Diskaun Pembelian Kereta Hujung Tahun 2014

Reading Time: < 1 minute

diskaun beli kereta

Seperti yang saya ceritakan dalam entri sebelum ni, kalau nak dapatkan diskaun pembelian kereta, beli masa hujung / awal tahun dan masa merdeka sebab masa-masa inilah ada diskaun untuk pembelian kereta.

Sebab utama adalah hujung / awal tahun untuk mereka habiskan stok kereta tahun sebelumnya dan masa pertengahan tahun.. tak pasti kenapa. Mungkin supaya mereka dapat cantikkan laporan kewangan syarikat pada suku tahun tersebut.

Jadi berapa je diskaun yang dapat?

  • Honda City – RM3000
  • Honda Jazz – RM4000
  • Swift – RM5000

Tiga ni jelah saya survey sebab tiga ni je yang saya mungkin akan beli. Tapi kalau ada yang nak sponsor, saya menerima dengan seadanya. Untuk Swift, ada tawaran interest rendah 1.68% kalau tak nak diskaun. Kena pilih salah satu.

Kelebihan kalau ambil diskaun Swift ialah low downpayment bagi yang kurang bajet tapi masih nak kereta jenama Jepun. Kalau nak instalment rendah, ambillah pakej low interest tu.

Jadi buat masa ni, masih tiada keputusan yang boleh saya buat. Tapi kalau tiba-tiba boss bagi kenaikan pangkat jadi manager, esok jugak saya ambil Honda City. Tengoklah rezeki macam mana..


Posted

in

by

Comments

19 responses to “Diskaun Pembelian Kereta Hujung Tahun 2014”

  1. Kakiblog Avatar

    untung kalau dapat beli kereta diskaun..kalau boleh beli yang tunai!

  2. emalinmohd Avatar

    Menarik entry ni. Rupa-rupanya Ada pros and cons time beli kereta ni. Kalau niat nak jual better beli awal tahun la ye? Kalau nak Pakai lama sekarang waktu terbaik ..
    Apa2 pun pilih yang terbaik untuk kita

  3. Yeen Avatar

    honda jazz la besss

  4. Dr Salwa Avatar

    Ada pro dan contra bagi yang beli untuk guna longterm iada masalah dari segi depriciation tetapi bagi yang suka trade in lepas 1 atau 2 tahun memang terasa ruginya

  5. ammar Avatar

    wah kereta baru tanda bisnes makin mantap tahniah

  6. raihanah Avatar

    Untungnya dpt beli kete baru. Biasanya merc pun murah je masa ni

  7. Yana Avatar

    suka sgt bila hujung tahun semua benda pun ada discount.. masa yg bijak kalau nak beli apa2 pun :)

  8. Kereta Sewa Selangor & KL Avatar

    Kereta Buatan malaysia pon ada diskaun time2 macam ni.

  9. Zul Avatar

    Honda City baru memang best bawak ! lagi best drp Toyota vios baru…apa2 pun kete inspira eden paling power. cintai la hasil buatan malaysia..wlopon rebadge je..

  10. Nurul Fazreen Othman Avatar
    Nurul Fazreen Othman

    thanks for sharing info..mmg berkenan honda jazz baru.. Klu ade rezeki in shaa Allah..

  11. fazrol Avatar

    Cari kereta 2nd hand hujung tahun…
    dapat lagi murah kan? bagus utk selalu tukar kereta…

  12. eyriqazz Avatar

    Hoho…belum rasa nak beli kereta baru…

  13. Aida Avatar

    Bagi saya, tindakan membeli kereta baru di hujung tahun adalah kurang bijak. Ini kerana pengguna rugi tidak fully utilise kereta baru tersebut sepanjang tahun cthnya u beli kereta bulan November tahun 2014, u hanya gunakan 2 bulan utk tahun 2014. Kesan kerugiannya akan terlihat semasa proses trade-in/second value kerana used car evaluate value kereta bermula tahun 2014.

    Oleh itu tindakan yang terbijak adalah beli kereta pada awal tahun seperti mana Chinese selalu buat. Lazimnya sebelum Chinese New Year ada tawaran diskaun untuk kereta baru. Jadi saya cadangkan Ariff beli kereta awal tahun baru :)

    1. Ariff Avatar

      Betul. Ini satu kelemahan kaedah ni. Tapi:

      1. Jualan murah masa tahun baru Cina ni tak confirm ada. Yang diskaun hujung tahun hampir pasti ada untuk semua model sebab mereka nak clearkan model tahun 2014, termasuklah model popular. Contoh, Honda City.
      2. Ada orang tak kisah pasal resale value sebab memang beli kereta untuk keperluan dan nak guna lama.

      Apa-apa pun, pilihan masing-masing. Terima kasih atas perkongsian Aida.

      1. Mazni Azmi Avatar

        Jenama kereta pun memainkan peranan kan.

        Kereta jepun memang lambat turunnya berbanding kereta korea

  14. Hero Borneo Avatar

    hujung tahun masa paling sesuai untuk beli atau tukar kereta baru

    1. Mazni Azmi Avatar

      Awal tahun lebih bagus kan. Kalau tidak jadi macam anak lahir 31 disember setiap tahun

      Kehilangan 1 tahun zaman kanak kanak lebih awal sebelum ke sekolah

  15. akubiomed Avatar

    Banyak diskaun yang diberikan sempena bonus hujung tahun. :)

    1. Mazni Azmi Avatar

      Dan tidak dilupakan semasa BRIM keluar. Sale sana sini.

      Easy come easy go