You Can Never Please Everybody

Reading Time: 3 minutes

Dalam dunia yang serba tak kena ni, kita tak akan dapat menggembirakan hati semua orang walau betapa kuat kita berusaha sekalipun. Itu peraturan alam. Nabi Muhammad sendiri banyak pembenci semasa hidupnya, inikan pula kita manusia biasa yang tiada langsung darjat keistimewaan di sisi tuhan. Jadi bersedialah kalau apa yang kita buat tu walaupun pada fikiran kita baik macam mana pun memang akan dipertikaikan oleh orang lain. Lagipun, dalam dunia ni orang baik takkan wujud kalau tiada orang jahat.

Terima kasih kepada semua yang tolong menghebahkan entri [Terkini] Krisis Di Mesir Keadaan Sebenar Pelajar Malaysia @NajibRazak. Aku sangat terkejut pagi tu dengan kerjasama yang aku dapat daripada semua pembaca. Walaupun takdelah Najib Razak nak mention blog.ariff atau apa-apa dalam hal ni, tapi aku rasa dengan hebahan yang meluas macam tu tentu ada orang-orang yang  berkuasa di atas sana telah melakukan sesuatu untuk membantu rakyat kita di Mesir.

Matlamat untuk mendapatkan perhatian seramai orang yang mungkin tercapai dan keputusan tu boleh dilihat sendiri di blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita yang kini berdiri teguh dengan hampir 3k Google Follower dan 56k Facebook fan di page mereka. Ada orang cakap blog.ariff buat entri tu semata-mata nak dapatkan hits dan populariti, tapi kalau tengok pada bilangan fans dan follower kat blog ni pun, nampak sangatlah tuduhan tu tak berasas langsung atau mereka yang menuduh ni tak fikir betul-betul. Baca sendiri entri tu dari awal dan akhir pun aku rasa orang akan faham yang entri tu bukan kosong dan tak berasas, atau dalam erti kata lain entri murahan. Ada maklumat dan misi yang perlu dilaksanakan melalui entri tu. Tapi biasalah kalau seseorang tu memandang sesuatu dengan sifat prasangka mereka, maka mereka akan nampak apa yang mereka nak lihat.

Ada baiknya aku ajar sikit pasal trafik vs followers ni. Blogger-blogger yang berpengalaman semua tahu yang bilangan trafik masuk ni semua tak kekal. Apa yang kekal adalah followers blog tu. Followers ni, tak kiralah di Google atau Facebook fan page memang memberikan impak yang besar pada pembangunan sesebuah blog. Contoh paling mudah adalah Oh! Media Network. Tengok sahaja Facebook fanpage mereka. Trafik jatuh kalau blog tak update, tapi bukan bilangan followers. Kalau blog senyap, fan page senyap, followers tak berkurang malah mungkin bertambah.

Blog ni dapat trafik berpuluh-ribu pada hari tu, tapi tak sampai 10% pun yang jadi fan blog ni. Tengok pula fanpage untuk blog krisis Mesir tu, ada 56 ribu fan. Gunakan matematik mudah dan bagitau aku siapa yang dapat lagi banyak fan? Siapa lebih popular? Takkan tu pun tak boleh fikir sendiri. Aku rasa tak perlu untuk aku cerita lebih panjang kalau mereka ni tak boleh terima logik mudah. Yang penting, matlamat aku untuk berikan perhatian kepada blog krisis Mesir tu tercapai.

Lagi satu perkara yang aku nak sentuh ialah grapevine communication. Dalam waktu krisis di mana semua orang sedang panik, maklumat yang disampaikan mudah berubah daripada maklumat asal. Dunia ni tak sempurna, semua orang buat silap. Tapi ada maklumat perlu dihebahkan secepat mungkin untuk mendapatkan bantuan pada kadar yang segera. Proses untuk memastikan maklumat tu semua tepat memang mengambil masa. Jadi kita terpaksa guna apa yang ada sahaja. Dalam hal ini, aku dapat mesej tu daripada Nadia dan aku poskan di blog ni tanpa menambah apa-apa maklumat. Kesahihan tu semua kalau nak buktikan rasanya memang sampai hari ni masih lagi susah hendak dibuktikan, tapi gambaran sebenar atau hampir tepat dengan keadaan di sana tu, semua orang dapat. Bila orang tahu keadaan sebenar atau gambaran tentang keadaan tersebut, mereka bertindak.

