Awas! Kadar Obesiti Semakin Meningkat Menjelang World Cup 2010

Acara pembukaaan World Cup 2010 telah berlangsung. Dengan ini aku sarankan supaya korang menimbang berat badan korang sekarang dan simpan elok-elok sebagai rekod. Habis perlawanan final World Cup nanti pergi timbang lagi sekali, kita tengok betul tak teori aku ni. Jom, sahut cabaran aku! Buktikan aku salah!

brought to you by

Faktor yang memungkinkan obesiti dikalangan peminat Workd Cup 2010:

  • Menonton perlawanan di kedai-kedai mamak atau kedai makan yang sewaktu dengannya. Sudah tentu dalam sedar tak sedar berapa banyak round korang akan order roti canai dan teh tarik sambil melayan perlawanan live di skrin besar.
  • Duduk rumah? Sama aja. Sebelum perlawanan singgah 7-11 beli makanan ringan, air berkarbonat dan macam-macam lagi. Kalau ada pasar malam lagilah, bungkus itu ini; ayam percik, satay, burger.. aahh.. semuaya boleh! Kalau duduk dengan keluarga mestilah isteri/ibu akan menyediakan makanan, paling kurang pun korang akan menghabiskan saki baki lauk makan malam hari tu
  • Dah makan banyak-banyak terus tidur, kena ingat seeloknya makan 4 jam sebelum tidur supaya makanan tersebut boleh dihadam. Kalau tidur, proses penghadaman ni semua berlaku pada kadar yang lebih perlahan dan disebabkan tak banyak tenaga digunakan semasa tidur, maka lebihan tu semua akan disimpan dalam bentuk LEMAK!
  • Kepada yang dah berkahwin, mungkin ‘aktiviti’ malam akan berkurangan. Dah melantak, perut pun kembung, match habis pukul 1-2 lepas tu esok pulak kena bangun awal pergi kerja. Jadi terus tidur. Kalau ada melakukan hubungan seks kurang-kurang adalah jugak ‘senaman’ sebelum tidur.

Empat point je aku kasi yang boleh menjadikan korang BESAR selepas World Cup 2010 ni. Tak perlu banyak-banyak sebab cakap banyak takde guna. Buktikan pada aku teori aku ni salah. haha~ Aku nak tengok siapa yang boleh buktikan.


24 thoughts on “Awas! Kadar Obesiti Semakin Meningkat Menjelang World Cup 2010

  1. Pingback: Malaysian Hooligans | Critical Angle

  2. haha teori yg mnarik..bleh try nnt..btol gak bro ko ckp tu..rse2nye nnt msti ada headlines sal obes gara2 world cup ne..hehe

  3. Pingback: FIFA World Cup 2010 demam bermula | Denaihati

    • hahahahah… aktiviti malam kena tangguh siang kot. Tidur lambat bangun lambat pulak nanti

    • adeh. tu tadi dah betulkan, pastu nak save WordPress jadi bengong pulak. Buat malu je. ish. =_____=’

  4. sepatutnya kadar obesiti boleh dikurangkan sbb bersukan bola sepak..tp kalau jd penonton kt rumah tu, mmg obesiti diyakini meningkat. bila ngantuk, tido. pastu bangun mkn. mana tak naik badan :D

  5. sebulan je pun bro. lagipun aku bukan tengok setiap match. yang pasti nak menonton pasukan favret n perlawanan2 penting start suku akhir je.

    tengok pun kat rumah. stok makanan takleh disediakan sebab ekonomi meruncing. tengok bola sambil minum air masak jelah. hoho

  6. aku kalau tgk movie ke ape x minat sgt menguyah benda2 lain..tgk bola sama macam tgk movie la kot..
    huhu… xpe, nnt aku try jugak timbang berat sebelum dan selepas..

    • Segelintir je. Ni pun target kepada kaum perempuan la. chewahh.. orang laki minat bola diorang pun nak tunjuk gak fanatik bola tapi petang takde pulak nampak main bola. Kita tengok siapa gemuk nanti. hahahah~

      • Heh! Nak kutuk perempuan ek? Mungkin entri ni la yang Ariff perlu sorok tu… Wahaha…

        [Sambung baca Jenis Blog yang Wujud dalam Dunia Blogging Melayu]

        Eh, tinggal satu perenggan? Hahaha… Next!

  7. Aku kalau nak berjaga tak bergantung kepada makanan dan aku tak suka lepak mamak kalau betul-betul nak tengok bola. Kalau aku tengok dekat mamak tu, maksudnya aku macam kisah tak kisah sapa yang lawan masa tu.

    Tapi serius budaya yang kurang sihat makan benda macam tu malam-malam. Air berkabonat, teh tarik, roti canai, nasi kandar dan banyak lagi. Tambah pulak lepas tu layan shisha pulak. World Cup ni sebelum. Haa, kena berjaga-jaga.