Kerajaan bakal mengenakan Cukai Makmur sebanyak 33% pada pendapatan bercukai RM100 juta ke atas kepada semua syarikat untuk tahun kewangan 2022. Cukai ini dilihat bakal memberikan pendapatan tambahan sebanyak RM3 billion kepada negara.
Pada pendapat saya, ini yang bakal/sedang berlaku akibat daripada pengenalan cukai.
1. Dividen KWSP, Tabung Haji & ASB Bakal Berkurang
Kira-kira 125 buah syarikat public listed akan menerima kesan kenaikan cukai ini. Lazimnya syarikat public listed di Malaysia ini mempunyai pegangan oleh salah sebuah daripada badan institusi KWSP, Tabung Haji dan PNB.
Kenaikan cukai akan menyebabkan dividen daripada majoriti syarikat public listed tempatan berkurang, seterusnya pengurangan dividen daripada institusi ini kepada ahli/pelaburnya.
2. Indeks FBMKLCI Akan Terjejas
Sebelum Belanjawan 2022, saya menganggarkan indeks FBMKLCI akan recover pada tahun hadapan selepas pilihanraya umum ke-15 kerana kestabilan politik dapat dicapai dan situasi Covid telah mencapai fasa endemik.
Namun begitu, Belanjawan 2022 telah menyebabkan perubahan fundamental yang akan melewatkan pemulihan indeks kita.
Cukai Makmur akan menjejaskan pendapatan syarikat dan dividen yang dibayar. Prospek kebanyakan syarikat akan sedikit sebanyak terjejas.
Kenaikan duti setem bagi pembelian saham serta ketiadaan nilai siling untuk duti setem (sebelum ni max RM200) akan menyebabkan pelabur luar kurang berminat untuk berdagang di pasaran Malaysia akibat daripada kenaikan kos.
3. Pelaburan & Perbelanjaan Dalam Negara Akan Meningkat
Sebagai pemilik perniagaan, kalau saya tahu syarikat saya akan dikenakan kadar cukai lebih tinggi jika pendapatan bercukai melebihi sesuatu nilai, sudah tentu saya akan cuba sedaya upaya untuk mengurangkan keuntungan tadi.
Apa yang boleh dibuat adalah:
- Pelaburan ke dalam perniagaan; buka cawangan baru, R&D, perkenalkan produk/perkhidmatan baru, beli aset hartanah, renovate pejabat, tingkatkan perbelanjaan pemasaran, tambah bilangan pekerja, buat family day, beli mesin dan macam-macam lagi
- Naikkan gaji pekerja dan bonus supaya pekerja gembira dan tak terfikir nak cabut
Dengan memperkenalkan cukai makmur, kerajaan sebenarnya secara tidak langsung memaksa syarikat besar-besar untuk berbelanja lebih banyak.
Bila perbelanjaan dalam negara meningkat maka semakin rancaklah pertumbuhan ekonomi dalam negara. Peluang pekerjaan akan meningkat (daripada R&D dan pembukaan cawangan baru, pengenalan produk/perkhidmatan baru), pendapatan pekerja meningkat (gaji naik, bonus), SME akan mendapat tempias daripada perbelanjaan syarikat (office renovation, pembelian peralatan/perkhidmatan lain), industri pelancongan/hotel tempatan akan dapat tempias (family trip, marketing event).
Kalau tak, syarikat-syarikat ini akan declare dividen banyak-banyak yang biasanya hanya memanfaatkan pemegang saham utama mereka.
Secara keseluruhan, saya berpendapat implikasi cukai makmur bersifat long term positive, short term negative.
Di samping dapat meningkatkan pendapatan negara, apa yang tersirat adalah lebih kepada manfaat secara terus perbelanjaan syarikat besar dalam negara untuk mengurangkan cukai.
Mungkin lambat sikit untuk indeks FBMKLCI recover ke paras 1700 dan ke atas, tapi pada saya ini adalah peluang terakhir sebelum faktor pemangkin utama untuk indeks memecahkan paras 2000 mata yang diidam-idamkan setelah sekian lama.
Pemangkin ni dah banyak disebut-sebut sejak kebelakangan ini dan bukan lagi rahsia. Tidak lain dan tidak bukan adalah pengenalan semula GST.
GST memang dah proven beri pendapatan besar kepada negara, jadi buat apa kerajaan nak peningkan kepala fikir, study & kaji cukai lain? Bunyi macam buat kerja malas tapi itulah hakikatnya.
Lepas ni tak kisahlah kerajaan mana sekalipun, confirm GST akan diperkenalkan semula. Tak percaya? Save post ni.
Dengan strategi yang betul, sepatutnya tak gentar dah tengok market merah sejak daripada pengumuman bajet 2022 minggu lepas. Antara nak dengan tak nak ambil kesempatan je terhadap pasaran yang lemah.

