya dari terengganu nih
salam,
macamana boleh tahu pki sand brick? kan dah plaster?
Tu sebab kena datang masa soft launch. Show unit je dah siap. Unit lain belum. So boleh nampak
not bad jugak rumah nih….nampak smart sesuai dgn harga dia…
Nanti selain dating di shopping mall, boleh dating di rumah-rumah UNTUK DIJUAL hehehe
Nama aje shah alam 2. Tp di dalam pentadbiran kuala selangor.
beruntung bila isteri ada berpengetahuan ttg benda2 macam ni. saya ni nama je kerja ‘jaga’ rumah, tapi part kualiti n jenis material2 tu memang fail lah.. mungkin sbb sy cuma buat hr kot.. hehe
bila dengar RM571K terus terasa mahal giler
Terbaik bro isteri yang ada kemahiran teknikal. Bukan senang nak cari.
Wah..beruntung wife yg tahu teknikal..x ramai wanita yg tahu mengenai teknikal nie..
Memang tak dinafikan bahawa sekarang nie harga rumah melambung naik dan kualitinya kurang berbanding dengan harga yang ditawarkan..
Sila terjah projek di Elmina dan komen tentang kualitinya, sebab kawasan tu bakal ‘mencanak’ tak lama lagi.
Dengarnya.. sume sold out kat situ
Nanti gua usha
boleh tahan harga rumah teres kt shah alam 2 nie ek..ade member beli rumah semi d kt bandar saujana putra tepi hway elit 650k..leasehold jugak
A ah…mahal giler harga setengah juta lebih tu..memang x berbaloi..bukan untuk mereka yang berpendapatan sederhana.
ni kalau yang kurang ilmu ni mesti rasa dah best dah sebab tengok rumah ni nampak mcm premium je
port dating terbaru hehe… pasni kalo nak beli rumah bole la refer ngn ko n wife :3
lepas ni kalau nampak ada couple lepak2 tepi kawasan perumahan baharu tahu dah siapa gerangannya tu…inilah orangnya..hehe
boleh kongsikan point apa yang seorang arkitek nampak kelemahan pada design rumah tu? nak juga tahu kot2 di rumah kami nanti ada kelemahan tersebut.
Sebenarnya nak buat entri tadi tapi tak cukup bahan dan gambar. Mungkin next field trip akan siapkan entri tu. Banyak yang boleh diceritakan pasal kualiti bahan binaan ni
bagus tu, tak sabar pula nak tahu..
Tak berbaloi gila bila leasehold,lepas tu sand brick.
Tapi,clay brick mmg mahal.Berbaloi kan.
+Kalau nak rumah area Shah Alam/Klang,cuba tengok area Bandar Bukit Raja,Setia Alam.Not bad lah.
Sebab jalan sikit,masuk federal/plus.heheh!
Untung arrr bini tahu hal arkitek. Bini aku tahu hal akaun aje.