Camo Backpack Untuk PDRM

Reading Time: 2 minutes

Berpeluang submit tender untuk bagpack yang akan digunapakai oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) PDRM. Bukan calang-calang punya beg ni.

Walaupun nampak biasa, spesifikasi dia boleh tahan susah terutamanya dari segi nak matching warna mengikut kod warna camo PGA PDRM dan nak ikut spesifikasi ketahanan/kekuatan bahan yang digunakan untuk buat beg. Disebabkan ini adalah beg operasi, secara asasnya pemilihan material perlulah bersesuaian supaya tahan lama dan tak cepat rosak.

Buat sample pun sampai beberapa round untuk dapatkan final produk yang ada ni dengan beberapa vendor. Nak berurusan dengan vendor ni pulak satu hal, cakap itu ini boleh buat tapi bila dapat produk, tak ikut spesifikasi. Memang kena strict dengan vendor kalau tak kerja mesti tak menepati apa yang diperlukan.

Bila dah siap, beg diuji oleh Sirim untuk buktikan yang ia dah menepati spesifikasi. Tak boleh main claim spesifikasi buta-buta je. Banyak jugak modal nak keluarkan untuk test Sirim.

Sebagai perbandingan dengan beg berjenama yang ada di pasaran, beg Osprey Daylite Plus gunakan 210D Nylon Oxford dengan harga RM210 (boleh Google sendiri). Material 210D Nylon Oxford ni breaking load dia 890/770 N. Breaking load ni merujuk kepada jumlah daya tahan material di bawah bebanan sebelum ianya rosak/koyak/gagal.

Material untuk backpack PGA PDRM ni easily hampir dua kali ganda lebih kuat daripada material yang Osprey gunakan pada harga jauh lebih rendah.

Dari segi kemasan dan kualiti pembuatan, yang ni memang kita buat paling terbaik. Yelah, kalau sampai beberapa round suruh vendor buat semula, memang dah confirm benda beg ni takkan ada kecacatan reka bentuk dan pembuatan.

Bahan pembuatan semua berkualiti. Zip YKK, buckle daripada bahan plastik yang kuat dan warna memang tak cepat luntur.

Ukuran beg adalah 45 x 29 x 17 cm dengan isipadu kira-kira 21 liter. Walaupun bahan buatan kuat, beg ni masih ringan dengan berat kurang daripada 1kg.

Water-resistant tapi bukan secara keseluruhan. Kalau kena hujan sikit tu boleh tahan lagi lah. Spesifikasi asal tak memerlukan beg ni jadi water-proof.

Disebabkan beg ini nanti issued untuk ahli PGA PDRM sahaja, pasti ada anggota PDRM lain teringin nak pakai. Jadi kami buka sekejap untuk tempahan terhad. RM159 termasuk shipping seluruh Malaysia. Tempahan dibuka untuk menghabiskan material yang telah dibuat semasa pembuatan sample.

Masa jualan terhad ya, dah cukup kuota kami tutup. Klik sini untuk tempahan.


Posted

in

by