Aku Nak Jadi Weapons Dealer

Reading Time: 2 minutes

Semester ni subjek Equipments for Flying Vehicles belajar pasal senjata yang digunakan pada kapal terbang untuk memusnahkan kapal selam, bahan letupan yang digunakan, macam mana torpedo tu beroperasi dan sebagainya. Kat dalam kelas aku memang ada 8-10 torpedo sebenar yang beratnya paling kurang 1 tan. Semua torpedo tu telah dikeluarkan enjin dan bahan letupannya. Kadang-kadang masuk kelas nampak macam gudang senjata lama dan kalau lalu koridor kat fakulti aku, rasa macam lalu kat kilang senjata. Sepanjang dinding koridor dihiasi dengan gambar roket dan torpedo pelbagai jenis. Jadi jangan salahkan aku kalau sifat aku ni kadang-kadang pemarah dan suka melawan sebab apa yang aku belajar ni pun adalah benda-benda yang digunakan untuk memusnahkan musuh.

Kat kelas semalam lecturer kasi katalog roket ni. haaa…. memang terasa macam saudagar senjata pulak. Pilih je nak yang mana satu, lepas tu contact ofis pengilang untuk buat tempahan. Reading a weapons catalogue for jet fighters, not that’s what I say priceless. I wanna be a weapons dealer.

Katalog: Upravlyayemiye bombi rassii – Russian guided bombs

Correctable (controllable) airbomb – untuk memusnahkan target statik atas darat dan atas air seperti jambatan, aset ketenteraan, kapal dan kenderaan pengangkut serta sasaran mudah seperti kapal terbang di lapangan terbang dan roket di stesen pelancar roket. Digunakan pada ketinggian 0.5-0.6 km dari paras laut pada kelajuan 550-1100 km/jam.

Sesuai untuk mengebom rumah makcik yang mulut kurang ajar macam dalam entri Masalah Orang Kita, rumah setinggan pendatang tanpa izin, markas Bendera (yang hari tu cakap nak datang Malaysia tapi tak sampai-sampai lagi.. hanyut sampai India dah kot) dan mana-mana yang boleh dianggap sebagai musuh.

Bom untuk kapal selam

Tanya aku sekali lagi, mana nak kerja lepas grad nanti? Entah la.. aku pun susah nak cakap. Kalau Kementerian Pertahanan hantar belajar kat sini lain cerita la. Pandai-pandailah hidup nanti..

2010/2011 Premium Sponsor

Vote For Me


Posted

in

by

Comments

29 responses to “Aku Nak Jadi Weapons Dealer”

  1. arrizz Avatar
    arrizz

    bro try tengok lord of war tahun 2005 punye citer..gerenti niat ko nak jadi weapon dealer tue betambah kuat,haha..

  2. Anwar Osman Avatar

    terrorist masih ada kekosongan bro. anytime boleh apply position terrorist.

  3. mariea Avatar
    mariea

    ga….jangan dekat dengan dia…nnt kena bom… hahah…..
    pernah tengok yang real tak? nak sbiji dua bley?

  4. Shahiran Avatar

    Weapon dealer? Hmm.. napela tak terfikir sblm nih. Mmg takde dalam kamus idup orang ramai ni. Sure takde saingan sgt.

  5. wawa Avatar

    cool seyh.. balik-balik itu la jugak soalan ko kan…
    Belajar dulu, jgn nk bercinta sakan… muahahaa – ni ayat tak ley blah.
    =D

  6. TheSharkox Avatar

    Ariff, ko berminat tak nak jadi dealer kapal selam 2nd hand ???? hahahah!

    1. ariff Avatar
      ariff

      kapal selam tak nak lah. mahal sangat. Kalau bomb macam ni murah sikit.

  7. asyrafwahab Avatar

    pergh, ade gak cite pasal military. . thanks bro. . hheee

  8. alif irfan Avatar

    apa susah,lepas grad apply jadi pilot ka,jurutera untuk tudm ka…
    paling koman kapten la pangkat dia…..

  9. swagger Avatar

    dh mju stpak dh mmber kte ni..huhu

  10. Im Jitra Avatar

    Saya pun nak jadi dealer weapons.. Brapa % keuntungan?

  11. eiman Avatar

    dah terang dah kerjaya anda bila grad nanti.. bleh jadik dealer senjata..
    kasik bom sama minah tak sedar diri kacau awek hang tu..

  12. Lord Zara Avatar

    Nak gak..
    Kirim2~
    Hahaha..
    Aku kalau dapat ni, mau aku hantar secara terang2an kat rumah orang yang aku menyampah~LOL!

  13. pawaka19 Avatar

    boleh je wat …tp blogger (full time) , dealer ( part time )

  14. syahrilhafiz Avatar

    biar betik..
    asal tak masuk sungai besi je dulu
    boleh buat bom sebijik..haha

  15. cik ciput Avatar

    jadi blogger sepenuh masa la ariff -)

    1. ariff Avatar
      ariff

      itulah. kalau dapat peluang jadi blogger sepenuh masa sedap gak.

      1. syahrilhafiz Avatar

        pastu ko bro belajar jauh2 guna la ilmu tu
        rugi ar..hehe

  16. belalang Avatar

    wah…hebat nih.
    org macam ariff nih pas abis study perkhidmat la dgn negara…
    buat jasa banyak2…hee…

  17. abangensem Avatar

    Tak yah keje la bro. Jadi blogger sepenuh masa..

  18. nabilpotter Avatar

    peeh…terbaiklah..
    ko bagi pakar dalam bidang ni, mesti ko bleh kerja dgn kementerian pertahanan..
    pastu, ko akan terkenl seluruh dunia..hehehe..
    ko buat bom yang boleh hapuskan israel..heheh

    1. ariff Avatar
      ariff

      dulu aku belajar kat department yang belajar buat bom, tapi kena tukar. Sekarang belajar pasal macam mana bom tu terbang, elektronik dia sume.. boleh la..

  19. Nizam6281 Avatar

    Haah seh
    Kat mana nanti ko kerja?

    Patutnye yang hantar mu ni Kementerian Pertahanan

  20. nik Avatar
    nik

    angan angan tinggi :D

  21. MyREVENGE Avatar

    ..agak2 brape dapat gaji tuk weapon dealer??hihihi

    1. ariff Avatar
      ariff

      hoho.. tu kena pandai la deal. seketul tu main ratus2 ribu, komisyen masuk mesti puluh ribu punya

  22. ENCIK TIKUS Avatar

    mana kau nak kerja lepas grad nanti ? ahahahaha ;P

  23. L.Y.N.N Avatar

    wahh!sempat lagi pasang angan2 nak bom rumah mak cik mulut ‘baik’ tu!hahha

    1. ariff Avatar
      ariff

      ahahaha… mulut jahat macam tu, kasi bom je rumah dia