Tadi surat perjanjian pembelian kereta. Kalau semua ok, minggu depan dapatlah kereta pertama saya.
Namun bukan itulah yang nak saya ceritakan. Saya cuma nak kongsi konsep mudah je untuk mereka yang sebaya dengan saya dan bakal graduan. Konsep dua rumah satu kereta.
Saya bukanlah sifu hebat dalam hartanah, atau hartawan atau self made millionaire. Saya orang biasa macam kebanyakan anda yang kerja makan gaji dan advice orang ramai tentang financial planning dan takaful. Biasa-biasa sahaja.
Tapi apa yang pasti, konsep dua rumah satu kereta ni achievable. Sebab kalau kita tengok sekarang, majoriti orang berjaya dalam hartanah dan so called sifu ni orang tua. Majoriti daripada mereka start sebelum pelaburan hartanah ni semua jadi trend atau baru nak jadi trend. They were there at the right time.
Saya orang biasa. Gaji pertama saya RM2k. Gaji kedua RM3.5k. Gaji ketiga.. tak boleh bagitau sebab tu gaji sekarang. hehe. Senang cerita, gaji saya takdelah macam budak-budak oil and gas kan.
Konsep dua rumah satu kereta ni macam mana? Simple. Beli dua rumah dulu, baru beli kereta.
Kenapa jangan beli kereta dulu?
1) Kacau loan. Bila baru mula kerja, gaji kecil. Kalau beli kereta komitmen naik. Kebanyakan yang ada masalah nak apply loan rumah adalah orang yang ada loan kereta.
2) Kos memiliki kereta. Downpayment, maintenance, aksesori, insurance dan macam-macam lagi kos untuk memiliki kereta ni akan buat duit simpanan keluar macam air kalau duit simpanan sikit. Bila duit simpanan habis, takde modal nak buat downpayment rumah.
Kenapa kena beli rumah dulu?
1) Belilah rumah tak kisah untuk tinggal sendiri atau nak sewa. Takde masalah sebab gaji dah utilize untuk beli aset. Harga aset hartanah ni sentiasa naik, lebih-lebih lagi zaman sekarang. Beli rumah yang dekat dengan tempat kerja.
2) Kalau beli untuk tinggal sendiri, bilik yang kosong boleh disewakan kepada orang lain. Dapat tinggal free sebab penyewa yang bayarkan rumah kita.
3) Kalau beli untuk disewakan, lebih banyak lebihan bulanan yang kita dapat.
4) Cukup setahun atau setahun setengah, harga rumah naik dan boleh refinance. Duit refinance boleh guna untuk beli rumah lagi atau buat belanja kahwin.
Kenapa kena beli rumah kedua sebelum beli kereta?
1) Harga rumah sentiasa naik dan naik pada kadar yang tak sekata dengan kenaikan gaji. 10% kenaikan gaji tahunan belum tentu boleh tampung loan untuk 10% kenaikan harga rumah. Setiap tahun tak beli rumah menyebabkan kita semakin ketinggalan sebab harga rumah memang naik di kawasan yang bagus. Tinggal kawasan yang tak bagus je harga murah.
2) Bila beli rumah kedua, apa-apa lebihan itulah yang digunakan untuk membeli kereta. Jadi lebihan tadi dah berkurangan dan kita akan beli kereta ikut lebihan selepas membayar dua buah rumah. Kalau beli kereta selepas rumah pertama, mungkin lebihan duit banyak dan kereta yang bakal dibeli pun ikut lebihan yang banyak tadi. Kereta nampak hebat, bilangan aset kurang hebat berbanding yang beli dua rumah dahulu tadi.
3) Maximize keupayaan hutang pada aset adalah lebih baik berbanding liabiliti seperti kereta.
Jadi itulah rasional saya kenapa saya berdegil dari dulu lagi tunggu beli dua rumah baru beli sebiji kereta. Melihat keadaan sekarang, saya rasa cara inilah paling senang untuk fresh grad supaya tak pening kepala sangat bila fikir pasal nak beli rumah sebab bila tak beli kereta, confirm mampu beli rumah. Tak kisahlah rumah mahal atau murah.
Apapun, cara saya bukanlah yang terbaik dan sesuai untuk semua. Pada saya, strategi ni berhasil. Semoga apa yang saya kongsikan ni bermanfaat untuk anda semua.
