Top 4 Entri Klise Dalam Komuniti Blog Malaysia

Setahun berblogging ni, aku dah mula nampak entri-entri biasa yang dah menjadi klise dalam dunia blogging Malaysia. Terus terang aku cakap, entri macam ni memang kau dan aku guna dan aku cadangkan seelok-eloknya kurangkanlah entri-entri macam ni sebab lama-lama nanti orang akan hilang minat kat kita.

Sila baca dengan minda terbuka. Entri ini bukan berunsur kutukan atau rage kepada mana-mana blogger. Tujuan aku simple, supaya scene blogging kat Malaysia ni improve sikit, ada kelainan dan keunikan. Bosan bila orang semua nak update pasal benda sama.

4. Oh! Buffered Earning ke-548

Dulu masa first second time dapat campaign mCPM dari syarikat pengiklanan online (tak kisah la N,I,A atau apa-apa yang sewaktu dengannya) oklah kalau nak buat entri camtu. Yes, semua orang tau korang gembira dapat mCPM campaign, siapa yang tak gembira kan? Tapi bila dalam blog hampir tiap-tiap bulan ada je entri macam tu, dah nampak macam berlagak pulak. Korang tak rasa macam tu ke? Tak rasa macam kalau orang yang tak pernah dapat kempen mCPM tu akan berkata-kata dalam hati, “eleh.. kecoh la mamat ni” bila dia dah bosan baca entri seumpama macam tu hampir setiap bulan.

3. Tutorial Macam Mana Aku Dapat 10 Juta Trafik Sehari

Rasanya semua orang ada versi tersendiri pasal macam mana diorang cari trafik dan aku rasa sekarang ni dah terlalu banyak entri tutorial macam ni. Terlalu banyak. Bila baca pulak, kebanyakannya sama dengan apa yang pernah dibaca. Bila content dah sama, semakin nampaklah ke’klise’an entri jenis ni. Jadi aku rasa dah boleh stop kot entri-entri nih, kecuali kalau korang ada tips yang baru, yang orang tak pernah guna lagi boleh la tulis. Kalu tulis setakat nak update sesaje dan tambah content, tak perlu sangat lah. Orang baca pun malas kadang-kadang.

Tapi kalau ada tips dapat 10 juta trafik camni, sila kongsi ye.

2. Weh, Duit Aku Dah Masuk La! Kaya nih!

Bila dah dapat mCPM campaign, duit pun masuklah macam air (kalau trafik 10 juta sehari macam atas ni). Dalam entri tu, siaplah tangkap gambar cheque (kalau dapat cheque) atau print screen bank transfer tapi biasanya amaun yang dapat tu mesti nak mosaic. Ahh.. macam tu serius aku cakap, takde point tangkap gambar cheque tu sebab takde keistimewaan pun pada rupa dan reka bentuk cheque. Semuanya sama. Orang klik entri yang ada tajuk tu sebab nak tengok berapa dapat, sekali mosaic/blur kat amaun tu. Apa point? Kalau jenis yang tiap-tiap bulan dapat cheque, silap-silap tiap-tiap bulan nak tunjuk cheque yang blur tu pastu cakap la, “bulan ni I dapat lebih sikit berbanding bulan lepas.” huh.. Nak suruh pembaca teka-teka lak.

Cadangan: Kalau betullah nak buat blog tentang berblogging, reveal je bulan ni berapa buat, bulan lepas berapa buat. Baru proper. Blog personal, kalau selalu tunjuk-tunjuk ni macam berlagak lak.

1. Tutorial Macam Mana Aku Dapat 548 Buffered Earning

Oklah bila dah dapat mCPM campaign dari ads company dan selalu, mesti dah macam terasa ada ilmu lebih sikit dan mulalah nak konsgi dengan pembaca macam mana boleh dapat. Bila tulis entri, tips dia kasi: update selalu, kena rajin edit profile blog, trafik kena maintain tiap-tiap hari, ping entri sana sini bla bla bla.. Benda sama yang semua orang ulang. Klise.

