Tutorial Menggunakan Subdomain Sendiri Untuk Blog Blogspot Anda

Reading Time: 2 minutes

Tutorial ini adalah kesinambungan tutorial Buat Blog Dengan Blogspot dan sesuai untuk semua blogger yang mempunyai domain sendiri dan menggunakan WordPress sebagai blog utama.

Dalam tutorial ni korang akan belajar macam mana nak guna subdomain korang sendiri kat blogspot sekaligus membuang domain blogspot.com yang dah takde nilai komersil sebab korang dah ada domain sendiri. Domain sendiri haruslah dimartabatkan dan digunakan dimana sahaja selagi boleh supaya orang fammiliar dan ingat domain tu.

Langkah pertama adalah memilih satu subdomain baru untuk digantikan dengan domain blogspot.com tu. Aku pilih blogspot.ariffshah.com, nama blogspot tu sengaja dikekalkan. Kiranya macam Blogspot landing page untuk blog.ariff la (aku pun ada Twitter landing page). Aku buat tutorial ni based on cPanel, sebab domain aku dapat free daripada Shinjiru. Pertama, park je terus domain pilihan tu, bukan buat subdomain baru. Dua benda berbeza kat sini sebab domain tu nak guna kat tempat lain. Jadi kita park kan aje kat server.

Selepas itu, create CNAME record untuk subdomain tu. Dalam cPanel ada Simple DNS Zone Editor. Klik Zone Editor tu dan tambahkan CNAME. Boleh baca tutorial daripada Google kat sini. Apa yang penting kat sini adalah name tu mesti didahulukan dengan ‘www’.

Dah settle, then bukak Dashboard Blogger, masukkan terus domain tu. Settings> Publishing> Switch to Custom Domain. Masukkan domain yang korang dah buat tadi. Kalau setting semua betul, domain tu terus hidup dan boleh digunakan.

Kebaikan

  • Boleh letak ads yang sama untuk blog asal kita. Tak pasti untuk Nuffnang, tapi untuk Innity boleh letak ads kat blog blogspot tu. Kalau korang guna domain blogspot confirm la kena apply baru, dan kalau nak apply baru mestilah cukup syarat. Kan susah tu.. Kalau untuk Nuffnang boleh, trafik yang masuk kat situ dah jadi trafik tambahan untuk domain asal. Lagi banyak trafik lagi senang dapat CPM campaign.
  • Branding. Beli domain sendiri untuk branding, jadi gunakanlah domain tu semaksima mungkin.
  • Poyoness. Ada blogger beli domain sendiri sebab ada elemen berlagak dan menunjuk-nunjuk. Standard la tu, lebih kurang macam businessman guna kereta Mercedes la, supaya orang boleh nampak yang kita ni established. Kalau buat macam ni, boleh la pilih subdomain sesuka hati. Your imagination is your limit.

Posted

in

by

Comments

30 responses to “Tutorial Menggunakan Subdomain Sendiri Untuk Blog Blogspot Anda”

  1. gurucyber Avatar

    Info berguna .. terima kasih ..

  2. sumpit Avatar

    aku tak memahami lagi ni….

  3. myklikers Avatar

    Dah buleh buat macam co.cc la kalau cani.. untung la kalau dapat satu domain pendek patu optimize betul2 domain tu.

    P/S: Makin banyk aku dok baca blog encik ni. Bes la pulok.
    .-= Cerita terbaru myklikers.. We are alive and kicking! =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      haa. baca lagi. Selongkar habis-habisan.

    2. PutraMalaya Avatar
      PutraMalaya

      mantop..

  4. Lord Zara Avatar

    aduhai~
    aku belum lagi mampu nak berdomain sendiri ni~
    T___T
    .-= Cerita terbaru Lord Zara.. Irama Permai Buat Nakama – Dari Negeri Bersejarah Ke Perkampungan Nelayan Timur Negeri =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      murah je domain. 30 setahun. ramai dah ada domain sendiri

  5. adamfaiz Avatar

    Kena copy post ni…untuk kegunaan di masa hadapan..

  6. Stargone Avatar

    Good info! tapi cara ni kalau tak silap aku akan jadi masalah kalau tapak pelayan webhosting yang hostkan main domain tu karam (down). member aku dulu pernah tunjukkan cara untuk buat benda yang lebih kurang serupa, cuma adjust kat domain panel.. tapi aku dulu tengok macam tu je sebab tak beberapa faham sangat.
    .-= Cerita terbaru Stargone.. Selamat Hari Ibu =-.

