Kalau melabur dalam pasaran US, boleh tiru Warren Buffett beli saham apa, pada harga berapa.
Kita pun sedia maklum Warren Buffett ni kalau beli memang target long term. Boleh follow dengan yakin.
Di USA pelabur institusi yang jaga fund $100 juta dan ke atas wajib isi borang 13F dalam tempoh 45 hari selepas pembelian.
Jadi setiap suku tahun borang ni akan didedahkan kepada umum. Semua orang boleh tengok apa yang superinvestor dah beli, berapa, harga apa etc.
Ini salah satu data point saya guna sebab kebanyakan saham yang dibeli oleh Warren dan superinvestor lain adalah benda sama yang dibeli oleh unit trust.
Contoh. Kalau Warren Buffett pernah beli Apple pada harga $136, dan dana unit trust pegang saham yang sama, maka pada harga Apple $136 dan ke bawah, bolehlah kita beli dana unit trust tersebut.
Warren Buffett dan pasukan penganalisisnya mesti dah buat kajian mendalam. Kita just follow dan kalau dapat lebih murah dari harga belian mereka, lebih baik.
Untuk melabur secara long term sebenarnya tak susah. Kalau susah, cari orang yang faham untuk guide. Itu gunanya consultant yang memang faham keadaan pasaran.