Tutorial Menggunakan Subdomain Sendiri Untuk Blog Blogspot Anda

Tutorial ini adalah kesinambungan tutorial Buat Blog Dengan Blogspot dan sesuai untuk semua blogger yang mempunyai domain sendiri dan menggunakan WordPress sebagai blog utama.

Dalam tutorial ni korang akan belajar macam mana nak guna subdomain korang sendiri kat blogspot sekaligus membuang domain blogspot.com yang dah takde nilai komersil sebab korang dah ada domain sendiri. Domain sendiri haruslah dimartabatkan dan digunakan dimana sahaja selagi boleh supaya orang fammiliar dan ingat domain tu.

Langkah pertama adalah memilih satu subdomain baru untuk digantikan dengan domain blogspot.com tu. Aku pilih blogspot.ariffshah.com, nama blogspot tu sengaja dikekalkan. Kiranya macam Blogspot landing page untuk blog.ariff la (aku pun ada Twitter landing page). Aku buat tutorial ni based on cPanel, sebab domain aku dapat free daripada Shinjiru. Pertama, park je terus domain pilihan tu, bukan buat subdomain baru. Dua benda berbeza kat sini sebab domain tu nak guna kat tempat lain. Jadi kita park kan aje kat server.

Selepas itu, create CNAME record untuk subdomain tu. Dalam cPanel ada Simple DNS Zone Editor. Klik Zone Editor tu dan tambahkan CNAME. Boleh baca tutorial daripada Google kat sini. Apa yang penting kat sini adalah name tu mesti didahulukan dengan ‘www’.

Dah settle, then bukak Dashboard Blogger, masukkan terus domain tu. Settings> Publishing> Switch to Custom Domain. Masukkan domain yang korang dah buat tadi. Kalau setting semua betul, domain tu terus hidup dan boleh digunakan.

Kebaikan

  • Boleh letak ads yang sama untuk blog asal kita. Tak pasti untuk Nuffnang, tapi untuk Innity boleh letak ads kat blog blogspot tu. Kalau korang guna domain blogspot confirm la kena apply baru, dan kalau nak apply baru mestilah cukup syarat. Kan susah tu.. Kalau untuk Nuffnang boleh, trafik yang masuk kat situ dah jadi trafik tambahan untuk domain asal. Lagi banyak trafik lagi senang dapat CPM campaign.
  • Branding. Beli domain sendiri untuk branding, jadi gunakanlah domain tu semaksima mungkin.
  • Poyoness. Ada blogger beli domain sendiri sebab ada elemen berlagak dan menunjuk-nunjuk. Standard la tu, lebih kurang macam businessman guna kereta Mercedes la, supaya orang boleh nampak yang kita ni established. Kalau buat macam ni, boleh la pilih subdomain sesuka hati. Your imagination is your limit.

30 thoughts on “Tutorial Menggunakan Subdomain Sendiri Untuk Blog Blogspot Anda

  1. Dah buleh buat macam co.cc la kalau cani.. untung la kalau dapat satu domain pendek patu optimize betul2 domain tu.

    P/S: Makin banyk aku dok baca blog encik ni. Bes la pulok.
    .-= Cerita terbaru myklikers.. We are alive and kicking! =-.

  2. Good info! tapi cara ni kalau tak silap aku akan jadi masalah kalau tapak pelayan webhosting yang hostkan main domain tu karam (down). member aku dulu pernah tunjukkan cara untuk buat benda yang lebih kurang serupa, cuma adjust kat domain panel.. tapi aku dulu tengok macam tu je sebab tak beberapa faham sangat.
    .-= Cerita terbaru Stargone.. Selamat Hari Ibu =-.

  3. Tutorial mudah dan semua orang boleh buat.
    .-= Cerita terbaru Syafrizal.. Strategi Pintar HPA: HPA Halal Mart =-.

  4. aku unlimited. hehe leh buat bnyak2 :D
    .-= Cerita terbaru Scromix.. 3 Permainan Kanak-Kanak Yang Semakin Dilupai =-.

    • Haha. Senang ikut yang gambar tu je apa nak buat, aku ni kadang2 fail gak nak explain benda.

    • Camane pulak lagi murah? MBP entry level dah GBP939, that’s MYR4.5k dah. Kat Malaysia baru MYR3.6k

      • hehe. yg tu harga basic rm 3.89 k kat malaysia, tapi klu campo pakey yg ku amek kat sini, jadi rm 4.99 k walhal sini rm 4.7 k dah dapat
        kena tambah iwork + protection, kat malaysia 2 benda pentg ni mahal
        sbb tu sini jadi lebih murah tu
        ;)

        lg pon pound tengah jatuh
        tu yg best bg yg bukan duk uk tu
        hampesss
        .-= Cerita terbaru joegrimjow.. politik : uk sudah berubah, malaysia? =-.