Tak perlu dengki dengan blog.ariff ni, pendapatan tak sampai juta-juta pun setahun. Kalau dapat berjuta-juta, confirm aku update tiap-tiap hari. Sekarang aku tulis ikut suka aku, jadi sebab itulah update pun kurang. Walaupun ada CPM campaign (atau buffered earning untuk orang-orang Nuffnang) berjalan, aku tak gila update macam dulu. Kepuasan aku sekarang adalah end result kepada penulisan aku; adakah ianya membuatkan orang lain berfikir, adakah ianya memberi kesan kepada orang lain dan sebagainya. Ia tidak terletak pada jumlah pendapatan yang aku dapat melalui blog ni.

Premium Sponsor


Posted

in

by

Comments

37 responses to “You Can Never Please Everybody”

  1. Pejuang Kesenian Extreme Avatar

    Ala,kerana blog Ariff ni la aku tau pasal keadaan pelajar di Mesir yang berada didalam bahaya..Kalau Ariff tak gunakan pengaruh Ariff untuk sebarkan berita ni,rasanya ramai juga la org buat tak peduli..

  2. VFN Avatar

    kehidupan luar internet pun ramai yg dengki,apatah lagi dlm dunia blog ni.. mmg masing2 takan puas..

  3. cascd Avatar
    cascd

    Setuju sangat2.. Apa yang penting dalam penulisan blog adalah kepuasan diri disamping serba sedikit membantu yang lain selagi mampu. :-D

  4. aizuddin Avatar

    betul tu bro..yang penting kita puas dan dah laksanakan tanggungjawab kita..memang tak oleh nak puaskan hati semua orang

    1. arnamee Avatar

      Salam ariff. setuju dengan ayat aizuddin ni. yg penting kembali kepada niat, tujuan dan tanggungjawab kita.cntoh katakan blog ariff atau blog lain yg dikenali ramai xtulis about ni, dia kata pula kita x ambil berat.

      Apapun, sebagai seorg yg baca banyak entri ariff, saya rasa kamu dah selesai dengan tgungjawab kamu, yg lain antara mereka dengan tuhan.salam..

      p/s: krisis mesir memng saya tahu dri blog ni dlu :)

  5. sha myheart Avatar

    Salam.

    Ada orang tuduh ko yang sebarkan berita pasal Mesir utk naikkan rating? Tergelak aku baca.Mana ada ko buat macam tu. Nonsense!

    Aku tengok bersepah kot kat blog mempromosikan tentang entri dari blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita tapi entri ko (yang aku pun dah tolong sebarkan), tak de kena mengena langsung dengan blog tu.

    Sebab tu la aku nak tergelak, sebab diorang pakai serkap jarang je tuduh ko. Aiyoo, sepatutnya diorang check dulu dari mana sumber yang menaikkan blog dan fan page Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita.

    Aku malas nak sebarkan lagi enrti yang entah asal dari sape tu (kalau dari ko tak pe la, dah lama aku kenal= sumber yang boleh dipercayai).Tambahan pula, pembaca blog bosan pulak, asyik berita yang sama saja bertempek kat blog. Biar orang yang nak buat je, buat.

    Lagi satu, aku tak nak kecoh-kecoh sangat, sebab kadang-kadang berita macam tu kurang tepat. So, kalau kita stop kat situ, kat situ sajalah penambahkokokannya. Betul tak?

    Aku pun risau jugak pasal pelajar dan rakyat Malaysia kat Mesir. Sampai sekarang aku masih follow up lagi pasal isu ni. Tapi, entri aku ada bagi nasihat kepada diorang supaya tenang sikit. Tak baik kita banyak fikir negatif dan panik.

    Bangga sekejap aku dengan teknologi komunikasi pada masa kini, sekejap sahaja berita dah tersebar dan kerajaan seperti mendengar mesej kita. Jom buat lagi, nak?

