Trend property project sekarang adalah menukarkan tapak kilang yang terletak di kawasan strategik (dalam bandar dan kawasan yang telah matang) kepada projek perumahan dan komersil yang baru. Dua projek terbaru yang diumumkan adalah Tropicana Metropark & sebuah lagi projek di Seksyen 13 Petaling Jaya yang merupakan tapak kilang F&N (bakal diumumkan tahun hadapan).
Tropicana Metropark
Dekat je projek ni dengan rumah saya, boleh kata belakang rumah lah jugak. Mixed development (freehold) lengkap dengan shopping mall saiz MidValley, education & health centre, lake park, residential dan commercial property yang terletak betul-betul di tepi Federal Highway.
Baru sahaja dilancarkan minggu lepas dan ketika soft launching, semua unit 2 bilik dan tiga bilik tower pertama residential unit mereka telah disapu oleh pembeli. Available sekarang hanyalah studio unit (corner unit sold out).
Akses dari Federal Highway akan dibuka ke kawasan ini selain daripada dihubungkan terus dengan KTM Komuter Batu Tiga.
Starting price adalah RM580 perkaki persegi. Lepas diskaun RM550. Jadi studio unit dengan keluasan 600 kaki persegi tu around RM380,000 lah jugak. Tak sempat tanya pasal diskaun bumiputera ada ke tak, tapi biasanya ada lah. Mungkin lepas diskaun bumi, dapatlah beli tanpa modal.


Comments
20 responses to “Tropicana Metropark”
kalau jual balik, mesti sedap hasilnya. hehe..
Harga property sekarang memang tak tercapai dek akal…
nmpk cantik..mmg bagus utk future investment.
wah menarik lah kawasan tu, kemudahan pengangkutan pun ada… tu yang paling penting kot
Nak shopping rumah ajak la aku. huhu.
No hal. Ada projek cantek nanti aku bagitau
wah..lajunya sold out.. dah check dah.. mana tau sala seorang pembeli dia adalah AE..hehehe
Sold out ni block pertama, ada empat lagi block lain belum launch
berdekatan dengan rumah cousin saya je ni.boleh saya lawat sana nanti
Tetap nak cari kawasan luar bandar juga! haha. Corner unit habis awal? Pergh..kawasan strategik la tuh..
kat lembah klang ni beli corner unit apartment memang boleh buat untung punya.
Seksyen 13… Dekat sangat ngan office NUrul..
Boleh la beli nanti :)
leh buat duit nih. hoho..
wow ! dekat dengan rumah juga ! good choice kalau ada modal lebih nak open bisnes :)
Memang boom kawasan ini terletak segi 3 emas di lembah Klang.
kalau ada duit dan mampu utk beli atas harga per kaki persegi cmtu, mmg skjp je bley buat duit dan dpt pulangan modal dlm setahun dua je.
“money makes money”.
mahalnya, huhu memang tak lama lagi naik la..
pasti naik berkali-kali ganda
pasti melonjak harga selepas siap nanti. Boleh guna pelaburan hartanah tanpa modal.