Tinggal kat area orang kaya ni, hampir tiap-tiap hari dengar rumah kena rompak, tak pun pencuri masuk. Ada cerita rompakan yang brutal, ada cerita rumah pencuri masuk sebab pintu depan tak kunci =________=’ wth! Jadi aku terfikir la, kalaulah tiba-tiba ada perompak nak masuk rumah aku kan, boleh ke aku bunuh dia? Adakah aku akan dikenakan tindakan undang-undang sebab membunuh?
OK, situasi dia macam ni. Katakanlah pada suatu hari tu aku tak keluar, tengah update blog macam biasa la. Sekali ada dua orang panjat masuk pagar aku dan mula nak lock pick pintu depan tu. Aku pulak lupa nak kuncikan pintu grill depan tu dengan mangga. Tinggal pintu kayu yang berkunci. Mungkin pencuri tu ingatkan takde orang kat rumah, diorang ingat aku pergi breakfast kat mamak jap, jadi diorang tak check ada orang ke tak padahal aku dah tunggu tepi pintu dengan parang panjang yang aku baru asah malam tadi.
Diorang berjaya bukak pintu kayu, sorang masuk aku terus tetak kepala dia dengan parang panjang. Confirm la mati kan. Mustahil tak mati. Pencuri lagi sorang tadi pulak bila tengok kawan dia dah mati, confirm la dia lari tak cukup tanah. Siapa tak sayang nyawa kan? Untuk situasi ni, korang kena tau yang aku memang tak sempat nak call polis atau sesiapa masa pencuri tu panjat pagar masuk rumah aku. Yelah, kalau nak mencuri waktu siang, diorang kena gerak lebih cepat untuk mengelakkan jirang sebelah atau sesiapa nampak. Dah dapat masuk rumah target, baru selamat sikit.
Aku terpaksa buat macam tu. Mentaliti pencuri ni, diorang tengah buat salah. Diorang takut kantoi, takut kena tangkap lepas tu masuk jel. Jadi kita ada advantage. Majoriti yang mencuri kat kawasan perumahan ni, diorang tak pro. Segelintir aje yang tau apa dan macam mana nak buat. Advantage kita ialah ketakutan yang diorang ada dan untuk takutkan dia lagi, kita kena berani. Kalau takut nak buat something, maka advantage kita hilang sekelip mata.
So make the first move, tunjukkan who’s the boss. Serang pencuri tu dulu dan hopee for the best. It’s the best bet (kalau korang sayangkan harta benda korang ah), tapi dalam kes ni, aku lebih nak ajar korang macam mana nak turn the table around, cekup pencuri-pencuri ni. Bila kena cekup, kawasan tu jadi kawasan panas pada diorang, jadi pencuri lain tak berani datang. Kalau ada pencuri yang mati lagi bagus. Yang lain lagi kecut perut nak kacau kawasan tu.
Kenapa aku tak cederakan pencuri tu instead of bunuh? Senang. Kalau aku cederakan, nanti diorang marah. Pencuri lagi satu nanti akan tiba-tiba jadi lebih berani sebab nak selamatkan kawan dia yang cedera. Pencuri yang cedera akan cuba mempertahankan diri. Nanti aku pulak kena serang dan memang confirm diorang akan serang aku balik. So by disabling sorang, maka tinggal lagi sorang pencuri. Secara automatik dia jadi bertambah takut sebab manusia memang takut ditinggalkan keseorangan. Faham tak logik aku ni?
Jadi aku dah bunuh pencuri tu. Apa nak buat? Aku call polis. Polis datang. Kalau aku cerita macam yang aku ceritakan ni boleh terima ke? Lepas tu aku kena buat apa? Cerita kat balai? Adakah aku akan ditahan di lock up sebab membunuh? Adakah aku akan dikenakan tindakan undang-undang sebab membunuh? Adakah aku akan dipenjarakan? Korang pulak macam mana? Adakah korang akan bunuh atau kasi diorang masuk, amik barang dalam rumah korang sesuka hati? Kalau perempuan tu silap-silap kena rogol sekali. Macam mana?
Sesiapa ada kawan lawyer atau bakal lawyer harap dapat sampaikan. Aku nak dengar pendapat dari berdasarkan undang-undang Malaysia gak.
