Kalau baru nak mula buat perniagaan online, boleh follow guide ni. Entri ni ditulis untuk mereka yang tak pernah lagi buat bisnes online; mungkin anda selama ni makan gaji dan nak cari pendapatan sampingan, atau suri rumah yang nak cari duit lebih untuk shopping, atau fresh graduate yang belum mendapat pekerjaan, atau student yang nak cari pendapatan. Perniagaan online ni boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja dengan modal yang kecil.
Saya susunkan apa yang anda perlu tahu dan sumber maklumat lain yang anda boleh gunakan untuk mulakan perniagaan online anda. Ada sumber / perkhidmatan yang berbayar, ada yang percuma. Sumber ni semua adalah yang paling asas yang biasanya semua peniaga online gunakan.
Produk seperti ebook yang saya nyatakan dalam entri ni mempunyai jaminan pulangan wang. Jadi kalau beli, anda baca terus dan cuba fahamkan. Kalau rasa tak puas hati atau tertipu lepas baca ebook, boleh hubungi vendor ebook untuk dapatkan pulangan wang.
1. Nak Jual Apa?
Secara asasnya benda yang nak dijual mestilah barangan kering, tidak terlalu besar, tidak mudah pecah/rosak dan tahan lama. Beberapa idea:
- Barangan yang boleh didapati di tempat tertentu sahaja
- Barangan yang anda buat sendiri
- Barangan yang diimport dari negara pengeluar
Senang cerita, barangan yang dijual mestilah mempunyai nilai komersil, samada ianya merupakan barangan keperluan atau kehendak.
Anda perlu mempunyai akses ke sumber barangan tersebut, samada dari kilang, pengeluar, pembuat atau pengedar. Sekarang ni majoriti barangan diimport dari negara pengilang seperti China, Vietnam dan Indonesia.
Nak senang, anda boleh cari barang melalui AliExpress, 1688.com, Taobao dan Alibaba. Untuk penerangan lebih terperinci bagaimana nak cari barang di Taobao, boleh baca ebook ni atau baca ebook ini untuk 1688.com.
Ebook Taobao dah cover satu perkara penting iaitu kastam. Biasanya kalau beli barang lebih daripada RM500 daripada luar negara, barangan tersebut perlu melalui pemeriksaan kastam. Perlu ada dokumen tertentu dan sekiranya anda tidak menggunakan perkhidmatan kurier, anda perlu pergi sendiri ke pejabat kastam KLIA untuk menguruskan pemeriksaan kastam tersebut sebab perkhidmatan penghantaran tersebut tak cover kos untuk clearance kastam.
Kalau tanya saya, saya gunakan perkhidmatan kurier yang menguruskan hal kastam ni. Lebih mahal dan kurang sesuai untuk anda sekiranya baru bermula melakukan perniagaan online.
2. Nak Jual Kat Mana?
Secara asasnya, melalui media sosial seperti Facebook dan Instagram. Tapi dua tempat ni dah jadi semakin tepu sekarang. Memang perlu keluarkan duit untuk pengiklanan.
Selain tu, boleh juga jual di Lazada, Shopee, Mudah dan Lelong. Cuma setiap laman ni ada syarat tertentu yang perlu dipatuhi. Paling senang nak start adalah Shopee. Disebabkan saya takde pengalaman jual di Shopee, silalah anda rujuk ebook ni. Dari segi kos, pemilik laman web akan ambil komisen/yuran daripada jualan.
Sebab utama anda menjual di laman-laman web di atas adalah kerana mereka yang masuk dalam laman web tersebut memang dah ada niat untuk membeli, berbeza dengan mereka yang berada di Facebook / Instagram di mana mereka berada di situ sekadar untuk bersosial.
Anda juga boleh buka laman web sendiri dan gunakan pengiklanan Google & Facebook/Instagram untuk mendapatkan pelawat ke laman web anda. Paling mudah dan murah nak buka laman web ecommerce sendiri adalah dengan menggunakan kedaiweb.co.
Lagi satu pilihan untuk buka laman web ecommerce ialah EasyStore. Bagi yang nak buat laman web ecommerce yang nampak cantik dan lengkap dengan customer management system tanpa mengeluarkan kos yang tinggi, EasyStore adalah pilihan yang bagus. Pelan paling murah bermula dari RM59/bulan.
