High expectation dalam BM apa eh? Jangkaan tinggi? Harapan besar? Apa-apalah. Itu dilema saya sekarang.
Bila dah tulis dua blogpost yang dapat sambutan ramai, rasa macam takut nak update blog dah. Takut sebab orang ingat kita ni pakar pulak dalam bab hartanah dan expect nak share pasal hartanah sepanjang masa.
Takdelah. Saya orang biasa je. Macam anda semua. Makan gaji tapi dah start bisnes sikit-sikit, apa yang saya dapat saya usaha sendiri. Harap tak mengecewakan sesiapa dengan sharing saya yang tak seberapa.
Terima kasih Tuan Izwan. Rajin jugak tengok listing lelong sejak 2 tahun ni. Page ni antara yang saya follow setiap update. Tunggu.. saya pun nak try lelong nanti.
Sebenarnya ada je nak update, tapi belum jumpa angle yang betul nak tulis. Akan diusahakan.. Apa-apa pun, terima kasih kerana membaca dan teruskanlah share mana yang bermanfaat tu kepada rakan dan keluarga supaya sama-sama dapat manfaat. Saya cuba share apa yang saya belajar supaya orang lain tak tersilap.
Saya bukan pakar pelaburan hartanah, tapi kalau nak saya share pasal takaful, boleh. Tanya je terus. Insha Allah saya jawab.
Comments
8 responses to “High Expectation”
Pakar atau tidak, hanya orang lain yang boleh memberikan pengiktirafan..
ok lah tu. pengalaman dpt dikongsi huhu
at least tn sudi share dengan kami melalui penulisan blog. dapatlah kami yang tak tahu apa-apa ni, tahu sedikit. hihi.
x pakar x pa bro, apa yang bro kongsikan tu bukannya ciplak copy paste orang punya, ianya adalah pengalaman bro sendiri juga, jadi perkongsian pengalaman sendiri walaupun bukannya pakar pasti ada kebaikkan dari segi info kepada pembaca lagi lagi yang berkenaan
Leh tak kongsikan apa page tuk listing lelong tu
Tq.
Pengalamanlah guru yang terbaik
OK laa tue bro…
Share pengalaman…
Bertuahlah badan apabila blog post didalam radar. :)