Tutorial Cara Guna Facebook Custom Status Update

Kalau korang semua perasan dari semalam aku dok update status beserta dengan via message yang unik dan menarik. haha~ Satu lagi keseronokan dalam penggunaan Facebook. Kurang-kurang takdelah status update yang boring aje. Aku dah buat banyak application untuk status update yang berbeza, jadi agak bestlah kalau aku dapat tengok orang lain pun guna Facebook app ni.

Nope, aku tak dapat apa-apa untung kat sini kalau berpuluh ribu orang guna. Cuma kepuasan sebab idea gila/sense of humor aku diterima. Aku bercadang nak pindahkan semua app tu nanti ke server aku supaya aku boleh improve interface dia nanti. Pening gak nak belajar something daripada zero, tapi kalau minat tu ada memang dapat mengatasi segala-galanya. Tengoklah progress dia macam mana, kalau kepala aku tak pecah menjelang exam ni, adalah nanti..

  1. Langkah pertama selepas korang klik Go to application ialah Authorize untuk update status. Benda ni kasi kebenaran untuk application ni update status korang kat Facebook
  2. Kemudian Connect to Facebook. Kira macam login kat Facebook lah ni.
  3. Update status korang sesuka hati.

Kalau nak post custom status kat wall orang, korang kena cari nombor id profile orang tu. Senang je. Pergi kat profile dia, kat URL tu tengok ada id=XXXXXXXXXXXX. Amik nombor tu, letak dalam petak ID Teman. Tak pasti sama ada id custom macam facebook.com/ariffshah boleh digunakan ke tak, tapi rasanya tak boleh.

Antara custom status apps yang aku dah buat:

Jadi dialu-alukan untuk korang guna namun tiada paksaan dalam penggunaan. Kalau ada idea gila, boleh bagitau aku. hoho~

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

35 Comments