***
Bercakap pasal membunuh, ada juga baiknya kalau kita membunuh haiwan ternakan untuk amal jariah tapi dalam konteks ni, membunuh tu biasanya orang panggill qurban & aqiqah. Firman Allah: “Maka bersolatlah kamu untuk Tuhanmu dan bersembelihlah” (Al Kausar : 2) Kepada yang berminat, silalah lawati equrban.com.

Comments
35 responses to “Nak Bunuh Ke Tak?”
bru pagi td dlm 4.15 pagi setan2 bulan puasa masuk umah..
aku kt sklh kadet polis..
ade blajar menembak…
mmg aku minat habis ahh…
alangkah BAIKNYA KALAU AKU ADE PISTOL + LESEN MENEMBAK KT UMAH…
setan2 tu plak bwk parang..
kalo ade peluang mmg sumpah aku pancung dorang..
kucing aku trauma..
kluar umah.. dlm brape jam die balik , basah, sbb hujan…
polis pon aku xtau asl ********** sgt… kakak aku call polis..
pas2 ade ke die kate nnti call balik ?!?!?!?!
bile selongkar bilik mak aku.. ade surah yassin bwh bantal..
SELAMBA DIE LANGKAH KO TAU… ni lah setan2 bulan puasa…
aku x kira kene dakwa ke x..
yg penting aku mmg nk bunuh dorang…
dorang ni pon bodoh gak…
fon zaman skrg ade gps laa…
lgi1.. ade balai polis dkt ngn umah aku…
tu pon 1 hal.. xde link ngn TM…
jd kalau polis nk dtg kene dri balai yg jauh skit la..
1 pesanan dari aku kpd korang(perompak):
-aku harap korang mati dlm otw tgh lari.
-ataupon bile korang rompak rumah lain, harap korang kene bunuh.
-kalau nk bertaubat, jumpa family aku.. face 2 face.
-korang mmg jahanam sbb curi laptop kakak aku. dh la die nk sambung blajar kt UK. dh download mcm2 fail psl universiti. hilang sekelip mata je.
-bulan puasa korang merompak, dosa korang berganda. padan muke.
-lgi 1.. bkn ke bulan puasa korang kene ikat?? mcm ne bleh terlepas ?
slam singgah!!
bro, jawapan kepada persoalan kau kat atas ni ada dalam entry kat bawah ni. :)
guys..i have experience rumah kna msuk perompak.sgt takut.god knows how i feel tht time.mse tu cme i n my fren.blik i kt bwh n my fren kt ats.dlm kul 3am cmtu.i dgr ade org msuk umh selongkar brang2 ktorg.i mmg da kecut abis.dunno wat to do.nk jerit pn xgne.buatnye jiran xdgr dah sah2 die tau i ade dlm blik.so i just tawakal jela.yg ade dlm blik utk wat senjata mse tu cme kerusi kayu n….itu je kot.dlm blik.mne ade ape yg sesuai.xkn bantal kot.after mmg i could see die korek2 my pintu blik.i mmg ketar habis.but thank god ntah nape he seemed cant open the door.i was saved.and you dun wanna know wht the police said to us when we lodge a report after tht.tp pastu mmg i ade niat nk bunuh sme cm ariff.for few months i tido with pisau yg sgt tajam at the door just in case…scary ok.i’d rather see ghost.
Alhamdulillah, nasib baik u selamat. Satu pengalaman yang memang.. mendebarkan. ish. Mesti u macam trauma kan lepas tu.
hm.. bab polis.. entahla.. mesti apa yang dia cakap tu agak mengecewakan.
