Terbaca tentang kisah kemalangan yang ditimpa oleh seseorang, dan baru-baru ini insan tersebut telah meninggal dunia. Takziah diucapkan kepada keluarga dan kenalan rapatnya.
Dalam kesibukan semua orang tentang pemergiannya, terlintas sesuatu di fikiran saya. Sekiranya terdapat insan lain yang tidak mempunyai rupa paras yang cantik ditimpa musibah dan memerlukan bantuan, adakah dia akan mendapat liputan meluas yang sama seperti yang diterima oleh insan yang baru meninggal dunia ni?
Anda jawab sendiri dalam hati. Entri ini hanyalah sekadar untuk menyedarkan diri. Oleh itu, ruangan komen ditutup untuk entri ini. Tiada perbincangan diperlukan.