P.s. Formula ni tak boleh ditukar kepada dua orang rumah satu kereta. Perang besar nanti sebab yang tak dapat kereta tak puas hati.
Comments
43 responses to “Dua Rumah Satu Kereta”
assalamualaikum. nak tanya sifu ariff shah. Boleh tak nak tahu step by step nak beli dua biji rumah dalam masa 2.5 years dalam keadaan gaji around 3K sebulan. saya fresh graduate 24 tahun.
Beli satu yang murah masa awal tahun dan sewakan cepat2. Ada tenancy agreement boleh jadi bukti sebagai tambahan income. Bila income bertambah, DSR berkurang, jadi boleh consider untuk second property.
Yang penting, jangan ada loan2 jahat seperti kereta dan personal loan. Lagi satu penting, downpayment kena ada la. Yang ni saya tak boleh ajar, samada pinjam dengan orang, kumpul sendiri, buat bisnes atau apa sahaja cara.
Tips yg sgt bgus….hopefully 1 day…..
Hmm… Another great tips yang saya baca lambat. Macam ni kena lebatkan lagi income memandangkan saya tak reti tunggang motor. Switching from a car to a bike is not an option walaupun dari kecil saya sangat-sangat suka dengan motor (anak ayah sungguh!). Haha!
Wah, suka idea ni, memang sangat rasional.
Tapi idea yang last tu memang tak best langsung!…hahaha
nah, benar tuh. kereta belakangan saja. rumah harganya semakin lama semakin mahal. kalau kereta lama kelamaan semakin murah harganya. betul, inspiratif sekali. terimakasih
Idea yg bagus utk orang muda supaya tidak tersilap langkah
Alhamdulillah..umur 26 da dapat beli 2 buah rumah..lepas tu baru beli kereta,itu pun beli 2nd hand..sekarang ni dalam proses beli rumah yg ke 3..untuk makluman gaji saya hanya RM2k++..kena pandai manage kewangan..InsyaAllah ada jalan..
Terima kasih banyak-banyak sebab share. Ramai orang tak percaya perkara macam ni achieveable.
lama x jenguk blog ariff. arini jenguk dapat info yang sangat bagus n berguna. tq ye ariff. sangat berguna utk akk hehe…entri ni akk mohon share ye kat blog :)
good idea..thanks for ur sharing.. ;)
haha, bukan dua orang rumah satu kereta ye….tapi kalau tengok, rata-rata beli kenderaan dulu, termasuklah saya
haha.. bahaya sebut2 orang rumah ni
bagus muda2 daa pk camni……moga murah rezeki selalu en ariff shah :)
Suka baca idea sharing dr hang, AriffShah. Respect. Keep it up!
Tapi untuk kes aku, aku dah tersilap langkah masa setahun kerja. Terus beli kereta atas sebab2 kepentingan keluarga dll. Harap dapat uruskan financial flow dgn baik untuk beli rumah 1st. At least buat utk sewa.
Anyway, thank you ariff.
Kalau untuk family bukan kesilapan tapi keperluan. Takpe2.
Macam saya cakap, apa yang saya share ni bukan untuk jadi ikutan tapi kalau rasa sesuai untuk diikut, silakan
tp skrg ni ramai yg terbalik… habis blaja, baru start keje dah buat loan kereta…beli kereta jenama luar negara plak tu, installment bulanan je dah lebih rm800.., senang nk cari awek katanya.
wah pakar kewangan ni. semoga semua fresh grad boleh contohi ni. zaman saya dulu susah nak dapat info camni
idea yang baik. tak terfikir pulak, biasa dapat rumah terus beli kereta/kereta dulu baru beli rumah. lepas tu mulalah rasa terbeban
Salam singgah, sukalah blog ni. Macam2 input pasal mengatasi masalah kewangan ada..berminat sponsor giveaway? Nak join pun boleh…
studioous.blogspot.com/2015/01/sponsor-1st-segmen-kerjaya-blogger-ipt.html
Setuju. Rumah dulu barulah kereta. Area KL guna je dulu public transport sbab value rumah memang naik. Utamakan yang utama dulu. Rumah! :D
Bagus cara hang ni. Sapa yang makan gaji awai awai elok cuba method macam ni 2 rumah satu kereta. Kalau habis grad terus pilih utk berniaga. Payah nak buat macam ni sebab perlukan kereta untuk bergerak dan untung modal sentiasa roll..huhu orang kata kembangkan dulu bisnes baru pikir yang lain. Aku pegang kata kata tu!
