Update sikit pasal renovation rumah hari tu sebab ada yang bertanya. Orang tanya baru nak update kan. Apa la…
- Kontraktor dah bayar habis walaupun finishing job belum siap lagi. Tak kisah sangat sebab dah 3 kali deal dengan kontraktor ni, no trust issues. Bila nak siapkan, panggil je nanti.
- Ceritanya haritu nak siapkan dah, sekali lampu kat ruang tamu tak dibeli lagi. Nak pergi Ikea masa weekend memang kirim salam la.. Lampu dah pun dibeli, nak cari satu hari yang saya ada masa nak tengok diorang buat kerja sebab ada beberapa benda spesifik nak suruh dibuat.
- Kena jugak cari masa untuk pemasangan outdoor water filter 3M. Memang kena ada filter air luar dalam rumah. Haritu sempat jenguk dalam tangki condo, memang taubat la nak guna air takde filter2 ni. Seram.
- Barang basic (peti sejuk, katil, mesin basuh) semua dah beli. Katil dari sebelum GST implement dah beli sebab nak elakkan harga naik. Bila tanya balik hari tu sebab ingat nak upgrade ke katil king size, baru tau dekat RM2k jimat sebab bayar full sebelum GST haritu. Orang tak betul je cakap GST tak membebankan rakyat..
- Rumah saya takde TV. Wife sedia maklum dan akur dengan keputusan saya ni. Orang muda zaman sekarang tak tengok TV dah. Content semua ada dalam internet. Tapi kalau ada nak bagi smart tv free, silakan. Boleh buat main PS4. haha. Itupun kalau ada masa laa..
- Cantikkan color biru tu? Smokey blue dengan apa entah lagi satu. Lupa. Tapi memang nice.
- Pindah? Mungkin bulan depan kalau diizinkan oleh-Nya.
- Pindah masuk rumah dengan housemate baru. yeay!
Renovate rumah ni memang seronok. Dari shopping beli barang sehinggalah tengok rumah tu bertukar rupa ikut citarasa kita. Memang satu kepuasan. Kalau boleh tiap-tiap tahun nak ada projek renovate rumah sendiri.
Banyak nak share, tapi macam biasa, busy guy.. Nantilah kalau ada masa dan mood.
Comments
11 responses to “Dah Siap Renovate, Lampu Je Tak Pasang Lagi”
Best kan bila rumah tiada TV, hanya dengan internet sahaja…
Terbaik bro, cantik design dalaman, bolehlah hias dengan IKEA Concept nanto
Lawa rumah tu..dah siap nanti jangan lupa bagi gamba banyak2..hehe
Best kan bila masuk rumah baru..serba serbi nak baru. Water filter tu memang kena pasang, nak buat susu anak nanti kena guna air bertapis.
Cantik warna biru tu..
tahniah..alhamdulillah da siap renovate rumah,,, cntik kaler smokey blue tu…combination yg menarik…Elly pun suka deco2… errmmm..siapkan duit jelaa..kan??.. amik je mana bkenan di hati… ;)
wah cantik renovatenya. tak perasan dah ada baby.
Wah bestnya masuk rumah baru dengan housemate yg baru
Bestnya rumah baru…baunya *wangi* hehe…nak decorate memang poket kena tebal lah huuuu…hanya orang tak betul je cakap GST tak membebankan!
Pindah rumah baru memang best. Masa tu macam-macam kalau boleh semua nak di pasang. Saya suka konsep macam IKEA, small room tapi fully utilised. Yang bestnya ruang masih spacious.
Biasanya air sinki dapur dari meter bukan dari tangki. Elok juga pasang filter air. Semasa premis tempat kerja lama pernah air paip bau busuk rupanya air dalam tangki telah tercemar bangkai tikus.