Lupakan printer yang menggunakan kabel. Sekarang kat rumah pun boleh pasang wireless printer dah.
Sebab nak buat proposal untuk client Takaful for Business, last-last saya beli jugak wireless printer jenama HP ni. Untuk client biasa, mereka kalau boleh malas nak baca dokumen banyak-banyak. Tapi untuk client korporat, kertas kerja dan proposal ni wajib sebab bukan Direktor sorang tu je nak baca, mungkin rakan kongsi / penasihat dia nak review dulu. Jadi kena ada strong documentation kalau nak propose something kepada golongan ni.
Entri ni bukan apa, saja nak share kepada pembaca semua yang rata-rata masih lagi belajar dan untuk mereka yang nak set up home office anda sendiri. Percayalah, wireless printer ni memang best berbanding printer biasa.
Kenapa wireless printer?
- Boleh print dari apa sahaja gadget yang boleh connect kat wireless network anda. Bayangkan, kalau dapat something dalam email, review dalam phone dan boleh print terus tanpa perlu on pc/laptop dan sambungkan wayar printer.
Kalau dulu, nak print mesti ada pc/laptop letak sebelah printer, kemudian kena instal driver printer tu baru boleh print. Nampak tak betapa susahnya walau nak print sehelai sekalipun? - Boleh print di mana sahaja dari dalam atau luar rumah kalau connected pada wireless network sendiri. Saya bekerja menggunakan MacBook, kejap duduk atas lantai, kejap atas katil, kejap kat dalam bilik. Kurang wayar yang berserabut dalam rumah.
Kenapa HP?
- Kalau anda tak tau, HP ni jenama yang dikenali ramai dari segi penjimatannya. Lebih low cost berbanding jenama terkenal lain.
- Cartridge printer HP dibuat di Malaysia, tapi untuk beberapa jenama printer lain, cartridgenya diimport dari negara pengeluar (kebiasaannya Jepun). Jadi kos cartridge printer HP lebih murah.
- Dan kalau anda sedar, ada printer takkan jalan kalau salah satu cartridgenya dah habis dakwat. Kena gantikan dulu baru boleh jalan walaupun kita tak nak guna warna yang dah habis tadi. Taktik jahat dan menyusahkan ni adalah supaya pengguna sentiasa membeli cartridge baru walaupun tak perlu. Untuk printer HP, tak perlu. Kalau cartridge lain habis, still boleh jalan.
Saya beli HP Deskjet 2545, harga RM279 kat Harvey Norman. Kalau tengok kat kedai buku Popular, mungkin lebih murah. Kalau nak beli cartridge, boleh beli kat Popular sebab member boleh dapat +5% diskaun untuk cartridge.
Harap dapat membantu anda kalau nak cari printer in the future. Sekian cerita saya pasal printer.
Comments
15 responses to “Wireless Printer Terbaik Untuk Home Office”
Terima kasih atas info yang berguna tentang pemilihan printer. Sejak yang lama rosak memang tak berganti lagi
Mcm best je printer ni…dr hndset pun blh print…tp xpnh try pun sbb printer xda…
Bagus juga nie.
Memang ada niat nak pbeli printer baru pun.
Kurang serabut kabel wayar semua.
Perhhh… baru tau nih… ada gak printer wireless rupanya…
haha. Saya pun baru tau. Pusing2 kat Harvey Norman terjumpa benda ni.
Sudah semakin canggih sekarang ini tidak perlu guna wayar lagi untuk sambung antara PC dan Printer.
Menarik info ni. Memang Ada plan nak beli printer tapi mengenangkan laptop pun takda, tangguh dululah tapi lapis boleh print dari phone memang berbaloi beli.
Dah guna yang ni. Ok
Terasa nak beli yang ni jugak lepas ni. Sekarang ni pakai hp jugak 3 in 1….dah 5 tahun. Pernah tak guna lebih setahun. Bila pakai balik ink dia cepat betul kering sekarang ni. Pastu kadang2 mereng haha.
Wireless printer memang menarik, fleksible. Boleh bawa ke mana saja sebab mudah digunakan . Menjimatkan masa.
Best! Senang nak buat kerja kalau dah ada printer macam ni. I’m sure boleh bawa ke mana-mana tanpa ada rasa serabut dengan kabel bagai kan.
Masih pakai Canon Pixma lama, cartridge tak pernah tukar, guna CISS lebih jimat dan boleh print lebih banyak, untuk topup ink pun murah, kalau untuk jadikan printer biasa menjadi wireless boleh sambungkan USB printer terus ke router internet, kebanyakkan router baru ada sokongan USB. Kalau saya ingin tukar printer mungkin akan cuba HP pula lepas ini,nampak menarik dan harga wireless dengan wired pun tak jauh beza sekarang
Yup. Boleh buat macam tu cuma kekurangan dia kena letak printer tu sekali dengan wireless router.
Kalau tak kisah, tak jadi masalah
Masih pakai yang wayar. Hp punya gak.
Dah masuk 5 yahun lebih gak pakai.
Lom rosak..jadi..tak tukar la ke wireless punya. Hehe
Wahh . Nak beli jugak . Terima kasih sudi share info pasal printer wireless ni .