Baru sehari main aku dah keluarkan tips. Agak melampau kan. hehe.. Atas permintaan Bean Moreno, aku kongsikanlah apa yang aku buat untuk menjadikan pengalaman aku di Empire Avenue lebih baik.
1. Setiap langkah dan aktiviti kita di Empire Avenue akan dikira. Contohnya, thumbs up komen orang akan dikira, post shoutout di mana-mana sahaja akan dikira, buat senarai friend list pun dikira. Setiap hari, benda-benda yang dikira ni akan dibayar dalam bentuk matawang Eaves mereka. Kadar tu aku tak pasti macam mana dikira, tapi masuklah jugak. Takdelah susah mana nak buat benda ni, log in sehari sekali, ucapkan terima kasih kepada yang membeli shares kita dan senaraikan mereka sebagai friend (blogger Malaysia terutamanya).
Buat list dan thumbs up
2. Dapatkan achievements. Macam main Foursquare, semua orang nak kejar badge sampai sanggup main tipu. Kat Empire Avenue, setakat ni takde lagilah penipuan. Badge akan meningkatkan nilai saham dan ada achievement yang di-unlock memberikan Eaves sebagai ganjaran.
Kumpul seberapa banyak achievement yang boleh. Tersenarai dalam list orang lain pun akan dapat achievement.
3. Social Network Scores. Social Network Scores diambil daripada Twitter, Facebook profile, Facebook page, Flickr dan akaun Youtube anda. Letakkan seberapabanyak yang anda boleh letak. Benda ni yang paling penting sebenarnya kerana ia memberikan paling banyak pemberat untuk menaikkan saham anda. Sebenarnya, tak perlu buat apa-apa di Empire Avenue pun boleh meningkatkan saham anda kalau anda seorang yang aktif di Facebook dan Twitter. Empire Avenue hanyalah platform untuk menilai pengaruh anda dalam social media.
Empire Avenue mengambil masa untuk mengira kesemua social network score anda. Kalau authorize kesemua akaun serentak macam yang aku buat, masa yang diambil untuk mengira adalah lebih lama. Masa nilah paling sesuai untuk membeli saham sebab harganya masih rendah. Beli saham individu yang aktif di Twitter masa mereka mula join untuk ambil kesempatan kenaikan saham mereka nanti.
Facebook profile dan fan page belum dikira lagi scorenya. Beli saham aku sekarang.
4. Promosi macam yang aku buat ni. Ramai lagi yang belum join, jadi masih banyak ruang dan potensi untuk mempromosi referral link anda. Kepada yang belum mendaftar, daftarlah melalui link referral aku atau sesiapa sahaja sebab boleh dapat bonus 2000e daripada mendaftar melalui laman web mereka. 2000e tu banyak, membolehkan anda membeli 200 saham yang berharga 10e dan kalau saham tu naik dua kali ganda, dah jadi 4000e.
Letakkan widget seperti yang aku gunakan di sidebar blog ni (Home>Promote Your Profile). Lagi satu, gunakan pengiklanan berbayar (Shop>Influencer Advertising) untuk mengiklan saham anda. Bayaran dia sangat murah, 0.2e/pageview. Melalui pengiklanan ini, aku dah dapat beberapa pelabur antarabangsa.
Pengiklanan murah, guna ayat yang power untuk menarik perhatian pelabur lain
5. Beli saham selebriti di Twitter (Home>Twitter Index). Empire Avenue mengindeks akaun selebriti yang popular di Twitter dan menilai akaun mereka walaupun mereka tidak mendaftar di sana. Sebagai pelabur kita boleh membeli saham akaun Twitter ini. Lagi best, ajak mereka join sekali supaya harga saham mereka lebih cepat naik.
Obefiend..
6. Sertai komuniti. Beberapa achievement unlock akan dikecapi dengan menyertai komuniti. Aku pun nak buat komuniti untuk blogger Malaysia nanti. Harap semua dapat join komuniti tu bila dah siap. Senang nak bandingkan harga saham masing-masing. Nak jual beli saham pun boleh.
7. Gambar profile. Kalau takde gambar profile, macam mana orang nak beli saham kita kan? Keyakinan nak beli pun takde kalau guna default avatar. Kena tunjukkan kesungguhan sikit. Letak avatar yang guna kat Twitter sudah kalau malas nak cari sangat.
8. Beli saham syarikat besar yang telah disahkan seperti Dell atau Intel. Sudah tentu mereka ingin menjaga reputasi syarikat mereka dengan menjaga nilai saham mereka di Empire Avenue.