Assalamualaikum wr wb. Salam kenal. Menurut saya lebih utamakan rumah dulu karena kebutuhan primer :-)
memang perlu bergantung pada cara kita manage duit kita.
dan juga target kita.
target awal biasanya..ada satu rumah dan satu kereta dulu.
Idea yang menarik, namun ramai yang tahan godaan, 1 rumah 3 kereta!!
akan syorkan blog ni pada hubby sebab tips-tips hartanah sebegini memang kesukaannya..tips yang menarik
salam ariff, nk tanya..refinance maksudnya either buat longer loan & lesser monthly installment ke camne? sbb ariff ckp duit refinance boleh guna untuk beli rumah lagi
Refinance maksudnya tambah hutang sebab kita ambil loan pada current market value. Jadi nilai rumah yang dah lebih tinggi tadi tolak dengan loan lama dapatlah lebihan.
Macam biasa, loan tenure kita ambil paling panjang supaya instalment rendah
Menarik juga konsep ni, mungkin boleh gunakan untuk saya nanti.
dah terbeli kereta dulu, anyway perlu ke beli rumah dgn tempat kerja sekarang, since saya plan nak cari kerja lain? Dan location tu pun tak pasti lagi, fyi gaji saya 2.8k per month, fresh grad. Basically 1.5k dah habis untuk contribute parents dan future perasaraan, dan kalau ikut plan sya sekarang ni nak invest asnb. Rumah atau asnb,50krm 25 yrs. apa pendapat tuan?
Itu sebab rumah pertama memang perlu untuk investment, bukan tinggal sendiri. Sebab awal2 ni kita pun tak tentu kerja macam mana lagi. Kalau boleh jump, jump sebab cara tu je paling cepat nak naikkan gaji.
Alhamdulillah. Banyak tu bagi parents. Insha Allah akan berlipat kali ganda nanti.
Kalau tanya saya, ASNB ni saya buat last, lepas dah ada rumah kereta. Sebab masa ni loan rumah pun dapat 70% je, so daripada ASNB RM200k cepatlah sikit kumpul deposit untuk rumah seterusnya (kalau boleh landed).
Ini cara saya la. Sekadar berkongsi. Tak semestinya sesuai untuk Tuan.
wah..tahniah ariffshah…teknik yg semua fresh grad kena ikut kalau nak dapat kereta free monthly installment…lebihan rumah sewa tolong bayarkan monthly installment kereta.
okeh..tukar mindset. rumah dulu, baru keta.
thanks bos :)
Rasa boleh pakai idea ni….tp dh terbeli kereta dulu. Acane ni? Hmmm….
Kalau untuk pergi balik kerja Admin naik moto ke?
Sebab antara salah satu sebab beli kenderaan takda transport nak pergi kerja. Atau beli kereta second Hand?
Moto. First 2.5 years kerja, naik moto
bila 4 biji rumah, baru boleh beli 2 biji kereta… he he
Rahsia dah didedah. Beli rumah yang mampu milik sebelum dapatkan rumah idaman. Bila dah refinance, buat deposit beli rumah idaman.
Teringat pesan arwah ayah saya pernah berpesan membeli kereta akan menjadi besi buruk dan kalau beli rumah akan semakin bernilai.
Aku dah buat konsep tu tapi satu rumah satu kereta la. He He He He… insya Allah 2016 sebuah lagi. Xmampu nak beli rumah tiap2 tahun buat masa ni. Hii
Menarik konsep hang. Tetapi aku dah tersalah langkah atas faktor keluarga. InshaAllah cuba sedaya upaya selainkan semua hutang yang ada dan mula ceburi bidang hartanah.
InshaAllah jika betul2 pulun dengan Internet Marketing semua hutang boleh settle dalam masa 1-2 tahun.
Selainkan = Selesaikan* Itu maksud ayat di atas.
Takpe. Macam aku cakap, tak sesuai untuk semua tapi idea tu dapat dah kan. As long as kita fokus dan ada matlamat kewangan yang betul, no problem