Hari Ahad Dalam Sejarah

Ahad lepas aku menyertai Sukan Komuniti anjuran Kelab Umno Moscow di Russian State Medical University. Aku mewakili Moscow Aviation Institute dalam permainan basketball. Acara lain yang dipertandingkan adalah futsal, dodgeball dan bola jaring. Biasanya kalau ada pertandingan-pertandingan macam ni, mulalah perlawanan sengit antara 2 kumpulan pelajar di sini, pelajar perubatan dan kejuruteraan.

Selama ni pasukan MAI ni xdela kuat sangat, maklumlah bilangan pelajar keseluruhan pun belum lagi mencecah 150 berbanding pelajar jurusan perubatan di Moscow ni sahaja dah mencecah 1000 orang. Jadi memang biasalah kalau team kecil macam MAI ni dianggap sebagai underdogs dalam temsasya sukan macam ni. Lagipun HIDUP BERANI UNTUK GAGAL kan?

Team baskaetball kami menang satu game je daripada tiga yang dipertandingkan di peringkat kumpulan. Walaupun aku dah bersedia untuk terima apa-apa keputusan sebab team kami hantar team baru untuk bermain, aku masih fikir yang kami kalah sebab gugup/nervous. Dalam game kedua, kalah 3 mata je. Harapannya lepas ni dapat lah training dengan lebih kerap. Walaupun pemain-pemain baru ni kebanyakannya belum ada pengalaman, tapi aku tengok minat dan komitmen tu ada. Itu aku rasa dah cukup sebagai permulaan.

Untuk futsal, MAI hantar dua team. Memang rezeki tahun ni dapat tengok mereka bermain di final. Perlawanan pula memang sengit. Aku boleh cakap, ni adalah Sukan Komuniti yang terbaik dari segi prestasi permainan pasukan futsal. Nak cerita banyak pun susah sebab aku pun tak main futsal sangat, tapi kalau budak-budak ni boleh kejar daripada 2-0 dan dapat samakan kedudukan aku rasa tu dah memang cukup hebat.

Walaupun team basketball kalah, aku happy sebab dapat jadi penyokong front line hari tu dan aku boleh cakap penykong MAI adalah terbaik! Walaupun budak medic ni ramai, tapi penyokong mereka memang lemau. Kalau kuat pun setakat bunyi ketukan botol kosong je. Ramai yang hilang suara (termasuk aku),  tapi aku xkisah pun sebab hari tu memang enjoy.

Bulan Desimber-January ni dah penghujung semester. Jadi aku slow down lah sikit tulis pos baru kat sini. On the way nak buat link list yang memang cantik, kemas dan handsome supaya senang untuk korang guna.


Posted

in

by