Terjumpa balik entri stock pick 2017. Tak sangka Aemulus dah 608% gain setakat hari Jumaat 5 Nov 2021.
Masa Aemulus dipilih, kaunter tersebut masih lagi bukan syariah dan baru dikategorikan sebagai syariah pada suku tahun pertama 2017. Masa tu kaunter teknologi masih high risk sebab industri pun baru lagi di Malaysia.
Saya letakkan allocation yang rendah untuk kaunter ni dalam portfolio. Tak sangka kaunter ni mampu menjadi multi-bagger sekaligus memberi pulangan tertinggi berbanding pilihan yang lain.
Dalam pelaburan, sektor baru sentiasa menjadi pilihan risiko tinggi yang mampu memberikan pulangan yang tinggi. Contoh macam matawang kripto, pulangan mencecah 10-100 kali ganda bagi mereka yang dah mula simpan dari awal.
Tak perlu pun nak all-in dalam pelaburan berisiko tinggi macam ni. Cukup setakat laburkan apa yang mampu kita hanguskan sekiranya pelaburan tersebut gagal.

Lagi satu tentang pelaburan ni, kena ada pengurusan yang aktif kepada dana yang dilaburkan supaya tak terperangkap kalau tema pelaburan berubah.
Contoh macam saham Muhibah. Hujung tahun 2017 masih lagi untung dengan harga mencecah RM3 (belian sekitar RM2.30). Harga jatuh bermula 2018 seiring dengan kejatuhan harga minyak.
Walau bagaimanapun, portfolio tahunan ni hanyalah latihtubi untuk cari saham multi-bagger dan tidak diuruskan secara aktif.

