Bagaimana Melakukan Pelaburan Hartanah – Edisi 2019

Tak ingat bila kali terakhir saya menulis tentang pelaburan hartanah dalam blog ni, jadi ada baiknya saya tulis semula tentang topik ini untuk edisi 2019 (sebab dah Disember ni).

Tak banyak sebenarnya yang dah berubah kalau nak dibandingkan beberapa tahun dulu dengan sekarang tapi perubahan yang berlaku masih boleh memberikan kesan yang besar kepada pelabur. Jadi adalah penting untuk pelabur peka pada perubahan-perubahan ini.

Perubahan paling ketara sekarang ialah harga hartanah lebih stabil sekarang. Kalau dulu, 10% kenaikan boleh dilihat pada hartanah tertentu dalam jangka masa 3-6 bulan tapi sekarang tak lagi. 

Nilai hartanah secara umumnya masih lagi naik, cuma tidaklah sepantas dahulu. Oleh itu, pelabur perlu lebih bijak dalam memilih hartanah untuk pelaburan pada masa kini. 

Bagaimana nak buat duit dalam hartanah sekarang? Secara asasnya tak berubah. Pelabur boleh buat duit daripada pungutan sewa, samada sewaan jangkamasa panjang ataupun pendek (Airbnb, Booking.com).

Selain daripada itu, pelabur boleh membeli hartanah dan menjualnya selepas siap atau setelah nilai hartanah meningkat. Hartanah boleh dibeli daripada pasaran primer / hartanah baru daripada pemaju ataupun pasaran sekunder, pemilik hartanah lain dan pasaran lelong.

Paling ideal adalah membeli hartanah yang boleh disewakan pada kadar yang lebih tinggi daripada ansuran bank dan menjual hartanah tersebut setelah nilainya meningkat atau selepas tiga hingga lima tahun di mana pelabur hanya perlu membayar cukai keuntungan hartanah pada kadar yang rendah.

Apa kriteria penting dalam pemilihan hartanah untuk pelaburan?

Kriteria utama adalah harga. Elakkan membeli hartanah yang terlalu mahal. Bandingkan harga hartanah yang bakal dibeli dengan hartanah setara yang sedia ada di kawasan tersebut. Daripada perbandingan mudah ini, anda boleh mengetahui samada hartanah tersebut mahal ataupun tidak berbanding nilai yang ditawarkan.

Seterusnya ialah kemudahan yang terdapat di sekeliling hartanah tersebut. Lihat samada hartanah tersebut berdekatan:

1. Stesen LRT/MRT sebolehnya dalam lingkungan jarak sesuai untuk berjalan kaki dari stesen dengan laluan pejalan kaki yang selamat 

2. Pusat membeli belah

3. Sekolah

4. Hospital

5. Taman awam

6. Akses ke lebuhraya

Dengan harga yang berpatutan dan mematuhi kriteria kedua, risiko pelaburan anda mengalami kerugian akan berkurangan.

Hartanah yang terletak di dalam kawasan bandar lebih cenderung untuk mengalami peningkatan harga kerana permintaan tinggi. Permintaan ini datang daripada mereka yang ingin tinggal di kawasan tersebut kerana berdekatan dengan tempat kerja.

Gamuda Gardens GAIA adalah contoh bagus mempunyai beberapa ciri yang saya nyatakan di atas.

gamuda-gardens-gaia
Gamuda Gardens GAIA
gamuda-gardens-gaia
Gamuda Gardens GAIA

Satu lagi perbezaan ketara yang saya nampak sekarang adalah kemudahan perkhidmatan kewangan yang ditawarkan oleh pemaju. Kebanyakan pemaju sekarang mempunyai pakej istimewa yang ditawarkan kepada pembeli mereka.  Pakej seperti ini sangat membantu pembeli lebih-lebih lagi bila bank dah mula mengetatkan syarat pinjaman sekarang.

GL H.O.M.E Solution daripada Gamuda Land adalah contoh yang terbaik, khas untuk pembeli hartanah Gamuda Land. Apa yang pembeli akan dapat adalah: 

  • Pakej pembiayaan yang bersesuaian dengan pembeli
  • Pemeriksaan kewangan bagi memastikan pembelian tersebut bersesuaian dengan profil kewangan pembeli

Pakej GL H.O.M.E Solution ini menyelesaikan masalah-masalah pembeli seperti:

  • Tidak mempunyai downpayment yang mencukupi akibat daripada modal anda terikat di dalam akaun simpanan tetap
  • Tidak berjaya mendapatkan 90% pembiayaan daripada bank
  • Penjualan hartanah lama pembeli mengambil masa yang lebih panjang daripada yang dijangka

Pakej seperti ini memudahkan pembeli untuk membeli rumah idaman mereka tanpa perlu bersusah hati sekiranya mengalami kesulitan seperti yang dinyatakan di atas. Pada kebiasaannya, bank komersial tidak dapat membantu pembeli dalam situasi tersebut.

Kepada yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut, anda boleh melayari laman web Gamuda Land di http://gamudaland.com.my/glhome/ atau bertemu sendiri dengan mana-mana pegawai perhubungan mereka di Gamuda Land Experience Gallery yang berdekatan.