    Pasal haters tu, lantak la. Bukan duit diorang pun ko guna.Kan?

    Sekian, bicara aku.

  6. Mohamad Fairosza Avatar

    huh…sapa cakap blog.ariff tak populer…kalo tak bley plak ramai yg komen…hehe

  7. ohcikgu Avatar

    ehh. ada yang dengki ker? aduhaii..

  8. nabilafaryzza Avatar
    nabilafaryzza

    saya suka baca penulisan blog ni. menarik. :)

  9. cEro Avatar

    alaa, abaikan je mulut yg tak brape nk positif tu…
    ape yg penting kita dah buat yg terbaik dlm usaha kita sendiri…
    mana mungkin boleh puaskan hati semua manusia sejagat..

  10. anikimaro Avatar

    yeah,that’s rite :D

  11. naulofah Avatar
    naulofah

    hmmm…mulut orang..kita takkan pernah dapat puaskan hati semua orang..even we say good things they still curse us want to show off..just ignore this type of people..as long as we know that we are in the right path..because this kind of people still setaun jagung hidup kat dunia..they doesnt know asam garam hidup..

  12. naulofah Avatar
    naulofah

    hmmm mulut orang..we can never satisfy people..even we say good things..they will say us want to show off..just ignore this type of people because they still sataun jagung hidup kat dunia nih..never know asam garam hidup..

  13. missblogger Avatar

    you can never please everybody~~
    keep it up. aku suke bace tulisan kau..

  14. faiz Avatar

    pedulikan semua tu…kita hanya tulis ape yang kita suka..kalo penulisan itu dapat membantu orang,kita perlu tulis

  15. APi Avatar

    keberkesanan kepada orang lain tu lebih utama..
    yang tak suka pedulikan..
    ramai lagi yang bersetuju dengan kau..

  16. KNizam Avatar

    keep on update je ariff. persetankan semua tuh. hehe :)

  17. dari kelate ke copenhagen Avatar

    Utamakan apa yang utama.

  18. Miss Meen Avatar

    Yup !!! S0k0ng entry neyh !!!
    Ingat senang nak maintain update?
    Hey macam2

  19. Izwan Avatar

    kepuasan menulis, itu memang penting.. berblogging dari hati.. baru tak rasa terkejar2 dan terburu2.. atas sebab tertentu yg semua orang tahu..

  20. transformed housewife Avatar

    dah adatla kan. tapi akk rasa masih ramai yg faham kenapa Ariff tulis entri tersebut. BTW, mcm pelik je rasa bila tulis ur name kat komen ni sbb nama hubby akk pun Ariff jugak. hehe

  21. Adzriel AB Avatar

    samalah macam kenduri kawin. buat besar kata menunjuk, bila ala kadar di kata kedekut. as long kita buat perkara betul, pedulikanlah diaorang. kalau ikut rentak diaorang boleh majukan diri kita ni tak apalah juga. Allah maha mengetahui..

  22. takky Avatar

    thankz for ur information…
    i know the real situation that happen to my fwends at mesir…
    sebab x sempat nk tgk berita masa 2…
    now my fwends fine n happy at his place….
    cume tgh risau sebab bekalan makanan kat sane dh semakin kurang…

  23. Shahrulsite Avatar

    Just ignore what peoples talking…

  24. […] "13541"; innity_width = "*"; innity_height = "*"; innity_country = "MY"; Seperti kata Ariff – You Can Never Please Everbody , jadi berblogginglah mengikut acuan diri sendiri selagi tidak melanggar hukum agama dan […]

  25. Affan Avatar

    haha. aku pun jarang update,kalau boleh biarlah org faham apa yang kita nak sampaikan.

    aku rasa takde salah pun entry pasal mesir tu, ramai jugaklah org yang sedar

  26. klcitizen Avatar

    arrif….. semakin lama semakin dewasa menghadapi suasana. semoga terusan menulis dengan berprinsip

  27. naimulfirdaus Avatar

    saya wakil daripada rakyat Malaysia yang terperangkap di sini mengucapkan berbanya terima kasih kepada pihak-pihak yang terlibat menjayakan usaha murni ini.
    er, nak ucap kat setiap orang tak sempat, jadi ucap kat blog ni mungkin ada ramai pembaca.

    terkini: saya kekal di Mesir buat masa ini

    1. @reps Avatar

      siti nurhaliza pown ada haters. so no biggie yer.. lainlah blog i yang sendu.. so x ada saper hate.. hahahahaha

      1. Adzriel AB Avatar

        setuju buat contoh pasal siti. adat manusia, ada suka ada tak.

