Adakah Pelaburan Unit Trust Boleh Jadi Zero?

Reading Time: 2 minutes

Soalan ni popular waktu market drop.

Pertama kena faham, kitaran ekonomi ada naik dan turun. Berdasarkan sejarah yang dah pernah berlaku, 2-3 tahun turun, 7-8 tahun naik.

Yang sedang berlaku sekarang,

US – 2022 turun. 1 tahun.

China – 2021 – 2022 turun. 2 tahun

Malaysia – 2018 – 2022 turun. 4 tahun.

Malaysia lebih kepada pergerakan sideways, atau senang cakap, tak pergi mana. Naik tak tinggi, jatuh tak rendah sangat.

Ramai orang yang dah lama invest sangkut dalam dana Malaysia.

Bagi yang sangkut, portfolio Tuan Puan sebenarnya boleh diperbaiki dan benda ni tak susah nak dibuat;

  1. Bagi masa.
  2. Buang ego/ sikap degil tak nak dengar cakap.
  3. Trust the process.

Kalau tak buat apa-apa, timeframe untuk portfolio recover jadi sangat panjang. Kena buat something.

Masalah agen unit trust kat luar tu tak tau apa-apa pasal pasaran saham. Beli saham pun tak pernah, macam mana nak tahu?

Sekarang balik kepada soalan, adakah pelaburan boleh jadi zero?

Tidak.

Dana unit trust pegang 30-40 kaunter saham.

Setiap syarikat yang mereka pilih ni dah buat untung dan dijangka akan buat untung lagi pada masa hadapan.

Fund manager tak beli saham syarikat yang rugi.

Kalau takde potensi buat untung, fund manager tak letak saham tersebut dalam portfolio.

Kalau dulu ada potensi kemudian sekarang takde dah, fund manager akan jual.

Kalau ada potensi besar tapi harga jatuh disebabkan faktor luaran; contoh masa covid lockdown hari pertama pasaran saham satu dunia jatuh antara 10% – 20%, FM akan hold.

Hasil jualan saham akan dilaburkan semula ke dalam saham lain yang menepati kriteria.

Itu sebabnya kalau tengok long term performance (5, 10 tahun), pulangan pelaburan biasanya untung above average. Belum pernah ada yang rugi.

Paling penting, belum pernah lagi ada fund syarikat kami yang jadi zero.

@ariff.shah Adakah anda jenis yang risau sama ada pelaburan unit trust boleh jadi ZERO??? Jangan risau! Perkara ni tak akan terjadi sebab ada fund manager yang jaga. #unittrustinvestment #publicmutual #certifiedfinancialplanner #CFP #unittrust #publicmutual #publicmutualconsultant #investing #investment #finance #financialfreedom ♬ original sound – Ariff Shah

Posted

in

by