Meminjam wang daripada ibu bapa saya bukanlah satu persoalan lagi kerana mereka tidak mempunyai wang sebanyak itu. Girlfriend saya pula mempunyai sejumlah wang, tetapi saya tahu pastinya dia berat hati untuk meminjamkan wang hasil titik peluhnya. Lagipun, dia tidak mempunyai wang tunai RM28,000. Pinjaman peribadi pula bukanlah pilihan yang tepat kerana kadar faedah tahunan sejumlah 14% adalah terlalu tinggi dan saya tak pernah suka mengkayakan bank. Ah long? Tidak sama sekali. Saya tidak mahu dikejar dengan parang hanya disebabkan kadar faedah pinjaman dicagarkan dengan nyawa saya.
Walau bagaimanapun, saya bernasib baik. Suatu hari, rakan saya Wan menghubungi saya untuk meminta bantuan. Dia ingin membeli sebuah komputer riba di internet tetapi disebabkan dia tidak mempunyai kad kredit untuk membayarnya, dia ingin menggunakan kad kredit saya untuk pembelian tersebut dengan pembayaran penuh kepada saya secara tunai. Apabila dia tunjukkan saya iklan komputer riba berjenama Dell yang ingin dibelinya, saya ternampak sepotong ayat yang memberikan sedikit harapan kepada saya untuk mengumpulkan RM28,000 tanpa sebarang faedah.
“Ansuran 12 bulan tanpa faedah boleh diperolehi melalui kredit kad bank XXX”
Pada masa itulah saya sedar kad kredit adalah sesuatu yang sangat berguna dan saya boleh gunakannya untuk mengumpulkan sejumlah RM30,000 sebagai modal sasaran. Saya bersetuju untuk menerima tawaran Wan dan membeli komputer tersebut, ambil tunai RM2,400 daripadanya dan tukarkan pembelian tadi kepada ansuran 12 bulan tanpa faedah. Kalau saya dapat mengulangi langkah ini beberapa kali lagi, saya akan dapat mengumpulkan RM30,000 saya dalam masa yang singkat.
Chapter 1 – My First Love – An Old Princess,
page 13 & 14 WTF? 23 Properties by 30
*****
Itulah dia snippet daripada buku WTF? 23 Properties by 30 hasil tulisan Faizul Ridzuan. Saya berpeluang untuk bertemu dan duduk semeja dengan penulis buku ini pagi tadi. Terima kasih kepada Haaron Aziz yang mengajak saya.
Sambil menyelak buku ini yang mengambil masa selama dua tahun untuk ditulis, saya sendiri merasa kagum. Penuh padat dengan rahsia dan skil yang digunakan oleh Faizul untuk mengumpulkan 23 buah property dalam masa enam tahun sahaja (bermula dari umur 24 tahun). Dari segi background di awal pembabitannya, saya nampak ada persamaan antara saya dengan penulis buku ini.
Tuan Bri (seminar hartanah ada 2 slot lagi yang masih belum penuh), Eyriqazz, Haaron Aziz & Faizul
Tugasan minggu ni: Baca buku ni sampai habis. yosh!
Comments
34 responses to “WTF?”
macam mana lah dia buat tu? 23 umah dalam masa 6 tahun…hebat
Hello
,izzit have chinese edition or not ? my english quite bad ;(
Unfortunately no. Bahasa version is coming soon however
Fuyoo! dapat melepak dengan Mr. Wtf..best tu…
menarik ni….kena cari kat kedai buku tghari ni
waaaahh.. semuanya hebat2 belaka. kena belajar juga ilmu ni
dengar cite dah berjinak2 jadi ejen hartanah..betol ke?
boleh dapatkan buku ni..best jugak
wah..satu strategi yg bagus, sy nak dapatkan buku ni sekarang juga..
“mengumpulkan 30 buah property dalam masa enam tahun sahaja (bermula dari umur 24 tahun”
aku rasa statement ni macam silap je, bukan sepatutnya mengumpulkan 23 properties dalam masa 6 tahun ke
haha. thanks sebab betulkan. Selalu confuse antara dua ni.
sgt sempoi ayat buku nih..nmpknya kena cari masa cari + baca buku ni gk le..
Sebenarnya buku ni adalah dalam bahasa Inggeris. Teks atas ni adalah versi alih bahasa saya ke dalam bahasa Malaysia.
menarik dari segi snippet nye…sdikit mmbuka minda tentng mendapatkan wang…boleh beli ni…ade kat pasaran x?
Ada. Dapatkannya di MPH
ariff, buku ni ada kat kedai ker, kalau ader nanti aku nk beli
ada2. Cari kat MPH dan Kinokuniya
ok nanti aku cari, thanks
Blog walking, ketemu blog ini. salam kenal..
Perkongsian yang menarik, tak sabar menunggu artikel sambungan.kalau menarik boleh beli buku ni sebagai panduan
jom pakat2 beli buku ni
bagus jugak buku tu untuk dibaca,,macam investment jugak yer ariff
dahsyat penangan buku ni sampai aku rasa na beli rumah 10 bijik sekaligus terus….
nak kena dapatkan lah buku ni di pasaran
Say no to ah long…say yes to inspirational book like this… Boleh la ariff praktikkan nanti….maybe by 30 nanti,ariff dah ada 30 biji….
Mantap mengumpul harta sebelum berumur 30. Teringat akan Steve Jobs dipecat daripada Apple ketika beliau berumur 30.
mana ada Mat Haroon lepak sekali beb!
Jangan percaya sangat apa yang ariff tulis dalam posting kali ini.
Beliau sengaja mengembar Gemburkan perkara yang ____________.
ohh..boleh jugak mcam tu?mcm best je..kena rembat buku ni..=)
buku ni ada dijual tak?
pergh, mantap gile mamat ni.
23 biji dah rumah.
mmg xrugi invest dlm properties ni.
kat mana boleh dptkan buku ni, bro?
Popular ada x?
Warghhhhh..bukan main sengih lagi Mat Tiang dgn Mat Kumis
tunggu review lanjut dari kau..jgn lupa bg ayat2 pembakar semangat sekali yer.
Macam cara nak senang. Cuma tak tahu skill sahaja. Harap dapat berkongsi :)
hebat, title padat harap isi pun mantap
berapa harga buku ttu, ke dah ada jual kat market