one advice: just keep something in the room as weapon. At least, at times like this ada something la
yup.I mmg bersyukur sgt.trauma tu adela ckit.yg sedihnye kwn i tdo mati.call die lgsung xjwb.nsib baik die pn ok.tp bykla mende hlg.all d laptops….duit tabung…huhu…yg lawaknye biskut dlm tin beso tu pn die curi…lapo sgt ke…adoi….tp u tau polis tu mse ktorang p repot die ckap “kalau ktorang p rumah kamu pn pencuri tu dh xde kan.so xbleh nk buat apela.” eh eh….nk plak pencuri tu tngu kt rumah and mintk ktorg repot polis.mulela i menyirap.dh hlg sopan sorg pempuan.i mmg pantang org kuang ajr cmtu.xkna kt die sngla ckp.lau staka tnk mkn gji bute bek xpyh.last2…jiran ktorg yg tlg wt repot kt balai lain kt gombak.b4 tu kt sentul.mse tu bru nk tehegeh dtang amik gambarla hapela….papepn i mmg ade niat nk bunuh org pastu.hehehehe…rse cm kna jd wonder woman jp.hahaha…thanks for reading.bubye…byk repot xsiap g ni….
huh dah lama terfikir perkara ni tp sbb bkn lawyer …kdg2 kita bunuh tu utk tujuan keselamatn diri kita..lgpun dah org ceroboh masuk kawasan kita jadi kiita ada hak utk pertahankan apa saja utk keselamatan …..
erm bagus jugak idea nih i
tak kisah sanggat nak kill bad people nih
daripada diri sendiri kene bunuh baik aku bunuh ko dulu!
aku mula2 baca tadi, fikir kau nak bunuh sapalah agaknya~
alahai~
tapi kan~
orang selalu kata, nyawa lagi berharga~
pasang alarm abes citer…police patot ronde2 kawasan berisiko nie…lebih2 lagik kes berulang…my place, ada kes baru dia dtg n ronde2 nnt tak lame biar blk… sorry mate ngantok sgt.xleh digest sume bende…
polis zaman skrg xleh harap.. mkn gaji bute..
mcm kes rumah aku..
kul 4 pagi kakak aku call polis..
lbih kurg 5.15 pagi polis smpai…
lgi2 operator dorang yg mmg buat org sakit hati..
bro, kalau rumah dah masuk pencuri xsempat pun nak bertindak. serius x tipu.nak2 perompak zaman skrg dh berani. siap ada parang, pisau segala. dia acu pisau kt kite, ternganga xtau nk buat ape.sape x syg nyawa? nak2 lagi org tersyg. terpakse lah bia je diorg amik harta-benda. harta benda boleh dcari, nyawa bro xde ganti.
p/s : psg alarm system utk keselamatan terjamin..=)
erk. Jangan la cakap macam tu. Seram lak dengar
sy stuju sgt! kalo bunuh dorg, makin bkurangla perompak dan penjenayah. kalo stakat kena tangkap, then kena release gerenti dorg wat lagi. x salah kalo kita mbunuh org cmtu, sebab bg sy bnda tu kira sbg defense. kalau nk kol polis, mmg lambat sampai, tup2 nyawa kita lak melayang
cuba pertahankan diri sebaik mungkin, kalau memang diorang bawak senjata bahaya, kalau rasa mampu melawan so jgn kasi peluang dkt perompak tersebut
yg penting kita sbgai tuan rumah,kita berhak mempertahankan harta benda kita, si perompak tu tentu dah salah sebb menceroboh…dan kalau dia mati kena bunuh dek kita sbb kita nak mempertahankan diri kita
rasa2nya, kalau utk self defense tak menjadi masalah.
masalah sekarang ni, klau perompak tu mmg ternyata ada senjata bersamanya waktu itu dan ternyata memang mengancam nyawa, boleh kot…tak didakwa.
tapi, kalau dia baru nk jejakkan kaki dlm rumah, tup tup kena lak tetak bwk maut…
rasa2nya, jadi kes kot.
sbb pernah ada kes pelatih PLKN kot, rumah dia dimasuk pencuri/perompak, dia tembak (yg mana utk self-defense) jdi kes pulak. mungkin sbb penjenayah tu dpt lari keluar dari rumah kot.
susah nak cakap, sbb undang2 byk sgt.
paling baik, bagi knock-out penjenayah, ikat pastu call polis.
perghhh… macam senang jer cakap ekk…??
Setuju2..kalau boleh, jangan sampai bunuh..tapi kut2 mana pun, memang kena pertahankan harta tu sebab kalau tak silap, mempertahankan harta juga adalah satu jihad :)
Itulah. Benda macam ni biasanya easier said than done. Cakap je nak bunuh, tapi kadang-kadang hati tu memang rasa tak sampai hati pun nak buat. Kita ni manusia ada akal fikiran dan perasaan, takkan la kejam sangat sampai macam tu.
