Buat Apa Nak Invest Banyak-Banyak?

Ait-Ben-Haddou, Morocco. 2017. Zaman anak masih satu
Reading Time: < 1 minute

Ada orang kerja ok, income masyuk, simpanan banyak fikir dah tak perlu invest sebab semuanya dah cukup sampai retirement.

Betul jugak. Buat apa nak pening kan?

Tapi sebenarnya selagi tak sampai masa nak guna duit tu atau the retirement itself, rugi kalau dah decide tak nak invest.

Duit lebihan daripada hasil invest tu boleh guna buat macam-macam.

Kalau minat travel, bolehlah bajetkan travel 2-3 kali setahun berbanding sekali setahun.

Mungkin anak minat nak belajar lebih tinggi, atau buka bisnes, boleh support mana yang patut.

Mungkin ada ahli keluarga atau sesiapa yang penting dalam hidup tiba-tiba kesesakan, bolehlah dibantu.

Tak pun kalau dah bosan masa pencen, nak cari pengisian dalam hidup. Bolehlah join NGO, badan amal atau apa-apa lakukan aktiviti/hobi. Ada duit lebih tak perlu risau nak buat semua tu.

Pendek kata, tak rugi ada duit lebih masa retirement. It’s a good problem to have.

Pening ke nak invest?

Tak pening kalau letak dalam instrument yang memang diuruskan oleh golongan profesional. Kalau naik, pulangan bagus, kalau turun, penurunan masih terkawal. Boleh recover.

Itu sebabnya unit trust sesuai untuk golongan ni. Duit dah ada cukup, just nak kembangkan modal yang ada. Biar duit tu bekerja sendiri.

Lepas tu ada consultant tolong tengokkan. Consultant yang capable akan advice fund apa sesuai dibeli, bila best time nak top up dan bila best time nak switch. Tiga benda ni wajib.

Begitulah ceritanya. Jadi walaupun semua dah cukup, investlah selagi boleh. Tak salah ada duit lebih.

Nota gambar: Ait-Ben-Haddou, Morocco. 2017. Zaman anak masih satu.

Kalau ada duit lebih masa retirement nanti, tiap-tiap tahun nak duduk luar negara sebulan dua. Dah terbiasa tinggal di negara empat musim, kadang-kadang rindu jugak salji. Tak semestinya tempat bersalji, asalkan dapat explore negara lain.

By Ariff

Beli rumah, invest MY/US equity, manage unit trust client, tukang kira duit syarikat dan simpan crypto on the side. Pernah bekerja di beberapa MNC dari SG, CH & US dalam industri aviation sebelum Covid. M.Eng Moscow Aviation Institute, Russian Federation. Currently pursuing Certified Financial Planner (CFP) qualification.