Lagi sekali aku cakap, kalau tips korang kasi bukan yang jenis luar biasa dan bukan benda baru, tak payah tulis.

***

Kita buat entri klise macam ni sebab nak dapat trafik mudah. Yes. Kasi tajuk klise, lepas tu letak kat mana-mana komuniti blog dan sekejap je trafik masuk dengan mencanak. Mudah jer. Benda macam ni tak salah, cuma yang jadi tak best kalau entri tu takde feel, tak cukup pengisian dan ulang benda sama. Lama-lama pembaca jadi meluat.

2010/2011 Premium Sponsor

73 Comments

  • lAl

    1 April, 2011 at 3:41 pm

    Mungkin disebabkan ramai yg tulis blog ikut emo. Di samping minat mendalam serta keinginan menjadi kaya secara mudah. Itu sebabnya klise macam ni timbul yang membuktikan apa bentuk pemikiran blogger kat Malaysia.

    Alhamdulillah stakat ni aku tak lagi buat entry macam ni. :P

  • NaNaOsAkI

    1 April, 2011 at 3:36 pm

    saya lbh suka baca blog personal sebenarnya.. sbb nya tiap2 hari kisah yg lain plak.. pengalaman diri yg xsama mcm org lain kn.. klu tutorial tu semuanya sama jer..

    saya pun ada jugak buat en3 tips.. tp sekali jer kot :p xtau la klise ke x.. hehehehe..

    • ariff

      1 April, 2011 at 3:42 pm

      klise ni bila dia keluarkan benda sama, yang orang lain dah beribu kali ulang dan semua orang dah tau. kalau kita kongsikan benda baru tak klise sebab info tu baru.

  • Lee

    5 October, 2010 at 1:53 pm

    btol tu..kadang2 entri berbentuk personal dan pengalaman seharian sbenarnye amat bagus. lebih2 lagi berbentuk pengajaran dan informatif. bleh tambah ilmu..

  • noorafzan

    4 October, 2010 at 8:22 pm

    pasal BE tu saya mengaku saya pernah buat. Tapi takde la selalu. Bila first time, bila dah lama tak dapat BE dan bila tiba2 dapat BE balik. Benda yang agak baru untuk sesetengah orang maka sebab itulah saya buat entry.

    pasal trafik pula, dulu ada buat entry tapi lepas itu dah tak buat sebab trafik ciput je kot. Mantain je 100-200 dari dulu sampai sekarang. Takde improvement maka tak adalah entry.

    pasal blur kan pendapatan tu pun ada gak tapi orang boleh teka. Bagi klue RM1XX atau RM2XX je lah. Ingatkan nak buat contest teka amount blur tak jadi orang nampak gak amount. cehhh~

    tutorialpun bagi yang saya rasa tak klise punya. Bagi yang baru punya!

  • sabree hussin

    4 October, 2010 at 3:08 am

    Yup sangat setuju. Lagi-lagi bab buffered tu, kalau tulis pasal tu kejap je dapat traffik. Orang yang tak pernah peduli pasal kewujudan blog kita pun tiba je says hello.

    By the way, bab check tu.. betul kata saudara, saya lebih minat persoalan ‘berapa dapat’ berbanding persoalan ‘macam mana dapat’ tapi lepas tu tak mau nak tunjuk pulak. Damn betul.. buang masa je bagi dia satu traffik.

    Nak hentam kang buruk pulak jadinya.. so baik hentam dalam hati je la.. biar tuhan je yang tau

  • aizuddin

    3 October, 2010 at 8:22 pm

    kalau dulu memang aku nak share kegembiraan bila dapat cek..sekarang aku cuma nak gitau yg syarikat tu betul2 bayar blogger..
    kalau ada ramai orang tanya suruh tunjuk baru aku buat..sebab bila tunjuk gitu..macam berlagak pulak..padahal berapa sen lah sangat..
    btw..lain org lain impression -_-

  • afiq aiman

    3 October, 2010 at 6:35 pm

    aku tak berminat nak buat entri mcm tu…aku bukan jenis tulis tutorial dalam blog aku…aku suka baca tutorial org je then try..

