Beli Barang Secara Online Di Apple Store

Reading Time: 2 minutes

Aku suka shopping online. Sangat-sangat convenient sebab aku tak perlu keluar pergi shopping mall nak beli barang yang boleh beli online ni. Duduk dalam bilik pakai boxer pun dah boleh beli something online. Lepas tu esok orang tu hantar sampai ke pintu pagar rumah, free delivery lagi. Senang kan? Jadi hari ni aku nak tulis sikit cara-cara nak beli barang online melalui Apple Store. Ya, Apple Store dah lama beroperasi kat Malaysia secara online atau dalam talian. Cuma aku rasa tak ramai yang gunakan perkhidmatan tu.

Satu kelebihan kalau beli kat Apple Store secara online ini ialah dapat beli pada harga yang lebih murah khas untuk pelajar. Kalau ibu bapa nak beli untuk anak pun boleh dapat harga murah. Pergi reseller Apple rasanya macam susah je dapat.. Tak sure.

Jom try beli something dari Apple Store ni ye. Aku pilih Mac Pro 8-core.

brought to you by

Boleh modify ikut kemampuan dan hawa nafsu. Disebabkan kita sekarang tengah testing je, maka kita modify ikut hawa nafsu la kan.. Dah puas hati, klik add to cart.

Check balik tempahan, tengok apa yang korang dah order. Mana tau terbeli Cinema Display tu sampai 10 ke kan.. Kalau semua ok, klik Check Out Now.

Korang akan dibawa ke login page. Kalau dah pernah shopping ngan Apple, login je ngan akaun Apple Store korang; Kalau tak, kena register baru. Isi butiran alamat penghantaran dan billing. Alamat & no. telefon terpaksa disorok atas tujuan keselamatan~

Lepas tu klik Confirm. Apple akan hantar invois ke email korang dan link untuk check status order korang. Apple Store Malaysia ni based in Singapore, jadi barang-barang memang dihantar terus dari sana. Apple takde gudang atau ofis kat Malaysia ni.

Barang keluar dari gudang 24 jam selepas korang order, selagi stok masih ada. Kalau takde, kena tunggu lama sikit. Lepas barang keluar dari gudang, amik masa antara sehari sehingga 5 hari untuk sampai ke alamat penghantaran.


Posted

in

by

Comments

28 responses to “Beli Barang Secara Online Di Apple Store”

  1. alex iskandar Avatar
    alex iskandar

    salam mcm mane nak beli nye…
    x fham ar…kalu bayar tidak secare on9 mcm mane bole
    x..?aku x de kredit card nie…

    1. ariff Avatar

      tak boleh la kot nak beli.

  2. Meow Avatar

    Salam en Arif, leh beri gambaran sebenar tak??

    hari ni saya dah beli ipad 2 guna Apple Store ni..

    Dia dah bagi order no, cuma belum dapat email lagi…

    sy nak tanya camne proses pembayaran tu??saya guna Debit Card, tapi bila saya semak kat website bank saya tu, tak kurang pun baki dia.

    Boleh cerita sikit tak??adakah masa diorg nak hantar tu diorg akan call kita???

    1. ariff Avatar
      ariff

      baru letak order eh? kena tunggu bank approve order tu dulu, kadang2 ada back yang akan call pemilik kad untuk confirmkan pembelian – bergantung pada bank.
      Biasanya dalam 24 jam diorang approve payment and nanti Apple akan hantar email confirmation purchase. Tunggu jelah. Jangan letak order lagi sekali lak, tak pasal2 ada 2 iPad2 nanti. hehe..

      Masa dia hantar tu, rasanya tak call. Tapi ada tracking, jadi kita dapat bajet bila waktu dia sampai. Mungkin boleh call company yang handle delivery – biasanya DHL. Kalau takde orang kat rumah, nanti dia hantar lagi sekali kot hari berikutnya.

      1. Meow Avatar

        ok,thanks bro…

    1. ariff Avatar
      ariff

      mana encik tau ni??

