Bila Habis Bayar Loan Rumah

Reading Time: 2 minutes

Sebelum beli rumah bolehlah buat calculation sikit bila nak fully settle loan tu. 

Calculation janganlah terhenti setakat nak tahu loan eligibility.

Case study:

  • Umur 30 tahun
  • Rumah RM700,000
  • 10% downpayment
  • 35 years @ 3% interest
  • KWSP starting balance RM50,000
  • Gaji 7000/month, 1680 caruman bulanan (11% + 13%)
  • Dividend 5.5% p.a 
  • Tiada pengeluaran

Ini calculation yang saya buat

Nanti nak guna KWSP fully settle loan rumah 🚨 

– Semua Orang

Yang ni paling biasa. Kalau ikutkan, tahun ke 14 cukup dah duit KWSP nak fully settle tapi lepas tu balance KWSP 0 lah kan. Kenalah kerja accumulate dana pencen balik.

Umur 50 tahun, buat pengeluaran keseluruhan akaun 2 dan fully settle loan rumah. That one line warna oren. 

Keburukan dia kat sini adalah hampir separuh duit kwsp yang dah dikumpulkan guna untuk settlekan loan rumah.

Adalah sikit lagi balance KWSP tapi cerun kenaikan dia taklah macam line hijau sebab compounding from capital yang dah berkurangan.

Ni tak kira benda2 lain masa bersara seperti perbelanjaan pendidikan anak, buat majlis kahwin anak, renovation rumah dan macam2 lagilah.

Balance around 500k cukup ke untuk persaraan? 🤔 

As always untuk persaraan, lagi banyak ada lagi bagus.

Ramai orang silap bila dia gaji banyak, duit simpanan ada 6-figure. Masa tu dah tak nak gunakan kemudahan pengeluaran KWSP akaun 1 untuk pelaburan sebab ingatkan simpanan persaraan yang ada dah cukup.

Duit mana pernah cukup. Bila gaji banyak biasanya komitmen pun banyak. Jadi kegunaan masa bersara nanti pun banyak sebab dah terbiasa hidup gaji besar.

Jadi gunakan kemudahan yang ada, invest. Kalau betul ada terlebih sangat usia tua nanti wakafkan untuk kebaikan orang ramai.

Solution yang boleh dipertimbangkan untuk tak kacau duit KWSP fully settle loan rumah ni senang je. 

Invest RM500/bulan @ 8% p.a. dari awal2 beli rumah. By the time umur 50 boleh fully settle balance loan RM350k+ tu guna duit yang dilaburkan tadi. Rujuk line biru gelap.

8% pulangan setahun tu possible boleh dapat. Saya boleh tolong kalau tak reti.

Assumption yang saya guna kat sini adalah kerja gaji sama sebab at the point of calculation, eloklah guna assumption yang sederhana. 

Apa2 extra in the future tu nanti boleh buat kiraan semula.

Bila rumah dah habis bayar, barulah tenang sikit nak buat decision seterusnya ✌🏼

Ok tak strategi ni?


Posted

in

by