Beli Kereta Pre-Registered Untuk Jimat Duit

Kereta pre-registered ni adalah kereta yang pengeluar gunakan untuk test drive atau dipamerkan di showroom. Kereta ini akan didaftarkan atas nama pengeluar/pemegang francais atau syarikat yang memiliki showroom kereta.

Bagi yang tak tau, sebenarnya boleh je beli kereta pre-registered ni. Antara kelebihan utama membeli kereta pre-registered adalah:

  1. Lebih jimat dengan minimum 10% lebih murah daripada harga asal kereta baru.
  2. Ready stock, tak perlu tunggu lama bagi model yang ada waiting period panjang. Lebih-lebih lagi musim covid ni, model yang popular pasti akan mengalami kelewatan akibat daripada gangguan dalam rantaian bekalan.
  3. Unit yang dijual biasanya dalam keadaan yang sangat elok berbanding kalau beli kereta daripada penjual kereta terpakai.

CX-5 2.2D yang dibeli ini adalah pre-registered unit, dijual sebagai showroom condition unit, tahun dibuat 2019 dengan spesifikasi terbaru dan 6 tahun servis percuma + 6 tahun jaminan waranti. 11% off daripada harga brand new. Mileage pula tak sampai 900 km. Untuk harga yang sama kalau beli kereta baru, saya hanya akan dapat high spec enjin 2.0 berbanding enjin turbo premium spec yang saya dapat sekarang.

Beza antara pre-registered unit biasa dengan showroom condition unit adalah mileage yang rendah untuk showroom condition. Biasanya kurang daripada 1000 km. Harga mahal sikit tapi kita tak risau sangat berkenaan penggunaannya. Biasanya showroom condition unit ni ada kat showroom kecil-kecil je.

Beli pun melalui whatsapp je. Tengok gambar dan terus transfer booking. Masa sign booking form pun tak tengok kereta sebab kereta kat showroom lain. Serius! Sementara nak tunggu loan tu barulah pergi intai kereta ni kat showroom dia. Tergelak salesgirl tu bila wife bagitau yang kereta ni beli melalui whatsapp.

Tapi janganlah ikut macam kami beli melalui whatsapp, dengar macam hebat je cuma pada hakikatnya dah dua tahun hasrat nak tukar kereta ni ditangguh-tangguh. Jadi bila masa dan ketikanya dah sampai, dengan pilihan kereta yang menepati spesifikasi, harga & tawaran pun cantik, ada rezeki lebih sikit, memang saya tak teragak-agak nak buat keputusan.

Bergantung pada pengeluar, biasanya kena tanya salesman direct kalau nak kereta pre-registered ni. Kadang-kadang showroom pun ada unit pre-registered yang tersendiri lebih-lebih lagi kalau showroom tu besar. Jadi memang kena rajin sikit bertanya kalau nak cari pre-registered unit. Pengeluar seperti Mazda & Mercedes memang dah ada showroom khas untuk pre-registered unit.

Semoga entri ni dapat membantu anda mencari pilihan terbaik untuk tukar kereta. Kalau nak jimat lagi boleh beli kereta lelong. Yang ni saya takde pengalaman tapi boleh rujuk ebook panduan kereta lelong.

Kelebihan beli kereta lelong adalah dapat beli brand mewah pada harga yang memang berbaloi dan kalau pandai pilih, boleh dijual terus kepada pembeli kereta terpakai seperti Carsome untuk buat untung.

By Ariff

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.