Akaun verified adalah selamat
9. Beli saham aku. Yes, aku tengah semangat main bendalah ni. Cita-cita nak potong Ruhani Rabin. hehe..
10. Tak perlu buat apa, teruskan hidup anda seperti biasa lepas join Empire Avenue (and of course lepas beli saham aku). Selagi anda aktif menggunakan social media (objektif utama ) dan memegang saham yang bagus, income kat Empire Avenue akan bertambah.
32 Comments
tip senang hamil
20 May, 2011 at 10:40 amterima kasih atas berkongsi ilmu..
prepaidboy
17 May, 2011 at 2:27 pmSaja try.. ceduk sikit ilmu
iza
17 May, 2011 at 10:09 amAssalam…
Terpengaruh….
baru daftar, tak tau lg cara mainnya…
masih merangkak-rangkak…
denaihati
14 May, 2011 at 7:47 amMemang best lah Empire Avenue ni aku pun nak cuba create Cummunity sendiri Denaihati Network utk long term branding tu
ariff
14 May, 2011 at 10:43 amDapt dah jemputan cuma sekarang ni dah penuh slot. Nantilah tambah slot sy join.
zuls
13 May, 2011 at 1:39 amNice tips daripada ariffshah. :)
Yang penting kumpul modal dan invest.
sayacomel
8 May, 2011 at 12:14 pmhhoho..tak berapa faham. Tapi sekurangnya ada gak wakil malaysia yang pandai main benda ni..
cuddle...
8 May, 2011 at 10:27 amfaham dan clear. pandai menerangkan. dah mcm remiser or stock broker aje. Lisa Surihani dah 6 kali keluar dalam blog encik ni. heh…terpesona.
NaNad
8 May, 2011 at 2:03 amokay!! seyes..nad x jumpe button follower.. T_T
JMR
7 May, 2011 at 2:59 pmpehh…dh macam main share yg real2 punyer nih..
azraf
7 May, 2011 at 1:49 pmhelo bro..camne nk follow blog ko??
ariff
7 May, 2011 at 2:00 pmboleh follow kat facebook atau twitter.
azura
7 May, 2011 at 12:08 pmtri ni ariff..pas ke tak
Rajdev
7 May, 2011 at 9:49 amTak pernah maen ne,maen anno1777 tu pon penin je
syahrilhafiz
7 May, 2011 at 7:45 ambapak ketagih aku tengok hampa ni main.haha
ariff
7 May, 2011 at 8:03 amHaha.. Agak la..
muhammad fakhruddin
8 May, 2011 at 12:58 amBarulah faham kenapa orang sanggup duduk berjam-jam depan monitor demi pelaburan forex ;)
syahrilhafiz
8 May, 2011 at 4:21 amhaha tak ngaku lagi, nanti aku join..share eh? :DD
Mohd Isa
7 May, 2011 at 4:56 amterbaiklah bro, haha. aku pun tgh aplikasikan semua tips di atas. jenuh gak nak kasi nek ni…
Lizz
7 May, 2011 at 3:28 ambahahahahaha!!hoi,aku study buku teks ekonomi asal pun tak bersungguh cam aku study entry kau ni hoi!!bahahahahaha
ariff
7 May, 2011 at 4:01 amhahahahaah… itu lah. selalu kadang2 benda2 macam ni yang seronok sebab boleh buat praktikal terus.
wazy
7 May, 2011 at 3:21 amTerbaik
dah cuba semalam,memang seronok la ,lebih-lebih lagi ada rakan-rakan blogger termasuk la bro
sekali
boleh mencuba benda bari dalam EA ni
Bean Moreno
7 May, 2011 at 12:25 amthanks bro haha semoga kita kaya di maya haha
ekspresiruang
6 May, 2011 at 11:31 pmwow banyaknya tips best2.
Lord Zara
6 May, 2011 at 9:57 pmSikit lagi kau mesti beli Lisa punya saham kan?
:p
topo
6 May, 2011 at 9:32 pmsekarang ni aku nak kalahkan fzmy je hahaha
Anarm
6 May, 2011 at 5:29 pmaku rasa web die macam berat skit.. tak berapa syok nak main.. ke sebab intenet malaysia slow? adehh.. tapi ade gak la cuba main..
ariff
6 May, 2011 at 5:56 pminternet malaysia slow. Aku main ok je..
Azrul Hisham
6 May, 2011 at 5:07 pmbro..tolong endorse aku punya blog..terima kasih..hehe
ariff
6 May, 2011 at 5:21 pmok. settle.
tarmizishukri
6 May, 2011 at 4:24 pmlepas baca ni baru aku faham banyak.. :)
SyazwanSarawak
6 May, 2011 at 4:22 pmbagus ni :D