  28. naimulfirdaus Avatar

    saya wakil daripada rakyat Malaysia yang terperangkap di sini mengucapkan berbanya terima kasih kepada pihak-pihak yang terlibat menjayakan usaha murni ini.
    er, nak ucap kat setiap orang tak sempat, jadi ucap kat blog ni mungkin ada ramai pembaca.

    terkini: http://naimulfirdaus.blogspot.com/2011/02/saya-kekal-di-mesir-setakat-ini.html

  29. Kujie Avatar

    Salam Ariff…. zaman sekarang ramai orang suka nak selak ambil tau hal blog orang berlebihan. suka buat rule itu ini begitu begini…kalau nak ikut cakap orang, dah lama berhenti berblogging….ramai yang tak sedar dan tak faham….blogging adalah piliah masing2..bukan dipaksa mcm kena pergi sekolah, jadi kalau dah rasa blogging tu memberi tekanan pada diri sendiri……….. jangan jadi blogger.

    Kak Jie pun dapat message direct secara personal dari Nadia minta dihebahkan aktiviti mereka awal pagi 31/01/2011 dan tiada apa2 pun tindakan yang sepatutnya diambil untuk perpindahan mereka. Masa ni blogger lain tak bagi perhatian pun pada kes di Mesir.

    Kes perpindahan cuma hadir pada 2/2/2011 – masa tu ramai blogger baru buar follow up dengan berbagai visi.

    1. Ayie Avatar

      kpd kak jie dan ariff shah, kalau u all ada nak beli domain, saya fikir nak jual domain BLOG-AYIE & MALAYSIANFACE.COM.

      Kalau berminat, roger2 ye

  30. denaihati Avatar

    Kita mempunyai matlamat penulisan yang sama biar pun hanya 1 orang sahaja yg terkesan sudah cukup bersyukur. Menyampai maklumat sebagai khidmat masyarakat juga merupakn service yang menjadi keutamaan tanpa memikirkan keuntungan. Bro teruskan usaha jangan fikirkan sangat sesetengah manusia yg cemburu.

  31. lord zara Avatar

    Susah bila orang fikir kita menulis ni sebab nak duit, sebab nak kejar iklan. Padahal, kita menulis untuk kepuasan. Dapat kepuasan menulis, baca feedback orang, dapat reflect semula apa yang kita tulis, itu yang lebih bermakna.

    Aku sekarang pun update lebih kurang sekali sehari. Dah tak larat nak spend time baca dan menulis 2 kali sehari macam aku amalkan tahun 2010. 2008/2009 mungkin masih gila menulis, tapi sekarang ni slowdown dan tulis untuk tengok impak, reaksi masyarakat.

    Apa pun, yang kau kongsi dari Nadia D tu memang pada aku sebagai sumber maklumat, takde maknanya nak kejar trafik masa orang lain tengah susah. Yang mengata kau tu, mesti stok yang jenis tulis ikut perkembangan semasa, orang lain tulis, dia pun nak tulis which is end up dia punya post takde orang tengok sebab jenis copy-paste.

    Panjang berjela pula aku membebel.
    Selamat menghabiskan sisa2 cuti sebelum masuk belajar semula Ariff-sama.
    XD

  32. Azuan Razi Avatar

    haha bro.. pedulikan org lain.. susah kalu ada org yg main tuduh2 tanpa pikir logik akal.. Tp aku percaya sejak entry krisis mesir tu traffic blog ni mmg mencanak naik. Cuma kesan pada fan page blog ni tidak lah byk. Yg penting kita sampaikan apa yg perlu.