  • Kujie

    3 October, 2010 at 6:30 pm

    Ariff mesti tahu pendapat Kak Jie, kan… hehe
    menegur sesuatu yang ‘melawan arus’ bukan mudah utk diterimakan
    sebab tiap orang akan rasa ‘diri dan cara dia saja betul’

    eh Ariff – terfikir tak pasal backlink yg berharga rm 0.25
    dapat rm 0.25 atau mahal sikitlah rm 0.50
    tapi bagi backlink hampir setiap minggu
    jadi , itu sajalah ‘nilai diri kita’?

    sebelum kita nak diri ( dalam kes ni blog ) dihargai, kita kena ‘hargai’ dulu blog kita
    letak dia pada tahap yang sesuai, jangan terlalu ‘murah’.
    itu titik peluh
    berfikir mengeluarkan entri yang bagus adalah ‘kerjaya’ yang ada ‘nilainya’

  • Sya Isya

    3 October, 2010 at 6:13 pm

    Hehe..memang macam2 cara orang nak update blog. walaupun entri2 macam tu banyak, tapi still ada orang yang minat nak baca dan ada pembacanya yang tersendiri. kalau tak, takkan trafik boleh mencanak bila buat topik entri macam tu. kadang-kala, walaupun amount selalu di blurkan segala bagai, atau amount sikit tapi nak tayang juga, ianya boleh menjadi bahan rujukan dan kajian bagi mereka2 yang baca entri tu, terutama sekali bagi yang good observer or yang selalu berfikir (pembaca yang selalu membuat kajian untuk memajukan income blog mereka sendiri). Seperti biasa, setiap manusia ada tafsiran yang tersendiri apabila memandang kepada sesuatu objek atau perkara, dan ini hanyalah pendapat peribadi Sya. No offend and no shooting to others. Selalu datang blog ni dan baca pendapat Ariff yang telus. Thanks for sharing your thoughts =)

  • L.Y.N.N

    3 October, 2010 at 2:48 pm

    kena perah otak carik tajuk yang kasiikk boooomm pnya mcm ariffshah slau buat…
    even baca macam simple je..tapi ada tarikan utk buatkan bloggers buka+baca+komen+jadikan inspirasi…
    power of attraction!^_^
    keep it up ariffshah!=)

  • zool

    3 October, 2010 at 2:48 pm

    Eh apsal aku tak pernah buat entri2 di atas ni..
    ceh tak leh jadi.. nak tulis gak .. tapi buffered earning aku ciput je.. malu la nak tunjuk.. huhuhuhuhu

  • titan

    3 October, 2010 at 2:10 pm

    hoho..blog aku dri mula hingga sekarang memang macam tu. So, aku tak kesah orang nak kata apa kalau aku post duit ke, bukti ke, cek ke..bayaran ke berapa ke..buffer ke berapa..post aje. Dalam beribu yang datang ke blog kita tu..ada beratus yang minat nak tengok dan nak tau..

    • ariff

      3 October, 2010 at 2:16 pm

      Itu sebab dah memang niche ko camtu. Jadi takde salah nak post entri macam ni tiap2 hari. Memang orang expect to read it. Kalau personal blog buat camtu, persepsi orang kat individu tu mungkin boleh berubah.

    • menteil

      3 October, 2010 at 4:33 pm

      hehe.. bila aku baca nie teringat titan.. tapi aku tau dia mesti ada sebab kan.. sebab dari dulu blog bro macam tu.. hehe.. bila nak belanja makan? =P

    • ariff

      3 October, 2010 at 2:31 pm

      klise ni benda yang kita dah jelak. Cakap pasal topik ni, end result still benda sama walaupun orang yang berbeze cerita. Tak jadi klise kalau ada twist dan sesuatu yang baru.