3. Sistem Menguruskan Maklumat Perniagaan Online
Nak buat bisnes tak boleh cincai-cincai, mesti ada sistem walau simple macam mana pun. Penggunaan sistem adalah untuk memudahkan penyimpanan dan penggunaan data pelanggan di samping menjimatkan masa anda. Contoh, kalau ada sistem untuk merekod maklumat pelanggan, takdelah terkial-kial nak cari alamat pelanggan dalam Whatsapp kalau pelanggan tu repeat order.
Kalau jual di Shopee/Lazada dan laman web eCommerce sendiri, biasanya benda ni takde masalah. Sistem semua dah tersedia. Bagi mereka yang menjual di media sosial dan Whatsapp, memang perlu ada sistem untuk menguruskan maklumat pelanggan dan order yang masuk.
Untuk itu, saya cadangkan guna kart.my. Ada pelan percuma dan berbayar. Yang percuma tu cukup bagus dah untuk mereka yang baru bermula.
4. Perlu ke peniaga online daftar SSM dan bayar cukai?
Bila perniagaan online anda dah boleh bagi pendapatan konsisten RM1000 sebulan, silalah daftar SSM dan buka akaun bank khas untuk perniagaan tersebut. Penggunaan akaun bank peribadi untuk perniagaan berisiko kerana akaun anda boleh dibekukan daripada menerima sebarang transaksi sekiranya bank mengesyaki terdapat transaksi meragukan pada akaun tersebut.
Gunakan akaun bank perniagaan tadi untuk semua transaksi perniagaan. Gunakan Wave Apps untuk buat kunci kira-kira mudah. Hujung tahun bayar zakat pendapatan dan bila tiba musim bayar cukai, isi borang B dan laporkan pendapatan bersih setelah ditolak semua perbelanjaan perniagaan. Bayar cukai.
Jangan lupa untuk simpan semua lampiran dan resit perbelanjaan perniagaan.
5. Penghantaran Barangan
Anda boleh beratur di Poslaju untuk melakukan penghantaran, boleh juga panggil van Poslaju untuk pick up di rumah. Kalau takde akaun dan nak panggil Poslaju pick up, boleh gunakan Easyparcel. Walau bagaimanapun, ini bergantung kepada lokasi anda untuk pick up.
Dengan Easyparcel, anda boleh dapat kadar yang lebih murah bergantung kepada promosi yang ada.
Selain itu, ramai peniaga yang membeli pek prabayar Poslaju. Memang lebih murah cuma barang yang dihantar mestilah muat di dalam plastik bungkusan prabayar tersebut.
Anda mempunyai pilihan samada untuk melindungi barangan yang dihantar menggunakan insurans. Secara asasnya, sekiranya barangan tersebut susah untuk dicari/dibuat dan bernilai tinggi, eloklah dilindungi dengan insurans. Kalau hilang, anda tidak mengalami sebarang kerugian.
6. Cara Paling Mudah Untuk Menguruskan Penerimaan Pembayaran
Semua orang akan bermula daripada menerima bayaran secara manual transfer dengan pelanggan perlu menghantar resit kemasukan wang atau anda semak sendiri dalam akaun. Kalau pelanggan bayar guna IBG, lagilah leceh nak kena tunggu hari seterusnya atau ketika duit dah masuk dalam akaun.
Kalau baru bermula, tak banyak jualan masuk, boleh lagilah tahan nak semak satu-satu. Bila perniagaan dah berkembang, kena cari jalan lain yang lebih efektif dan menjimatkan masa.
Oleh itu, saya cadangkan anda guna Billplz. Dengan Billplz, anda boleh hantar link kepada pelanggan, pelanggan klik link dan masuk terus ke laman pembayaran di mana mereka boleh pilih bank mereka untuk pembayaran online. Bila pembayaran selesai, terus dapat emel confirmation.
Untuk menggunakan Billplz, anda perlulah sekurang-kurangnya mempunyai pendaftaran SSM. Setiap pembayaran daripada pelanggan akan dikenakan caj RM1.50, tak lebih, tak kurang. Pada saya, ini caj paling murah berbanding semua perkhidmatan pembayaran online yang ada di luar sana.
Jadi itulah sedikit sebanyak. Very basic. Kalau ada nak tambah, silalah komen di bawah. Harap dapat membantu pembaca lain yang ingin memulakan perniagaan online dan membuat untung.
Semoga kita sama-sama berjaya.