Mungkin ada yang belum tau. Tanggal 12 Julai 2016, saya dengan rasminya meletakkan jawatan di company MNC. Berhenti lepas empat tahun berkerja dalam bidang aviation. Dari kerja engineer sehinggalah kerja sebagai eksekutif di syarikat MNC.
Dah lama plan nak berhenti. Bila ada bisnes sendiri walaupun part time, boleh nampak berapa banyak masa spend kat business boleh achieve berapa banyak berbanding masa yang sama dihabiskan di tempat kerja. Memang kalau buat bisnes ni banyak cabaran, tapi kalau dah start awal as part time, bila masanya dah sampai nak jump full time kurang sikit kesusahannya.
Ramai yang satu batch dengan saya dalam agensi jump ke full time tahun ni. Company pun ada sediakan pakej untuk bantu part-timers terjun ke dalam bidang ni secara full time.
Pada saya, kerja ok cuma saya jenis yang suka kebebasan dan sukakan cabaran. Kat ofis memang orang cakap cannot go dah. Kerja sama everyday. Cabaran pun lebih kurang. Learning curve dah jadi flat. Tambah pulak orang yang baru masuk naik atas saya, saya rasa no point dah saya stay lebih lama.
Kepada yang muda-muda, saya nak ajak dan buka peluang ni untuk anda cuba dulu bisnes takaful ni secara part time. Buat setahun dua dulu. Belajar. Maintain kerja setahun dua dulu untuk beli rumah, stabilkan diri dan sediakan simpanan yang cukup.
Siapa yang berminat, buka minda dan jom jumpa. No obligation. Awal-awal dulu pun saya tak expect nak sampai ke tahap ini, but it happened.
Comments
25 responses to “Berhenti Kerja”
Good luck and all the best Tuan. :)
ingin sekali saya kerja di aviasion suatu hari nanti
Wah…syoknya kerja sendiri…ada banyak masa untuk diri sendiri…semoga lebih berjaya ☺☺☺
Salam, boleh saya tahu takaful apa yg bro buat?berminat nak jd part timer..
prubsn takaful. Boleh email saya directly
Tahniah bro. Kerja sendiri lagi seronok. Semoga dimudahkan urusan bro dan keluarga.
wah ramai gak yg last day bulan nih..good luck bos
Semoga tuan lebih berjaya lepas nie.. Amin
wah hbat tuan ambil kptusan berhenti kerja..
baik tumpukan pada bisnes sendiri..
good luck bro..bilakah agaknya dapat ikut jejak langkah?
Alhamdulillah, tahniah kerana membuat keputusan demi masa depan yang cerah.
Semoga terus sukses atas apa yang diusahakan sekarang dan akan datang.
aku 15 july 2016 official berhenti kerja…nak start bisness secara fulltime…dulumasa keja buat part time jer…
Salam bro, saya seorang houseman. Tengah mencari2 idea part time takaful. Macam mana nak bermula ya?
semoga berjaya.. insyaAllah kalau pi KL boleh berjumpa… Dah lama dalam sistem kerja yang tidak memenuhi kepuasan diri…
Tahniah bro..
InsyaAllah akan menyusul nanti..
Good luck bro..
Boleh ke buat part time ?
Macam.menarik.
Selamat terbang tinggi dan berdikari. Insyallah terbuka jalan. :)
terbaik bro…
memang dapat kebebasan tu yang best
pheww 1st step nak join takaful. persediaan diri apa?
Btw tahniah bro… power
akhirnya ye abam. good luck menempuh bidang yg semakin mencabar but rewarding =)
Bro…saya dalam stage ambil keputusan untuk bekerja sebagai full time blogger. Income permonth 10k-15k.. agak-agak berbaloi tak utk saya fokus dalam blogging,dan lupakan hasrat utk mencari kerja.
Sesuai sangat dah tu bro
Ajar sy jd blogger 10k sebulan
Tahniah bro sebab dah menuju kepada kebebasan kewangan
Dah jadi agen insuran ker…… Kalau betul-betul memang boleh masyuk…. Congrates…