Tips Penggunaan Twitter Yang Lebih Berkesan

Reading Time: 3 minutes

Follow button di blog

Yes. Aku tahu kat blog ni takde lagi follow button. Tunggu contest Famous Bloggers habis nanti baru aku letak balik button. Sekarang banyak benda sangat. Tapi last time aku letak follow button biru kat sidebar blog ini memang ada peningkatan yang mendadak dalam bilangan follower. Senang je sebenarnya, bila kita letak follow button, kita bagi pilihan kat pembaca blog samada nak follow di Facebook atau Twitter (atau kedua-duanya sekali). Lagi satu, lebih mudah untuk dapatkan follower dalam niche kita bila kita letakkan butang follow di blog.

Bila dah ada follow button di blog, semuanya bergantung kepada content blog kita untuk dapatkan lebih banyak follower. Kalau content blog bagus, tanpa perlu disuruh orang akan follow kita.

Tweet link dengan sedikit sentuhan peribadi

RT link blogger lain adalah bagus, tapi baca entri tersebut dan RT dengan sedikit sentuhan peribadi dalam tweet tersebut lebih berkesan. Dalam hal ini, aku lebih suka ikut cara kawan aku @Growmap yang aku kenal masa contest Famous Bloggers tahun lepas. Tengok sendiri macam mana dia tweet link orang dan belajar cara dia tinggalkan komen di blog orang. Dari situ, dia bina reputasi yang sangat bagus di kalangan blogger.

Kalau korang perasan, kebanyakan link entri blogger yang aku tweet sekarang semuanya berlainan daripada tweet asal. Aku masukkan komen atau sedikit mesej kepada blogger tersebut dan hasilnya, clickthrough untuk link tersebut meningkat (analytics untuk semua link boleh didapati di bit.ly). Twitter sebenarnya macam tu, sentuhan peribadi itulah yang membuatkan follower kita nak klik sesuatu link sebab mereka percaya pada orang yang di follow.

Relationship

Hubungan dengan tweeter lain dan follower mesti dijaga. Dulu aku memang fail dalam bab ni sebab terikutkan sangat sifat pendiam dan malas nak cakap banyak. Tak bagus. Kalau boleh sila kikis sifat tu. Sekarang oklah sedikit, tengok masa dan mood. Kalau kita jaga hubungan dengan follower, biasanya lebih senang dapat RT dan clickthrough yang tinggi sebab lebih ramai orang yang rapat menyokong kita.

Rangkaian tweeter

Dalam entri aku sebelum ni, aku ada ceritakan tentang idea aku untuk perkongsian di twitter dengan lebih meluas. Setakat ni group yang aku dapat kumpulkan akan mencecah 20 ribu followers (tunggu Denaihati join) dan mencari beberapa orang lagi untuk buat group terbesar tu. Sedikit lagi perincian tentang rangkaian ini:

  1. Blogger dapat jemputan dan mendaftar di laman tersebut, letakkan alamat RSS blog dan authorize akaun Twitter mereka.
  2. Selepas pendaftaran, tak perlu buat apa dah. Bila ahli kumpulan tersebut update blog, secara automatik update tersebut akan di RT oleh ahli kumpulan. RT akan dihantar selang 40 minit dan bukan serentak oleh semua ahli.
  3. Satu RT untuk setiap ahli kumpulan sahaja. Kalau ada banyak update, update terbaru sahaja akan di RT. Ini untuk mengelakkan spam.
  4. Boleh menjadi ahli kepada 4 buah rangkaian sahaja.
  5. Pada kebiasaannya, satu kumpulan hanya terdiri daripada 7 orang sahaja. Lebih daripada itu, kena bayar untuk slot tambahan.

Aku dah jemput beberapa orang blogger ke dalam rangkaian ini dan kalau terpilih anda pula akan dijemput oleh mereka. Kepada yang menunggu, harap bersabar.

Ketahui prestasi anda di Twitter

Klout score adalah markah yang diberikan kepada akaun Twitter kita. Markah ni adalah anggaran pengaruh dan personaliti seseorang di Twitter. Walaupun ianya hanyalah anggaran, Klout score ni dapatlah memberikan gambaran prestasi kita di Twitter. Gunakan Klout score untuk memberbaiki cara anda networking di Twitter.

Tweet berjadual

Tweet berjadual ni memudahkan kita tweet balik apa-apa sahaja, termasuklah entri yang baru di blog atau entri lama. Tak semestinya tweet sekali je dah cukup sebab bukan semua follower akan sempat baca tweet tersebut. Link yang ditweet biasanya akan diklik sehingga 30 minit tweet tersebut dihantar sebab banyak lagi tweet lain dalam timeline, jadi adalah digalakkan supaya kita tahu bila waktu paling optimum (paling ramai online) untuk tweet dan jadualkan tweet tersebut kalau kita tak online pada masa itu.

Register Buffer App

Application yang aku cadangkan untuk benda ni adalah Buffer App. Walaupun Tweetdeck mempunyai fungsi yang sama, tapi lepas mencuba Buffer App ni aku rasa ianya lebih mudah berbanding Tweetdeck sebab kita boleh tetapkan jadual Tweet. Kalau Tweetdeck atau Hootsuite, kena tetapkan waktu untuk setiap tweet sepanjang masa. Penggunaan application ini adalah percuma, tapi ada limit sebanyak 10 kali sahaja bilangan Tweet yang boleh dihantar dengan akaun percuma. Lebih daripada cukup tu kalau 10 Tweet sehari.


