3 Hari 2 Malam Genting Highlands – Lari Daripada Kesesakan Kota

Sejak jerebu melanda negara, hampir setiap hari pening dan migrain. Lepas balik kerja kadang-kadang terus shutdown. Jadi minggu lepas saya ambil langkah drastik buka Booking.com dan terus book service apartment dua malam di Genting. Kononnya nak lari daripada jerebu lah kan sebab tengok ramalan cuaca, hampir setiap hari hujan.

Kalau anda nak escape ke Genting dengan anak isteri masa long weekend macam minggu Hari Malaysia ni, boleh teruskan membaca. Saya kongsikan apa yang anda perlu tahu untuk short vacation di Genting Highlands. Trip saya ni lebih kepada lepak-lepak di Genting Highlands, shopping di Genting Premium Outlet dan jalan-jalan di kawasan sekitarnya, tak masuk taman tema.

Penginapan Di Genting Highlands

Banyak dah servis apartment baru kat Genting Highlands dan tak perlu dah menginap di hotel yang terdapat di puncak. Kebanyakan servis apartment baru siap ni berada di kawasan yang sama dengan Petron + Starbucks Genting Permai, sebelum roundabout ke Gohtong Jaya.

Kawasan ni ada cukup kemudahan komersil seperti mesin ATM, stesen minyak, Starbucks, restoran tomyam (Nok Sokmo), kedai mamak, gerai makanan Melayu, orang jual nasi lemak tepi jalan dan Speedmart. Waktu malam tempat ni tak mati.

Midhills @ Genting Highlands

Ada banyak service apartment baru antaranya Geo@38, Midhills dan lain2. Terpulang pada bajet dan citarasa masing-masing nak pilih kat Booking.com tu. Jangan lupa guna Shopback untuk 6% cashback.

Saya menginap di Midhills at Genting. Apartment ni lokasinya ke dalam sikit, beberapa minit dari simpang masuk jalan utama. Sebab utama saya pilih Midhills adalah kerana kemudahannya yang luas dengan swimming pool, playground & gym.

Kalau boleh, elakkan Ion Delemen sebab lokasinya walaupun terletak di level yang lebih atas tapi jauh ke belakang, bersebelahan Amber Court.

Aktiviti Sekitar Kawasan Genting Highland

Genting Premium Outlet tu wajiblah kan. Tak banyak sikit, ada je benda branded yang boleh dibeli. Cuma elakkan makan di food court sebab harga makanan tak berpatutan. Dari segi shopping, ada benda yang murah kat sini, ada yang boleh dapat lagi murah kalau beli kat normal store.

Breakfast @ Warung Janda Baik

Waktu pagi boleh bersarapan di Janda Baik, yang terletak kira-kira 30 minit perjalanan dari Genting Highlands. Kalau rajin sikit lagi bolehlah ke Bentong untuk Lemang To’ Ki. Saya sarapan di Warung Janda Baik yang menghidangkan lempeng pisang sebagai menu istimewa mereka. Warung ni agak unik dengan gayanya yang tersendiri. Lepas sarapan, jalan-jalan sekitar Janda Baik.

Janda Baik, tepi sungai

Kalau jalan dengan anak-anak, jangan lepaskan peluang untuk naik kereta kabel dari Genting Premium Outlet sehinggalah ke puncak. View sangat cantik kalau tak jerebu.

Selebihnya saya banyak habiskan masa di apartment sahaja. Disebabkan cuti panjang, boleh tahan ramai yang menginap di aparment ni. Jadi untuk elakkan kesesakan, lepas lunch dan bawa anak-anak masuk pool. Lagi selesa sebab tak ramai orang.

Walaupun tak panas, sunburn lah jugak mandi pool masa tengah hari

Trip tiga hari dua malam saya kali ni memang relax. Dari KL kami lalui jalan lama yang penuh dengan hijau-hijauan dan tak banyak kereta.

Satu yang saya tak puas hati sepanjang trip ni adalah tekanan air di apartmen yang tak kuat. Walaupun apartmen masih baru (kurang 2 tahun VP) dan pemaju LBS Bina pun agak dikenali, tak faham kenapa masih ada masalah tekanan air rendah. Arkitek dia ponteng kelas agaknya?

Genting Highlands ni sesuai sebagai tempat lepak hujung minggu sebab cuaca yang nyaman, tak jauh dari KL dan ada kemudahan komersil yang mencukupi. Sesuai sangat kalau nak invest beli weekend home satu. Kalau ada unit baru yang lelong, nak masuk la.

Petang/malam minggu jalan agak sesak terutamanya kalau nak naik ke atas. Elakkan. Lepak kat apartmen je.

Kos tak termasuk shopping untuk 3 hari 2 malam di Genting Highlands tak sampai RM1,000. Kos paling besar adalah penginapan. Saya dapat apartmen baru yang murah pada harga RM500+ untuk 2 malam.

Booking.com

Leave a Reply