NASIHAT UMUM. SEGALA SKIM PELABURAN KRIPTOWANG BESAR KEMUNGKINAN ADALAH PALSU DAN BERSIFAT PENIPUAN. DALAM PASARAN KRIPTO, ANDALAH YANG MEMEGANG ASET KRIPTO SENDIRI DAN DISIMPAN DALAM DOMPET DIGITAL KEPUNYAAN ANDA. JANGAN CEBURI APA-APA SKIM PELABURAN KRIPTO YANG MENJANJIKAN PULANGAN BULANAN. PELABURAN DALAM ASET KRIPTO ADALAH SANGAT BERISIKO ANDA PERLULAH MEMASTIKAN ANDA FAHAM APA YANG DILAKUKAN UNTUK MENGELAKKAN SEBARANG KERUGIAN.
Penulisan ini adalah berdasarkan fahaman saya dalam tempoh yang singkat berkecimpung dalam dunia kripto dan diringkaskan untuk pemahaman mereka yang belum ada pengalaman. Saya tak sentuh bab teknikal seperti PoW & PoS.
Nak cakap senang nak buat duit daripada dunia kripto ni pun tak jugak, memang kena belajar dan faham. Daripada sikit-sikit belajar tu lama-lama kita akan faham dengan lebih mendalam.

Kadar penembusan global kripto sekarang masih lagi berada di tahap early adopters (berdasarkan kajian Osprey Funds, badan mengendalikan pelaburan dalam aset kripto), jadi ada potensi besar bagi mereka yang dah bermula dari sekarang.
Bayangkan macam ni lah. Orang ada duit dulu-dulu beli tanah. Mereka yang simpan tanah dari dulu dah jadi jutawan sebab nilai tanah mereka meningkat. Nilai tanah meningkat disebabkan kawasan sekeliling digunakan untuk tujuan pembangunan.
Sifat kripto adalah lebih kurang seperti aset tanah untuk bagi anda semua faham. Aset kripto ada utiliti (ada fungsi yang boleh digunakan daripada aplikasi yang dihasilkan) dan paling penting, terhad bilangannya, tak seperti duit yang kita semua pegang sekarang.
Bila barangan ada kegunaan dan terhad bilangannya, maka hukum supply and demand boleh digunakan. Harga akan jadi perkara kedua sebab saiz pasaran untuk kripto adalah pada skala global. Semakin ramai orang menceburi dunia kripto, semakin bertambah permintaan terhadap aset-aset kripto, semakin meningkat nilainya.
Sekarang, bagaimana nak buat duit dengan aset kripto?

1. Beli dan simpan
Cara paling asas. Beli dan simpan untuk dapatkan kenaikan. Potensi kenaikan tidak terbatas selagi aset ini digunakan dan semakin ramai yang sedar dan mula menggunakan/menyimpan kripto.
2. Pemberi kecairan (liquidity provider)
Aset kriptowang boleh dipajakkan di bursa (exchange) kripto di mana aset tersebut akan dikumpulkan dan digunakan dalam urusan jual beli dalam bursa kripto tersebut.
Bursa kripto akan mengenakan caj pada setiap transaksi yang berlaku dan pemberi pajak akan menerima sebahagian daripada caj transaksi tadi.
Berapa pulangan tahunan? Bergantung kepada jenis aset kripto yang dipajakkan dan pelbagai bursa kripto yang ada, pulangan tahunan adalah dalam lingkungan 8% hingga 150%.
3. Dagangan aset kripto
Dagangan aset kripto adalah sama seperti dagangan saham di bursa Malaysia. Beli ketika rendah, jual ketika mahal.
Kelebihan berdagang dengan aset kripto ialah kecairan yang tinggi serta pasaran dibuka 24/7.
4. Duit percuma / airdrop
Duit percuma dalam kripto ni lebih kurang macam kedai makan baru buka dan pemilik kedai jemput orang ramai makan percuma.
Tujuan utama adalah sebagai strategi pemasaran dan kedua adalah untuk menggalakkan orang ramai menggunakan platform atau aplikasi mereka.
Biasanya airdrop yang diberikan adalah dalam bentuk token yang boleh digunakan dalam platform/aplikasi yang baru dihasilkan tadi dan mempunyai nilai yang tersendiri.
Nilai token akan meningkat apabila semakin ramai orang menggunakan token atau aplikasi tersebut.
Nilai airdrop adalah bergantung kepada pemberi. Pernah dapat $5 dan $500. Tahun ni ada yang pernah dapat sampai empat angka nilai US$.
5. Beri pinjam / lending
Beberapa bursa kripto turut menyediakan fungsi memberi pinjam aset kriptowang kepada pengguna kripto lain.
Pemberi pinjaman akan menerima faedah daripada amaun yang dipinjamkan dan kadar faedah bergantung kepada permintaan semasa aset yang dipinjamkan.
Pulangan tahunan semasa adalah dalam lingkungan 2 – 30% setahun.
6. Cagar aset / staking
Sama seperti pemberi kecairan (liquidity provider) tadi, pemberi cagar dapat keuntungan daripada aset yang dicagarkan, bergantung kepada permintaan aset.
Beza staking dan liquidity provider adalah staking hanya memerlukan satu jenis aset kripto sahaja manakala liquidity provider memerlukan aset kripto dicagarkan bersama dengan aset lain pada kadar 50:50 nilai semasa.
Sama seperti liquidity provider, potensi pulangan tahunan boleh mencecah sehingga 150% setahun.

Bagi yang baru nak mula menerokai dunia kripto, dinasihatkan supaya gunakan amaun duit yang mampu dileburkan sekiranya sesuatu yang tidak dijangka berlaku.
Penulisan ini merujuk kepada apa yang boleh dilakukan melalui bursa tidak berpusat (decentralize exchange – DEX) dan fungsi-fungsi yang saya terangkan di atas adalah sebahagian daripada fungsi dalam pasaran kewangan tidak berpusat (decentralized finance – DeFi).
Penerangan dalam ni adalah yang terpaling ringkas untuk lebih ramai faham dan terbuka minda untuk meneroka pasaran DeFi & kripto secara amnya. Kongsikan di wall masing-masing supaya sama-sama menerima manfaatnya.
Elakkan menggunakan blokrantaian Ethereum disebabkan kos transaksi yang sangat mahal sekarang. Saya aktif di blokrantaian Avax sekarang sebab kos transaksi rendah. Rujukan entri ini untuk anggaran pulangan adalah berdasarkan pusat
Dah sedia nak cuba beli kripto? Gunakan kod NHEFKS untuk pendaftaran akaun Luno dan dapatkan RM25 percuma daripada RM250 pertama yang anda depositkan. Belum apa-apa dah dapat untung 10%.
Bonus: Saya tunjukkan gambarajah staking dengan kadar pulangan semasa 50% setahun dalam channel Telegram saya.
Penafian: Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian secara langsung atau tidak langsung daripada hasil bacaan blog ini. Penulisan ini bukan nasihat pelaburan.
Sumber gambar: Arbismart

