Think Before You React

Sejak kebelakangan ni tajuk entri semua nak tulis dalam English. oh. Ni sebenarnya mungkin sebab terikut-ikut dengan blog baru yang akan aku buat tak lama lagi. Eh tak.. sebenarnya dah buat, sekarang dalam design phase. Domain dan segala WordPress semua dah set up. Kalau siapa jumpa domain tu pun dah boleh masuk blog tu. erm..

Beberapa hari yang lalu, aku ada retweet satu entri pasal konspirasi Illuminati dan ntahape-hape lagi yang ditulis oleh seorang blogger dalam blognya. Sebelum retweet tu aku baca sekali imbas dan aku nampak sangat dah blogger tu buat entri berbentuk lawak dan sindiran kepada orang-orang Malaysia. Jadi aku retweet sebab aku rasa benda tu kelakar, unik dan tak pernah terfikir oleh orang lain. Come on, you don’t walk into this kind of content everyday, this is something new and funny.

Lepas beberapa hari, aku tengok dalam dunia blogger ni ramai dah yang mula buat entri masing-masing. Ada entri yang mengecam, ada entri yang cuba membuktikan itu ini, ada entri berunsurkan nasihat dan entah apa-apa lagi. Kejap tadi aku tengok entri kat blog original tu dah ada 200+ komen. I saw this coming dan maaf untuk aku cakap di sini, inilah mentaliti Melayu yang tipikal. Kebanyakan daripada kita masih berfikir pada kadar yang terlalu mudah.

Aku tak cakap aku ni cerdik sangat atau apa, cuma perkara ni dah awal-awal lagi nampak sangat orang tu nak melawak. Kebanyakan daripada kita masih tak dapat membezakan antara lawak sarcastic (sarcastic ni dalam bahasa Malaysia pada hemat aku adalah sindiran halus) dan dengan benda yang bukan sarcastic. Come on lah. Orang Melayu dulu-dulu lagi pedas sindiran dia, lagi halus menusuk kalbu and for heaven’s sake we even have out own word for sarcastic! Jadi kenapa kita cepat sangat melatah padahal benda tu sebenarnya bukan sesuatu yang serius pun.

Dengan hanya melihat layout blog tu, description pasal penulis blog tu pun aku dah boleh agak personaliti dia macam mana. Mamat tu mesti jenis yang suka buat lawak bodoh dalam blog. Dalam hal ni lawak yang menampakkan kebodohan orang lain.

Be a quality blogger. Fikir 9 kali dulu sebelum tunjukkan reaksi tentang sesuatu entri yang ditulis oleh blogger lain. Tengok background dia macam mana dulu dan kalau membantu tengok entri dia sebelum ni. Jangan sampai bila kita dah publish, keluar statement garang, sekali tengok entri tu hanyalah entri yang tidak serius langsung. Reputasi kita boleh jatuh macam tu.

..teringat dulu @StreamyxMY kutuk blogger dalam Twitter cakap: Blogger sanggup lakukan apa sahaja asalkan dibayar. Yang ni juga adalah lawak parody (tapi aku tak tau translation parody ke dalam bahasa Malaysia apa). Lawak macam ni memang tahap tinggi sikit dan macam biasa banyaklah blogger kita marah-marah dan sound balik. erm… termasuklah seorang blogger terkenal seluruh Malaysia ni. Apalah kamu ini.. dah terang-terang kot kat akaun description @StreamyxMY tu dia tulis parody account. Jadi bersedialah dengan statement melawak yang kurang ajar sikit.

Think first, then react! Kepada Lufkin, nice entry dude!

2010/2011 Premium Sponsor

36 Comments