WTF?

Meminjam wang daripada ibu bapa saya bukanlah satu persoalan lagi kerana mereka tidak mempunyai wang sebanyak itu. Girlfriend saya pula mempunyai sejumlah wang, tetapi saya tahu pastinya dia berat hati untuk meminjamkan wang hasil titik peluhnya. Lagipun, dia tidak mempunyai wang tunai RM28,000. Pinjaman peribadi pula bukanlah pilihan yang tepat kerana kadar faedah tahunan sejumlah 14% adalah terlalu tinggi dan saya tak pernah suka mengkayakan bank. Ah long? Tidak sama sekali. Saya tidak mahu dikejar dengan parang hanya disebabkan kadar faedah pinjaman dicagarkan dengan nyawa saya.

Walau bagaimanapun, saya bernasib baik. Suatu hari, rakan saya Wan menghubungi saya untuk meminta bantuan. Dia ingin membeli sebuah komputer riba di internet tetapi disebabkan dia tidak mempunyai kad kredit untuk membayarnya, dia ingin menggunakan kad kredit saya untuk pembelian tersebut dengan pembayaran penuh kepada saya secara tunai. Apabila dia tunjukkan saya iklan komputer riba berjenama Dell yang ingin dibelinya, saya ternampak sepotong ayat yang memberikan sedikit harapan kepada saya untuk mengumpulkan RM28,000 tanpa sebarang faedah.

“Ansuran 12 bulan tanpa faedah boleh diperolehi melalui kredit kad bank XXX”

Pada masa itulah saya sedar kad kredit adalah sesuatu yang sangat berguna dan saya boleh gunakannya untuk mengumpulkan sejumlah RM30,000 sebagai modal sasaran. Saya bersetuju untuk menerima tawaran Wan dan membeli komputer tersebut, ambil tunai RM2,400 daripadanya dan tukarkan pembelian tadi kepada ansuran 12 bulan tanpa faedah. Kalau saya dapat mengulangi langkah ini beberapa kali lagi, saya akan dapat mengumpulkan RM30,000 saya dalam masa yang singkat.

Chapter 1 – My First Love – An Old Princess,
page 13 & 14 WTF? 23 Properties by 30

 *****

Itulah dia snippet daripada buku WTF? 23 Properties by 30 hasil tulisan Faizul Ridzuan. Saya berpeluang untuk bertemu dan duduk semeja dengan penulis buku ini pagi tadi. Terima kasih kepada Haaron Aziz yang mengajak saya.

Sambil menyelak buku ini yang mengambil masa selama dua tahun untuk ditulis, saya sendiri merasa kagum. Penuh padat dengan rahsia dan skil yang digunakan oleh Faizul untuk mengumpulkan 23 buah property dalam masa enam tahun sahaja (bermula dari umur 24 tahun). Dari segi background di awal pembabitannya, saya nampak ada persamaan antara saya dengan penulis buku ini.

Tuan Bri (seminar hartanah ada 2 slot lagi yang masih belum penuh), Eyriqazz, Haaron Aziz & Faizul

Tugasan minggu ni: Baca buku ni sampai habis. yosh!

 

Comments

    • Ariff says

      Sebenarnya buku ni adalah dalam bahasa Inggeris. Teks atas ni adalah versi alih bahasa saya ke dalam bahasa Malaysia.