      Review blog bukan klise, itu just pendapat peribadi kita pada blog lain.

  • namia

    3 October, 2010 at 11:33 am

    kalau sy.. sy tak baca entry macam tuh dah tau sangat entry macam tuh just nk upkan traffic blog tuh… dari baca entry macam tu baik baca entry yang lagi menarik

  • TarmiziShukri

    3 October, 2010 at 11:01 am

    actually aku tak kisah kalau semua orang tulis content macam tu, walaupun sama, tapi pengikut setiap blog mungkin lain-lain. Cuma yang agak menjengkelkan ialah bila pakai tajuk panas2, tapi content tak berkaitan langsung dgn tajuk..

  • miss lolly

    3 October, 2010 at 11:01 am

    setujuk.

    kadang2 l0lly tak paham wat entri kata dapat 14 buffered earning, tapi amount hanya 0.80 sen jen bagi setiap satu buffered. niat nak berlagakdapat banyak buffered tapi hampesssssssssssss. kalau nak tunjuk biar ah masyukkk earning tuh.

  • yanmie

    3 October, 2010 at 10:51 am

    ehehe…ada perasan kt satu blog tu..tp biarlah itu cara dia. saya kekadang pun buat jugak entry macam tu tp x selalu, lately dah tak entry sebab kita sendiri pun bosan asyik cerita benda yang sama aje…reader apatah lagi :P

    • ariff

      3 October, 2010 at 3:55 pm

      tak refer kat mana2 blog. hehe.. Just ni apa yang saya nampak lah kat majoriti komuniti blog, baik yang Bahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia. Lebih kurang je..

  • mankuchai

    3 October, 2010 at 9:39 am

    Salam,

    Dalam hati saya pernah juga tertanya-tanya mengapa mereka suka menulis cerita2 ni,mula2 tu seronok juga baca,tapi bila dah banyak sangat,dah rasa macam org tu ada sedikit riak dalam diri.apa-apapun rasa saya masih baca juga entri sebegitu,sekadar untuk tahu :)

  • Affan

    3 October, 2010 at 8:11 am

    mesti ada org butthurt ni. hehe.
    betul tu sume aku perasan,tak habis2 dgn “saya dpt buffered earning ke XX”

    rasa nak shoot je org tu. haha

    • ariff

      3 October, 2010 at 3:59 pm

      takde niat apa-apa nak burukkan sesape. Just.. yelah. Ni berdasarkan pemerhatian je.

      ish.. jangan tembak-tembak orang. Kalau tak suka, jangan masuk blog dia. Itu jer..

      • Kujie

        3 October, 2010 at 6:33 pm

        betul.. kita sendiri ‘letak ‘ di mana kita perlu berada
        kalau satu2 blog tu tak menepati standard kita, kita berhak untuk mengelak.

        jaga hati sendiri dulu, kan…

  • Lord Zara

    3 October, 2010 at 7:45 am

    sebab tu aku tak pernah tulis benda camtu..
    hahaha.

    dan lagi satu, kadangkala blog yg aku selalu baca dulu2 best.
    tapi lately penuh dengan entry contest.
    pergh.
    segala macam contest.

    =__=

    pastu aku terus tak baca lagi (sebab tak tahan)

  • caca

    3 October, 2010 at 7:37 am

    thnx bro sebab bagitahu . pasal be tu memang caca selalu buat . hehehehe :)
    ade lagi satu yg klise , buat tutorial yang semua orang dah buat . ( ni pun caca selalu buat jugak :P )
    tapi sekarang ni bile orang tanya kdg2 jawab , ” google sudeyh” :P
    anyway , thanks ye bro for reminding us :)

    • ariff

      3 October, 2010 at 4:01 pm

      Normal la tu. Semua orang akan excited kalau dapat. Saya pun pernah gak buat entri2 seumpama. Cuma bila sampai satu tahap, mungkin kita dah boleh kurangkan dan concentrate kat entri yang pembaca nak baca. Camtu baru boleh tahan lama.