2016

Reading Time: 3 minutes

Mungkin topik awal tahun macam ni agak basi dah sekarang, tapi saya nak tulis jugak. Nak buat macam mana kan, busy dengan anak, busy dengan claim takaful dalam dan luar negara, busy dengan company incorporation untuk TasBijoux dan macam-macam hal yang lain.

Hartanah. Insha Allah akan jual Seksyen 7. Doakan semuanya berjalan lancar. Jual pun sebab nak beli lain. Mana yang dapat lebih-lebih tu nanti bolehlah hulur sana-sini sikit, bayar hutang dan beli hartanah lain. Kena bayar RPGT 10% sebab disposal dalam tahun keempat. Takpelah. Win-win. Opportunity cost namanya daripada terlepas peluang nak beli hartanah tahun ni.

Yang beli tahun lepas pun ada yang tak sign S&P lagi. Adoi. Ada developer memang lembab. Nak jual ke tak ni?

Tahun ni orang cakap pasaran teruk, tapi kalau dengar orang cakap je takde guna kalau tak ambil kesempatan untuk beli. Cuma kalau nak beli tahun ni, kena pilih yang betul-betul boleh simpan >5 tahun sebab dalam masa 5 tahun ni bila semua pembangunan sekarang dah siap dan matang, tengoklah nanti betapa banyak lagi harga hartanah naik.

Takaful. Business as usual. Dah masuk tahun ketiga jadi ejen, claim pun banyak masuk. Alhamdulillah semua ok setakat ni. Claim jauh, dekat, accident kat oversea, semua dah pernah merasa buat. Takde hal. Asalkan follow polisi, claim semua berjalan lancar.

Kerja. Terus terang, dah rasa bosan tahap gaban. Tengah cari peluang nak bagi notis dua bulan je. Ada orang cakap bertahan dulu sebab tahun ni ekonomi tak berapa ok, tapi entahlah. Orang lain tengah ramai kena buang kerja, kita nak buang kerja yang ada pulak.

Nak ambil tindakan drastik tak boleh jugak. Jadi follow the flow jelah. Orang hebat macam Faizul Ridzuan pun berhenti kerja masa umur 30-an dengan berpuluh hartanah, saya yang tak sampai puluh hartanah ni pulak dah sibuk nak berhenti kerja. Tak rasa segan ke? Tau takpe.

Saham. Tahun ni nak kembangkan portfolio secara serius. 30% sebulan, boleh? haha.. mengarut. Tahun ni nampak macam boleh save duit banyak. Big ticket item banyak dah diselesaikan tahun lepas. So harap hujung tahun nanti adalah portfolio yang boleh di bawa ke tahun seterusnya.

Anak. Dulu memang clueless kenapa sesetengah orang sanggup hidup susah, kahwin awal, ada anak awal. Saya nampak macam bad financial planning. Sekarang baru faham. Mungkin boleh buat perancangan yang hebat dan rapi, tapi at the end, yang tentukan segalanya adalah Allah. Bila dah ada anak ni, dalam segala kesusahan dan ujian yang Allah bagi, anak itulah ubatnya.

Kalaulah ada peluang untuk berhenti kerja, mungkin duduk rumah main saham pun dah boleh cukup makan, lebih rela berhenti kerja duduk rumah jaga anak. Seronok apa.

Blog. Kadang-kadang saya dah clueless nak tulis apa dalam blog ni. Nak cerita tentang tips pelaburan, rasanya macam dah cerita semua. Lagipun sekarang banyak dah orang muda yang hebat-hebat kongsi pengalaman. Masa zaman saya dulu, belajar dengan golongan senior macam mamat ni, sekarang budak-budak muda banyak yang jadi sifu dengan pengikut tersendiri.

Bagus2. Asalkan follow benda yang betul, based on experience and specialty, ikut jelah ajaran sesiapa pun. Mix and match. Ilmu ni unlimited. Untunglah budak-budak sekarang. Yang tak untung kalau tak take action je.

Sebanyak 2.1 juta pageviews dan 918 ribu pengunjung ke blog ni tahun lepas. Oklah untuk blog biasa-biasa macam ni. Terima kasih kepada semua yang membaca. Semoga ada manfaatnya. Saya cuba tulis yang bermanfaat je dalam ni dan improve dari masa ke semasa.

TasBijoux. Ni bisnes orang rumah saya. Dropship beg kulit dari Italy. Asasnya dropship dulu, next level nanti kita design locally and manufacture in Italy pulak. Huge potential. Industri fesyen ni pasaran dia besar. Jadi kalau ada produk yang bagus dan dapat target the right audience, memang boleh berjaya.

Saya kerja belakang tabir je. Director takde gaji. Nak attend photoshoot pun tak boleh sebab orang rumah tak basi. So jaga duit jelah. Cukup duit nanti boleh beli shoplot pulak. haha..

So itulah 2016 untuk saya. Saya doakan semoga tahun ni lebih baik daripada tahun lepas untuk anda (pembaca & klien takaful khususnya) dan saya. Amin.


Posted

in

by

Comments

11 responses to “2016”

  1. siti hazreen Avatar

    saya pun dah banyak kali terfikir nak berhenti kerja. nak tukar angin…tapi masih bertahan tak tahu sampai bila huhu

  2. Asep Nugraha Avatar

    saya pun dah lepas dari kerja (PHK) tapi setidaknya ada kegiatan buat blog. :-(

  3. raihanahahmad Avatar

    siap projek beg dari italy tu, best nya

  4. Raihanah Ahmad Avatar

    wah perancangan yang baik, semoga tercapai semua hasrat

  5. Sync Avatar

    dah ada produk sendiri, buat di itali dan jual di Malaysia, untung besar sebab made in Itali :)

  6. nurinkhairi Avatar

    Ada saya baca berita that 2016, property bubble will burst. Tapi kan..the same thing tahun brp haritu, dgr property market will burst tapi xde burst2 pun. Tak sanggup la nk tggu utk beli hartanah, amik je terus siap2.

  7. Noriza Rahman Avatar

    Impressive dan semoga tahun ni akan lebih bersinar buat AS dan family

    1. Ariff Avatar

      Ish. Biasa2 je ni. Ramai yang lebih impressive di luar sana. Terima kasih atas doanya. Semoga tahun ini lebih baik untuk Puan

      1. Noriza_mommavogue Avatar

        Betul, bagi orang muda seperti AS yang dah ada pelaburan dan planning untuk hala tuju yang bagus memang patut dicontohi..saya pun selalu ke sini untuk mencari info tentang pelaburan, hartanah dan takaful

  8. OhPanduan Avatar

    Selamat maju jaya Tuan, Memang sekarang ni ekonomi tak menentu lagi. Jika rasa ok bertahan dulu dengan kerja sedia ada. Jika rasa dah stabil boleh lah jika nak bagi surat cinta kat bos.

  9. akubiomed Avatar

    Dropship pun okay untuk mereka yang nak berjinak-jinak berniaga dan tidak perlu modal besar. Affiliate pun okay juga kalau untuk permulaan.