Tips Penggunaan Twitter Yang Lebih Berkesan

Follow button di blog

Yes. Aku tahu kat blog ni takde lagi follow button. Tunggu contest Famous Bloggers habis nanti baru aku letak balik button. Sekarang banyak benda sangat. Tapi last time aku letak follow button biru kat sidebar blog ini memang ada peningkatan yang mendadak dalam bilangan follower. Senang je sebenarnya, bila kita letak follow button, kita bagi pilihan kat pembaca blog samada nak follow di Facebook atau Twitter (atau kedua-duanya sekali). Lagi satu, lebih mudah untuk dapatkan follower dalam niche kita bila kita letakkan butang follow di blog.

Bila dah ada follow button di blog, semuanya bergantung kepada content blog kita untuk dapatkan lebih banyak follower. Kalau content blog bagus, tanpa perlu disuruh orang akan follow kita.

Tweet link dengan sedikit sentuhan peribadi

RT link blogger lain adalah bagus, tapi baca entri tersebut dan RT dengan sedikit sentuhan peribadi dalam tweet tersebut lebih berkesan. Dalam hal ini, aku lebih suka ikut cara kawan aku @Growmap yang aku kenal masa contest Famous Bloggers tahun lepas. Tengok sendiri macam mana dia tweet link orang dan belajar cara dia tinggalkan komen di blog orang. Dari situ, dia bina reputasi yang sangat bagus di kalangan blogger.

Kalau korang perasan, kebanyakan link entri blogger yang aku tweet sekarang semuanya berlainan daripada tweet asal. Aku masukkan komen atau sedikit mesej kepada blogger tersebut dan hasilnya, clickthrough untuk link tersebut meningkat (analytics untuk semua link boleh didapati di bit.ly). Twitter sebenarnya macam tu, sentuhan peribadi itulah yang membuatkan follower kita nak klik sesuatu link sebab mereka percaya pada orang yang di follow.

Relationship

Hubungan dengan tweeter lain dan follower mesti dijaga. Dulu aku memang fail dalam bab ni sebab terikutkan sangat sifat pendiam dan malas nak cakap banyak. Tak bagus. Kalau boleh sila kikis sifat tu. Sekarang oklah sedikit, tengok masa dan mood. Kalau kita jaga hubungan dengan follower, biasanya lebih senang dapat RT dan clickthrough yang tinggi sebab lebih ramai orang yang rapat menyokong kita.

Rangkaian tweeter

Dalam entri aku sebelum ni, aku ada ceritakan tentang idea aku untuk perkongsian di twitter dengan lebih meluas. Setakat ni group yang aku dapat kumpulkan akan mencecah 20 ribu followers (tunggu Denaihati join) dan mencari beberapa orang lagi untuk buat group terbesar tu. Sedikit lagi perincian tentang rangkaian ini:

  1. Blogger dapat jemputan dan mendaftar di laman tersebut, letakkan alamat RSS blog dan authorize akaun Twitter mereka.
  2. Selepas pendaftaran, tak perlu buat apa dah. Bila ahli kumpulan tersebut update blog, secara automatik update tersebut akan di RT oleh ahli kumpulan. RT akan dihantar selang 40 minit dan bukan serentak oleh semua ahli.
  3. Satu RT untuk setiap ahli kumpulan sahaja. Kalau ada banyak update, update terbaru sahaja akan di RT. Ini untuk mengelakkan spam.
  4. Boleh menjadi ahli kepada 4 buah rangkaian sahaja.
  5. Pada kebiasaannya, satu kumpulan hanya terdiri daripada 7 orang sahaja. Lebih daripada itu, kena bayar untuk slot tambahan.

Aku dah jemput beberapa orang blogger ke dalam rangkaian ini dan kalau terpilih anda pula akan dijemput oleh mereka. Kepada yang menunggu, harap bersabar.

Ketahui prestasi anda di Twitter

Klout score adalah markah yang diberikan kepada akaun Twitter kita. Markah ni adalah anggaran pengaruh dan personaliti seseorang di Twitter. Walaupun ianya hanyalah anggaran, Klout score ni dapatlah memberikan gambaran prestasi kita di Twitter. Gunakan Klout score untuk memberbaiki cara anda networking di Twitter.

Tweet berjadual

Tweet berjadual ni memudahkan kita tweet balik apa-apa sahaja, termasuklah entri yang baru di blog atau entri lama. Tak semestinya tweet sekali je dah cukup sebab bukan semua follower akan sempat baca tweet tersebut. Link yang ditweet biasanya akan diklik sehingga 30 minit tweet tersebut dihantar sebab banyak lagi tweet lain dalam timeline, jadi adalah digalakkan supaya kita tahu bila waktu paling optimum (paling ramai online) untuk tweet dan jadualkan tweet tersebut kalau kita tak online pada masa itu.

Register Buffer App

Application yang aku cadangkan untuk benda ni adalah Buffer App. Walaupun Tweetdeck mempunyai fungsi yang sama, tapi lepas mencuba Buffer App ni aku rasa ianya lebih mudah berbanding Tweetdeck sebab kita boleh tetapkan jadual Tweet. Kalau Tweetdeck atau Hootsuite, kena tetapkan waktu untuk setiap tweet sepanjang masa. Penggunaan application ini adalah percuma, tapi ada limit sebanyak 10 kali sahaja bilangan Tweet yang boleh dihantar dengan akaun percuma. Lebih daripada cukup tu kalau 10 Tweet sehari.

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

25 Comments