  3. Mohd Azhar Bin Mohd Lazim Avatar
    Mohd Azhar Bin Mohd Lazim

    Salam, kalau beli dengan menggunakan education pakej tu dapat murah kan, macam mana nak confirm kan bukti yang kita layak membeli dengan harga education tu atau just klik education side dan teruskan pembelian tanpa apa2 masalah

    Thanks

    1. ariff Avatar
      ariff

      last time aku beli dia tak minta bukti apa2. Settle bayaran dan MacBook aku sampai tepat pada masanya. Takde masalah langsung, tak banyak soal. Sekarang pun sama je. Agak advantage beli kat online store Malaysia ni..

  4. Lin Avatar
    Lin

    tumpang tanya..kalo beli secara online kat apple store ni selamat x?sbb nak beli via online sebenarnya cuma takut pasal penghantaran tue..kalo barang rosak masa sampai kat kita dia leh ganti baru ke?
    thanks ya~

    1. ariff Avatar
      ariff

      dia hantar guna DHL. Kalau rosak, dia ganti baru.

  5. Zala Wajik Avatar

    pergh harga dia

    1. ariff Avatar
      ariff

      hahahaha.. boleh beli kereta sebijik

  6. Anwar Osman Avatar
    Anwar Osman

    Beli online nie, aku slalu guna lelong.com.my dulu2.
    Skrg dah x brapa beli online dah.. ongkos duk budget arah lain plak.
    Lagi satu, kalau korang dah pernah berjaya membeli sesuatu secara online, especially jenis yg bid-bid nie.. Boleh menyebabkan ketagihan jugak. So, hati-hati.

    Adik aku ketagih sampai beli gitar letrik dr lelong.com.my, haram x reti main pun. Kononnya nanti belajar plan2.. Sampai skrg berabuk ja gitar tu.

    Lagi satu, pepandai korangla menilai credibility kedai online tu. Ada byk cara.. perlu tips ke? Tanya arif. hehe..

  7. Lord Zara Avatar

    Eh, ni main2 print screen ke kamu beli betul ni?
    Apa yang kamu beli?
    *curious amat*

  8. Piratz Avatar

    mak aih.. beli mac cam beli kereta..

  9. suaidah Avatar

    emmmmm! ku tak pernah lagi beli barang secara online nih.
    lagipun aku tak jumpa lagi barang apa nak dibeli. hehe

  10. eyriqazz Avatar

    Kurang berani nak buat order online..takut tertipu…

    P/s :Advertorial Apple Store ke ni bro?

  11. vangardx Avatar

    huhu..bahaya tu buat fraud order..sekali tertekan confirm..saje2 guna no kad kredit sendiri yg betul..cane?

    1. ariff Avatar
      ariff

      Kalau dah terconfirm still boleh cancel sebelum diorang proses order tu

  12. mijie Avatar

    kalau lah betul2 beli tu, memang aku respek gile lah

    1. ariff Avatar
      ariff

      Kalaulah betul2 tu, memang aku ni jutawan la sampai boleh mampu beli benda macam tu..

  13. aizuddin Avatar

    kalau jadi realiti komfem best..hehe

  14. Zaki Helmi Avatar
    Zaki Helmi

    Hahahaha. Tak agak-agak la kan sampai RM63,300. Aku dah lama main-main dektat Apple Store ni. Pilih barang yg teringin nak beli, sampai part nak kena bayar, terus tutup. Berangan kuat.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Kadang2 berangan ni seronok gak di kala kebosanan

  15. huda Avatar

    kalau benda2 mahal macam ni, Malaysian jarang nak beli online. Biasa la tu mcm2 alasan, brg tak sampai la, apa la. Dulu beli baju by online pun kena marah dgn my dad hehe :P

  16. Affan Avatar

    pale otak ko sampai 63k. hehe

    1. ariff Avatar
      ariff

      hahahahahahahaha… angan-angan je tu