Posted

in

by

Comments

25 responses to “Tips Penggunaan Twitter Yang Lebih Berkesan”

  1. Mohd Isa Avatar

    done, seriously brilliant. i must join.

  2. samanosuke_04 Avatar

    hehe, dah khatam SEO twitter plak.. btw, ko baca buku aper ek blajar SEO tue? ke main amik bahan random jerr kat tenet?

    1. ariff Avatar
      ariff

      takdelah buku apa. Baca sana sini, eksperimen sendiri faham la sikit2.

  3. zulaikha Avatar

    banyak lagi rupanya yang saya tak tahu. huhu.. btw, thanks for sharing..

  4. muhammad fakhruddin Avatar

    Klout score saya menunjukkan saya seorang Explorer.

    Kadang kala berbelah bahagi antara facebook dan Twitter, dan social network ulat buku Goodreads.com

  5. abrablog Avatar

    bagus. Banyak site pasal twitter yang tak tahu. Boleh cuba ni.

  6. Faizal Fredley Avatar

    pergh..sesungguh nya aku amat jakun dalam bab twetter…tq bro..

  7. hazeldarwisya Avatar

    baru pas check kat klout here http://klout.com/hazeldarwisya. I’m an explorer.. =)

  8. syahrilhafiz Avatar

    ooo macam tu, tapi tu la, main tweet2 ni best la pulak.
    nice bro, akan dipratikkan.

  9. zuls Avatar

    aku pun baru start menggunakan buffer apps, mantap juga, sebelum ni guna hootsuite untuk schedule.

  10. PakMail Avatar

    Terima kasih. Pakcik baru nak belajar.

  11. Izwan Avatar

    interaksi ngan twitter aku tak pandai lagi..friends kat twitter pn tak ramai..need improvement in social network..

  12. Nizam6281 Avatar

    Terbaik..

    Aku gune twitter just untuk bebual ngan rakan2 maya je.

    Kadang2 aku terpikir gak kalau RT tapi orang yang RT tu tak baca papepon. Just RT kosong jek.
    Haha pape pon tu pendapat tersendiri right?
    So no offence :)

  13. Anarm Avatar

    artikel yang sangat menarik.. aku cukup suka dengan artikel2 berkaitan dengan twitter.. macam2 skill perlu ada bila guna twitter.. bukan hanya sekadar utk sebarkan link duit je mcm yg ramai new user buat sekarang ni..

    ps: commentluv kat blog ni memang tak berfungsi ek?

    1. ariff Avatar
      ariff

      CommentLuv tiba2 jadi gila. Aku tak usik apa-apa tiba2 stop. Pelik betul. Tengah try test tengok apa yang boleh direpair.

  14. wazy Avatar
    wazy

    salam
    bagus entri ni
    dah ramai yang tahu guna twitter
    dan pelbagai juga fungsi twitter tu yang dapat kita gunakan dengan lebih efisyen

  15. Kujie Avatar

    cara kita RT dgn sentuhan sendiri lebih ramai yg berminat utk klik, contoh mcm kita letak anchor link ke blog seseorang..kalau letak azmanishak, ramai tak klik sbb dah tau tu blog dia..tapi hari tu letak saleman htc, dia dpt banyak referrer…ini tips yg kita ‘baca’ bukan dengan mata, tetapi dengan pemerhatian pengalaman.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Betul. Cara kak jie memang tepat dengan yang saya nak sampaikan. Kadang-kadang sentuhan peribadi itulah yang lebih berkesan sebab follower semua tahu benda tu datang daripada kita.

  16. Mohd Faiz bin Mazlishah Avatar

    bagus ni, aku aktif tak menentu twitter ni sbb tu x ramai member kat twitter

  17. aman Avatar

    fuyoo. ada projek baru. nak launch nanti bagitau aku yerk. :D

  18. liza Avatar
    liza

    Nak mintak tlg ariff buat info psl tweeter tuk majalah i. Tp tak dibayar la cuma bole credit nama empunya badan je. :)

    1. ariff Avatar
      ariff

      Oh. Akan difikirkan.. hehe..

  19. aizuddin Avatar

    tak ramai yang layan twitter ni sebab takut tak reti nak guna..aku pun guna yang basic2 je pun

  20. Lord Zara Avatar

    Oho.
    Aku biasa set sendiri kat TweetDeck. Sebab kadangkala setiap daripada tu ada cara berlainan nak tulis link kan? Lagipun, orang mesti menyampah kalau nampak ayat yang sama sahaja naik, so, aku guna schedule tweets dan tulis ayat2 lain. Er, tak semua entry aku buat camtu sebab yang worth sahaja mungkin aku buat ataupun aku busy sepanjang hari, jadi bangun awal pagi nak set benda alah tu semua. :)

    Lagi satu, CommentLuv bawah ni macam tak berfungsi. Er, dah jadi cam dulu semula ke?

    1. ariff Avatar
      ariff

      Itulah. Datang balik kegilaan dia. Ntah dari mana datang pun tak tau. Tunggu jelah.

      Twitter ni nak tau apa yang kita tweet efektif ke tak tengok respon orang dalam bentuk klik, mention dan RT. Kalau ada, maksudnya berkesan lah tu.