Then again, benda macam ni kena ada mindset la supaya kita tau apa boleh buat kalau tiba-tiba berlaku. Kalau tak set apa nak buat, mesti nanti macam kelam kabut dan panik bila situasi sebenar datang.
erk.. undang-undang dunia satu hal, undang-undang akhirat macam mana bro?
kene kaji jugak tu. setahu aku undang-undang Islam bagi mencuri, potong tangan. bukan dibunuh. maka, boleh ke dibunuh?
Kalau tak sengaja dan benda ni semua berlaku dengan pantas?
ha yang tu kau kene la tanya orang yang lebih arif dalam hukum-hakam agama. dan orang tu bukanlah aku.
erk.tapi berdasarkan entry kau, kau memang dah merancang dan berniat nak membunuh si perompak tu kan?
kalao situasi mcm ni leh aku rase..ko xkn didakwa..
self defense la plak kan..kalao dia idop lg ko try la mntk tlg jiran tetangga..
ahaha..no komen ar plak..
Kalo dia hidup lagi aku tangkap gambar pastu letak dalam blog. Kasi iktibar kat orang lain. Bleh tak camtu? Macam kejam sangat pun ade gak.
Sudah pasti jadi dia glamor satu malaya… hehehe.. Tapi aku rasa mengaibkan pulak dan gelaplah masa depan dia.
Jap. nak g tanya kat Aidil Khalid (novelis, graduan ungand2 UiTM). tak tau bila dia nak reply. Dah lama gak tak tanya pendapat dia ni.. hmm..
Ni blog dia.. http://aidilkhalid.blogspot.com/
Kita tunggu jawapan dia nanti ya.. [Kalau boleh nak panggil dia ke mari.. Hmm…]
ops. typo. undang-undang. [malasnya nak taip ikut ejaan betul sekarang ni..]
Nanti kalau bunuh, jadi berpuaka plk rmh… :)
Haha pape jelah asalkan kita berada di pihak yang benar…Arios everyone
aku pun nak bunuh ja klau mcm tu. owh, aku penah bwk pisau tetak daging dulu sekali, igt pencuri panjat masuk tingkat atas umah sebab seminggu sebelum tu dah ilang laptop kena masuk pencuri gak. so agak fobia ngan bunyik2 yg saspekted org mengumpil pasti aku capai pisau.
dulu aku jugak terfikir pasal benda ni…dan aku fikir, bila ada peluang.. bunuh pencuri tu adalah jalan paling selamat! bila dia dah masuk kawasan kita..kiranya kena mempertahankan diri lah..kalau kat luar rumah lain citer
Yup. Itulah sentimen dia. Dia menceroboh, kita bunuh
sediakan suntikan pelali untuk pencuri. haha.. boleh pakai tak idea nih?
Boleh2. Tapi kalau suntik biasa orang sediakan satu je. Aku dah suntik satu, nanti lagi sorang pukul aku ngan batang paip lak
kalau untuk mempertahankan diri, rasanya patut kot. tapi jangan lah pukul dia sampai mati.nanti jadi kes lain pulak.
penah tgk rancangan oprah pasal sorang isteri tembak mati si suami sebab tak tahan didera.penderaan tu berlaku dah lama. suatu hari, si isteri tak tahan sebab diancam bunuh oleh si suami. si isteri ambil pistol dan tembak si suami byk kali.
adakah juri akan percaya bahawa tindakan si isteri itu hanya mempertahankan diri dan bukan membunuh dengan sengaja.
With Love,
Rupanya ada juga anak dara yang pandai memasak tetapi tidak pandai mengemas rumah.
Hurm, kalau tak silap lah, masa sekolah rendah dulu ada abang polis ni bagi ceramah kat sekolah. Seingat aku kalau pencuri tu mati sebab kau self defense kau takkan didakwa. Tapi contoh kau dah tetak leher pencuri tu tapi leher tak putus sepenuhnya & pencuri tu lari, kalau kau kejar & bunuh dia dalam kawasan yg agak jauh dari rumah kau, kau akan didakwa.