  7. Syafrizal Avatar

    Tutorial mudah dan semua orang boleh buat.
    .-= Cerita terbaru Syafrizal.. Strategi Pintar HPA: HPA Halal Mart =-.

  8. izyanti Avatar

    thanx untuk info. :)

    blaja benda baru ni.
    .-= Cerita terbaru izyanti.. Bukan Mood Bercinta. =-.

  9. zik Avatar
    zik

    erm nak try gak buat….
    .-= Cerita terbaru zik.. Mampukah Malaysia menjadi Johan Piala Thomas dan Uber 2010?? =-.

  10. Scromix Avatar
    Scromix

    aku unlimited. hehe leh buat bnyak2 :D
    .-= Cerita terbaru Scromix.. 3 Permainan Kanak-Kanak Yang Semakin Dilupai =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Bukan ke subdomain memang unlimited?

  11. jab Avatar

    waa..mantap..
    .-= Cerita terbaru jab.. Kord Guitar Papa Roach Lifeline =-.

  12. Kie-yu Avatar
    Kie-yu

    ouh. ilmu baru. tenx Ariff! akan dimanfaatkan sebaik2nya~
    .-= Cerita terbaru Kie-yu.. Entri Mi Segera. R4T Giveaway! (updated) =-.

  13. Anarm Avatar

    tutorial yg bagus.. camni baru la cun skit branding pkai domain sendiri..

  14. denaihati Avatar

    Aku masih bigung lagi ..nak kena baca 10 kali baru faham kot.
    .-= Cerita terbaru denaihati.. 30+ Premium Themes to be Won from ThemeGrade =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Haha. Senang ikut yang gambar tu je apa nak buat, aku ni kadang2 fail gak nak explain benda.

  15. cikeju Avatar

    thanx for info..
    btw,,nice blog..
    :)
    .-= Cerita terbaru cikeju.. [sticky post] Lucky Draw (DAPAT HADIAH) =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Thanks cikeju ^^

  16. aizuddin Avatar

    kalau ada inity baru nak buat lah camtu..hehe
    .-= Cerita terbaru aizuddin.. Laman Web Untuk Tengok Bola Online =-.

  17. klcitizen Avatar

    memang sah tak faham.

    hehehe

    tak apalah. tapi yang saya pasti ia tentu berguna satu hari nanti buat saya.
    .-= Cerita terbaru klcitizen.. saya ingin berada di dalam blog list kategori HIJAU =-.

  18. joegrimjow Avatar

    bangga dengan joegrimjow.com homepage…
    wlpon dah xguna
    hehe

    pasni bleh ajar control cpanel plak

    pss : bro, ko nak beli macbook, sini lagi murah :)
    .-= Cerita terbaru joegrimjow.. politik : uk sudah berubah, malaysia? =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Camane pulak lagi murah? MBP entry level dah GBP939, that’s MYR4.5k dah. Kat Malaysia baru MYR3.6k

      1. joegrimjow Avatar

        hehe. yg tu harga basic rm 3.89 k kat malaysia, tapi klu campo pakey yg ku amek kat sini, jadi rm 4.99 k walhal sini rm 4.7 k dah dapat
        kena tambah iwork + protection, kat malaysia 2 benda pentg ni mahal
        sbb tu sini jadi lebih murah tu
        ;)

        lg pon pound tengah jatuh
        tu yg best bg yg bukan duk uk tu
        hampesss
        .-= Cerita terbaru joegrimjow.. politik : uk sudah berubah, malaysia? =-.

  19. MaJa Avatar
    MaJa

    untuk .my x boleh buat ni.
    setakat aku try tahun lepas la.

    1. ariff Avatar
      ariff

      ye ke? .my dia xkasi buat subdomain ke? Pelik betul

    2. Zaki Helmi Avatar
      Zaki Helmi

      maja.my tak nak beroperasi semula ke?

  20. DaHLia Avatar

    nice tips! thanks 4 sharing yer ariff..
    sis ada domain tp xguna…masih mencari template sesuai
    .-= Cerita terbaru DaHLia.. 5 Buffered Earning sedang running, tapi hanya ada 3 Ads Space di blog? =-.