Beli Saham US di MIDF Invest

Baru je start membeli saham pasaran US guna app MIDF invest. Blogpost ini sekadar perkongsian ringkas.

Kepada yang melabur dalam pasaran saham tempatan, mungkin dah perasan yang pasaran kita ni lembab nak mampos. Walaupun technical cantik, fundamental cantik, timing pun kita rasa dah ok sangat untuk harga naik tapi tak naik-naik. Ada je alasan dia untuk tak naik. Bukan rahsia pasaran tempatan ni memang dikawal oleh smart money, tapi lately ni dah mula macam haram balik.

Jadi ada baiknya saya masuk ke pasaran US lebih-lebih lagi sekarang MIDF baru launch app MIDF Invest. Apa yang bagus tentang app ni ialah:

  1. Technical analysis dalam app tu sendiri. Saya tak guna banyak, setakat MA je dan boleh buka chart dengan MA dalam app MIDF invest. Cuba bagitau app broker kat Malaysia ni yang boleh tengok MA?
  2. Fees rendah berbanding beli saham US dengan broker bank.
  3. Deposit duit tak banyak cerita, duit masuk on the spot, boleh terus beli saham on the spot. Tak payah nak lalu siapa-siapa.
  4. Local registration dengan MIDF berbanding kalau guna broker luar.
  5. App stabil walaupun masih baru. Harap berkekalan. Jangan nanti dah ramai guna sangkut pulak.
  6. Deposit rendah nak start (US$50), sesuai untuk newbies. Boleh dah skip Bursa Malaysia, jangan buang masa kat sini.

Kepada yang baru nak start masuk pasaran US, saya share apa yang saya buat. Simple dan percuma. Trade at your own risk.

  1. Guna screener kat Trading View. Shortlist yang ada technical buy.
  2. Screen saham technical buy dalam MIDF Invest untuk confirmation saham patuh syariah.
  3. Cari analyst report dalam laman web Nasdaq. Lagi banyak report coverage, lagi bagus fundamentally. Kalau harga semasa jauh lebih rendah berbanding average coverage price, boleh shortlist untuk beli.
  4. Guna kriteria analisis teknikal anda sendiri untuk beli. Saya suka cari saham yang dah cross 21MA pada daily dan retrace.

Kena ingat pasaran US bukan macam pasaran Malaysia. Kat sini analyst report ni biasanya sell-side report, kalau ikut bulat-bulat memang kena makan. Yang faham tu fahamlah.

Semoga berjaya.

By Ariff

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.