Think Before You React

Sejak kebelakangan ni tajuk entri semua nak tulis dalam English. oh. Ni sebenarnya mungkin sebab terikut-ikut dengan blog baru yang akan aku buat tak lama lagi. Eh tak.. sebenarnya dah buat, sekarang dalam design phase. Domain dan segala WordPress semua dah set up. Kalau siapa jumpa domain tu pun dah boleh masuk blog tu. erm..

Beberapa hari yang lalu, aku ada retweet satu entri pasal konspirasi Illuminati dan ntahape-hape lagi yang ditulis oleh seorang blogger dalam blognya. Sebelum retweet tu aku baca sekali imbas dan aku nampak sangat dah blogger tu buat entri berbentuk lawak dan sindiran kepada orang-orang Malaysia. Jadi aku retweet sebab aku rasa benda tu kelakar, unik dan tak pernah terfikir oleh orang lain. Come on, you don’t walk into this kind of content everyday, this is something new and funny.

Lepas beberapa hari, aku tengok dalam dunia blogger ni ramai dah yang mula buat entri masing-masing. Ada entri yang mengecam, ada entri yang cuba membuktikan itu ini, ada entri berunsurkan nasihat dan entah apa-apa lagi. Kejap tadi aku tengok entri kat blog original tu dah ada 200+ komen. I saw this coming dan maaf untuk aku cakap di sini, inilah mentaliti Melayu yang tipikal. Kebanyakan daripada kita masih berfikir pada kadar yang terlalu mudah.

Aku tak cakap aku ni cerdik sangat atau apa, cuma perkara ni dah awal-awal lagi nampak sangat orang tu nak melawak. Kebanyakan daripada kita masih tak dapat membezakan antara lawak sarcastic (sarcastic ni dalam bahasa Malaysia pada hemat aku adalah sindiran halus) dan dengan benda yang bukan sarcastic. Come on lah. Orang Melayu dulu-dulu lagi pedas sindiran dia, lagi halus menusuk kalbu and for heaven’s sake we even have out own word for sarcastic! Jadi kenapa kita cepat sangat melatah padahal benda tu sebenarnya bukan sesuatu yang serius pun.

Dengan hanya melihat layout blog tu, description pasal penulis blog tu pun aku dah boleh agak personaliti dia macam mana. Mamat tu mesti jenis yang suka buat lawak bodoh dalam blog. Dalam hal ni lawak yang menampakkan kebodohan orang lain.

Be a quality blogger. Fikir 9 kali dulu sebelum tunjukkan reaksi tentang sesuatu entri yang ditulis oleh blogger lain. Tengok background dia macam mana dulu dan kalau membantu tengok entri dia sebelum ni. Jangan sampai bila kita dah publish, keluar statement garang, sekali tengok entri tu hanyalah entri yang tidak serius langsung. Reputasi kita boleh jatuh macam tu.

..teringat dulu @StreamyxMY kutuk blogger dalam Twitter cakap: Blogger sanggup lakukan apa sahaja asalkan dibayar. Yang ni juga adalah lawak parody (tapi aku tak tau translation parody ke dalam bahasa Malaysia apa). Lawak macam ni memang tahap tinggi sikit dan macam biasa banyaklah blogger kita marah-marah dan sound balik. erm… termasuklah seorang blogger terkenal seluruh Malaysia ni. Apalah kamu ini.. dah terang-terang kot kat akaun description @StreamyxMY tu dia tulis parody account. Jadi bersedialah dengan statement melawak yang kurang ajar sikit.

Think first, then react! Kepada Lufkin, nice entry dude!

2010/2011 Premium Sponsor


36 thoughts on “Think Before You React

  1. oh content dalam blog luf-kin tu ada dalam blog joegrimjow… siapa copy siapa ni?

    anyway memang kelakar pun entry tu..actually parody ni macam ejeken kepada sesuatu perkara. memang level ejekan tu kadang tahap panas hati dan kadang2 kelakar gila.. di barat pun dah banyak versi parody yang ada contohnya MadTV, scary movie, macam-macam lagi dan semalam aku baru tengok movie parody Malaysia iaitu Jangan Pandang Belakang Congkak..

    jadi, macam yang aku mention dalam banner ads blog aku, ‘Apsal nak serius? Chill la beb’

    heh selamat hari raya.. maaf andai ada kekukarangan atau kesalahan selama ni..

