Hari ni aku pergi KLCC lagi, semalam (Jumaat) pun pergi KLCC. Adeh. Kalau esok aku pergi lagi sekali confirm orang kat sana boleh cam muka aku dah. Tak boleh.. tak boleh.. Tujuan asal nak buat kerja sikit.. adelah kerjanya tapi tak dapat dibuat sebab battery tak charge; battery kamera Nikon D40 aku, battery Samsung Galaxy S aku ngan iPhone 3G aku tak charge. Mangkuk… Apesallah aku lupa.
Disebabkan benda yang paling penting (Nikon D40) aku dah tak dapat digunakan, terpaksalah memendekkan outing. Kalau tak macam-macam tempat boleh cover hari ni. Balik Subang, singgah Subang Parade. Nak cari sleeve untuk Macbook Pro aku. Tak jumpa mana yang berkenan, singgah Empire pulak.
Empire ni asalnya aku ingat tempat grand ah, a la Pavilion sebab ada The Loaf kat situ. Sekali tengok standard lebih kurang macam MidValley je. Floor bawah sekali pulak macam extension untuk Subang Parade, tempat makan banyak. Memang tempat family bawak anak-anak jalan-jalan la.. Menambahkan traffic jam kat area SS15 tu. Empat tingkat shopping complex dan atas sekali tu hotel dan studio apartments. Nothing much, dan tak besar sangat pun.
Jadi Empire ni setakat menambahkan tempat lepak budak-budak je la.. Kalau yang tinggal kat area Subang tu dan selalu keluar dating, aku rasa lepas ni lagi jarang lah diorang turun KL. Macam dah banyak sangat je tempat lepak kat sini.
***
blog.ariff’s premium sponsor July 2010:

Comments
27 responses to “Ada Apa Di Empire Subang Jaya?”
bnyk bnar tmpt2 lepak skarng ni.
Tempat lepak = tempat habiskan duit.
adeh.. boleh bankrupt kalau dating tiap-tiap hari
dah bercouple pun nak amalkan budaya melepak lagi? hahaha! :D
melepak ngan awek la :D
salam..bro~
ko dh ade kt mlysia ke?hehehe~
jmpe kat gath nti yea!
ak duk subang gak nie~lalala
pegi klcc tak singgah convention center ke?ada Archidex, well utk sesape yg into architecture n building n construction lar…
La.. tak tau pun. Kalau tak dah pergi buat sibuk
Aku tak suka lepak dalam shopping complex. Tak seronok pun. Dan selalunya hanya menghabiskan duit. Aku rindu nak berjalan-jalan di tengah bandar Peter, menyusuri canal dan melayan perasaan di park. Itu best.
Oho~
aku tak suka sangat hang-out tempat2 camtu~
benci dengan bunyi bising~
macam x de pape tapi dia pnya desugn leh tahan….
lorrr…dah siap ke menatang ni.kui3
owh ni yg baru siap tu ek?
aku dulu wt preparation kt Taylor’s College mnde ni tgh siap, thn lepas lah
subang parade ada benda best ke? [ceh, buat tak pernah pegi lak. depan umah atok je]
empire tak pernah pergi..
tak pernah lagi jejak empire tu..bese g sunway aje…hehe.dok subang ek?
midvalley lagi best la…ade nando’s…sini hape pun tarak!
Sini ade Loaf. Suka Loaf =)
tgk building struc mcm cun..hu3
i nak tanya ni rasa nya takde kena mengena dengan entry ni tp takpelah. i nk tanya jugak. haha
nikon d3000 kan, boleh ke if nak charge without its charger? kalau boleh, how to do it?
erk. tak pernah tau pulak. Rasanya kalau cucuk kamera tu kat computer lama-lama battery dia habis. Sakit hati betul. Selalu lupa nak cabut cable.
kat situ ade chilis :)
hoh..aku pun xsampai lagi Empire tu..selalu lepak Subang Parade je kalau terasa nak makan-makan..pegi MPH..hehe
erk. Makan-makan kat MPH??
haha makan-makan dan pegi MPH..kekeke
uihh
x penah pegi lagi
ahaha~
ehh bro ariff rumah kat mane?
kat USJ
USJ bepa? Kot-kot nak jalan-jalan. :)
usj 12. Blakang sekolah rendah