  2. Ya,satu bentuk parodi yang berjaya menarik perhatian ramai.

    Mudah sangat orang kita terpengaruh dengan gosip/konspirasi/kontroversi. Sedangkan pi mai pi mai tang tu juga.

    Cuba di zaman orang suka besar-besarkan perkara kecil,kena juga hati2 agar tidak memakan diri sendiri ;)

  3. betul sangat..sama macam org dok kutuk blog orang lain yg asek cter pasal dia je la…beli kasut pn citer la..

    dh tak suke takyah baca..simple

    lagipun kena tgok kenapa dia tulis blog..kalau nk buat diari…yg tu le bahannya…

    haishhh

  4. moral of the story, fikir dulu sebelum buang,eh bertindak. :)
    zaman sekarang mmg ramai yang serkap jarang..
    so geng2 yg teliti ni berkurang dan asyik nmpk geng
    yang ske wat tuduhan melulu ni..adeh

  5. bukan semua kot bro bleh terima gurauan..
    sekarang nie kan semua cepat jek nak melenting bab2 macam nie..
    kadang-kadang terlalu sensitif..benda-benda yang kecik suke diperbesarkan..yang besar, buat-buat tak nampak..hehehe
    tak salah..tapi bertempat la..=)

  6. hahaha… adat la tu. kat web beautifulnara… dia blog pasal lain, orang kritik dia pakai baju devil.. ntah hape2 dorang ni…

  7. ntah aku pon melayu tulen gak, tapi takde la merasa cam haprek. some people just dont get sarcastic n serious. its a freakin blog, might turn up one way or another. ala klu lawak pon kekadang yg memang betul meaning dia, takleh buat apa ar kan. makan cili rasa la pedas nya… gaaaaaaaa

  8. siapa weyh…nak baca jugak..ariff bg la link sama gwa meyh…
    apa susah tgk the arrivals sudah gyahaha

  9. Kita dibolehkan bergurau asalkan tidak melampaui batasan… Perlu berhati-hati andai menyentuh isu agama kerana takut jatuh murtad tanpa disengaja…

  10. orang kita cepat melatah…kalau belum cukup sarcastic jangan sindir orang…nanti diri sendiri terkena…orank sekarang suka fikir benda merepek, sampai hal-hal kecil pun nak dijadikan isu…

  11. paranoid…
    mmg btol…
    semua nak nampak mcam “wow, rupanya slama ni kita bodoh”
    sbnarnya, yg fikir camtu dah kita bodoh..
    pelik, manusia cepat percaya konspirasi camni…

    nak tau??
    adik kecik aku dr tak tau ape tu illuminati, trus tau semua mende skang…
    tak ke kiranya org2 cam paranoid nak mampus ni semua promote illuminati secara tak langsung???

    be cool, tau akidah dan kiblat sendiri…

  12. ye la sgt setuju! fikir sbelum bertindak. dalam soal kehidupan ni pun sama juga. asik bertindak dengan melulu jadikla huru hara. ape pun buang yg keruh amik jernih. masing-masing dah besar panjang. kan?

  13. Hahaha.. ok. Parody.. first time dengar perkataan tu. [write in walking-dictionary]

    dah agak dah. kalau ada status macam lain sikit daripada personal updates tu mesti blog pun berupdate.. hehe..

  14. bahaya entry lufkin tu, aku pun ingat tu entry serius sebab xde lawak pun macam entry yg bese obe tulis. minda aku yg typical ni pun anggap benda tu serius beb. haha. kena belajar makan fish and chips banyak skit

  15. Lol thx man.. Almost lost my hope to humanity but luckily realize a lot of people like you exist..

    Btw StreamyxMY gile kelakar.. haha!!

  16. Bro,
    Macamana Malaysia nak maju menjelang Wawasan 2020, kalau kaedah membaca dan memahami kandungan blog pun masih ramai yang fail!? kan?

    aku yakin, all the -ve comments tu datang dari mereka yang tak baca habis pun entry tu. baru baca first paragaph, dah panas punggung nak tinggalkan komen membakar…

    apa pun, di kesempatan ini aku nak ucapkan salam aidilfitri, maaf zahir batin..walaupun baru jumpa ko sekali jek..heheee

  17. hahahaha, betul3!

    dun take it too serious la kan. coz sumtimes it might be just for fun.. aku suka sangat entry sarkastik camtu. tapi sayangnya banyak yg baca cepat gelabah melatah melenting. aiyyaaa!. baca dgn akal atau emosi?

    betul la tu, think b4 u react. betul sangat.