Tak Boleh Beli Kereta Kalau Tak Bayar PTPTN

Reading Time: 2 minutes
proton-suprima-s-depan-powerr
Saje letak gambar kereta Proton Suprima S. Bila tengok kat ruangan komen entri sebelum ni, macam ramai je nak beli. hihi..

Bayarlah PTPTN anda kalau tak nak permohonan loan kereta anda sangkut.

Tapi kenapa kereta? Sebab orang Malaysia suka beli kereta dulu, baru beli rumah. Asal kerja je tak sampai setahun, dah mula shopping cari kereta padahal boleh je naik motor pergi balik kerja.

Tak lama lagi (bulan September kalau tak silap) rekod pembayaran PTPTN akan dimasukkan ke dalam Central Credit Reference Information System (CCRIS) dan kepada yang tak tau apa benda rekod CCRIS ni, ianya lebih kurang macam buku rekod anda kat sekolah, cuma dalam ni disenaraikan segala hutang yang anda ada dan rekod pembayaran hutang anda. Lambat sebulan, dua bulan atau tiga bulan, semua direkodkan.

Rekod ini menjadi rujukan pihak bank untuk melihat samada anda ni seorang yang berdisiplin dan membayar hutang tepat pada masanya atau seorang yang tak mampu nak bayar hutang (selalu terlewar bayar atau ada tunggakan).

Jadi kalau tak bayar PTPTN, dalam rekod nampaklah yang anda ada tunggakan. Bila rekod buruk, say goodbye lah kepada permohonan loan bank untuk membeli kereta. Nak beli rumah? Tak payah mimpi la..

Terus terang, saya kesian kepada mereka yang parents tak mampu nak biaya pendidikan anak, terpaksa buat pinjaman PTPTN. Ada orang kata, interest PTPTN ni tinggi, tapi yang tu saya tak tau sangatlah sebab nak akses laman PTPTN ni pun macam hampeh punya lembab. Not helpful at all. Kepada yang tahu, mohon mencerahan di sini.

Memang boleh dapat biasiswa dan boleh dapat convert PTPTN jadi biasiswa, tapi realistik sikit la, bukan semua orang boleh dapat Dean’s list.

Saya cuma mampu mendoakan yang terbaik kepada golongan ini.

Addidional info, nampaknya yang bayar pun susah jugaklah nak apply loan kereta. Thanks Rohaniah Noor sebab highlight isu ni.

bayar ptptn ccris

.. tak lama dulu ada yang cadangkan supaya PTPTN dimansuhkan. Sekarang mungkin ada yang menyesal sebab tersalah pilih ..

Kepada yang terlibat dalam kancah PTPTN ni, boleh baca entri Isu Hutang PTPTN dan CCRIS untuk inspirasi.


Posted

in

by

Comments

37 responses to “Tak Boleh Beli Kereta Kalau Tak Bayar PTPTN”

  1. profhariz Avatar

    Saya risau juga dengan peminjaman ini. Walaupun saya bukan under PTPTN. Tetapi apa-apapun alhamdulillah PTPTN tidak akan meneruskan cadangan untuk menyenaraikan peminjam dibawah CCRIS

  2. ayahsu Avatar
    ayahsu

    Betul ke mereka yg dpt deans list dikecualikan dr byr ptptn, & jumlah cgpa pula atas dari 3.67? Kdg2 kecewa gak..sy dpt 3.51..dulu2 ingatkan x payah bayar sebab dpt 1st class..rupenye kena byr gak. :p
    sy dah lama x bayar..skang nak start sambung bayar balik tp dgn jumlah rm300 bulan2…ok x..? baki loan sy dlm 24k lebih.

  3. drInspirasi Avatar

    Susah juga jika PTPTN dimasukkan ke dalam CCRIS. Lebih-lebih lagi apabila downpayment kereta akan dinaikkan kepada 20%

  4. sukma Avatar

    nasib baik aku bukan peminjam PTPTN…sebab dulu belajar setakat sekolah pondok jer….hehe

  5. Ahmad Hati Avatar

    Terkini : PTPTN tidak akan di masukkan dalam CCRIS BANK NEGARA

  6. myvitrd dot com Avatar

    betul juga cakap akak Rohaniah Noor.. lepas ni kalau disenaraikan dalam CCRIS.. PTPTN akan jadi komitment.. so margin untuk dapat jumlah pinjaman akan kurang.. tak kiralah yang rajin bayar atau tidak

  7. Saljuhumairah Avatar

    Kira sekarang beruntung lah sikit. zaman pengajian saya dulu, walaupun score dean’s list tak boleh convert kepada biasiswa. Lepas setahun tamat pengajian, baru universiti umum siapa yang score boleh ubah PTPTN jadi biasiswa.

  8. hasrulhassan Avatar

    Tak dinafikan ramai yang liat nak bayar hutang

  9. encik bakul Avatar

    apapun..hutang kereta ke, hutang mara ke..hutang ptptn ke..hutang kawan ke..semua kena bayar ye. hehe

  10. akubiomed Avatar

    Nampaknya isu PTPN hangat diperkatakan. Ramai merasa kebimbangan kemampuan membayar balik pinjaman selepas belajar nanti. Pendapat saya bagi yang meminjam PTPN dan masih belajar tumpu kepada pembelajaran anda jangan sampai ia menjejaskan tumpuan.

    Zaman saya tidak ada PTPN. Dengan adanya pinjaman MARA saya dapat menamatkan pengajian kolej teknikal. Semasa dapat elaun selepas ditolak itu dan ini tinggal duit poket RM80 untuk perbelanjaan sebulan. Ramai yang bising mengenai kenaikkan kos sara hidup sekarang dan dahulu. Zaman kami belajar pun tidak jauh beza merungut kos sara hidup boleh dikatakan zaman tersebut nak mohon pinjaman kredit kad tidak lepas seperti zaman sekarang. Apa tah lagi kadar faedah pembelian kereta pun tinggi semasa zaman tersebut.

    Selepas belajar ekonomi tengah jatuh masa itu berusaha membayar pinjaman MARA sehingga habis. Saya mengikat perut dan menangguhkan hasrat memiliki itu dan ini. Antara usaha memberikan ibu sebahagian duit gaji untuk simpanan dan bermain kutu. Adakah anda sanggup bawa bekal roti dan air sirap ditempat kerja seperti saya lakukan? Kenderaan pertama dibeli adalah motorsikal Modenas Kriss selepas 2 tahun bekerja. Kawan-kawan saya ada yang culas membayar sehingga nama keluar surat khabar dan menerima surat peguam baru bertindak. Saya lihat mereka ini utamakan perkara lain terlebih dahulu daripada membayar pinjaman.

    Saya tidak dapat menjangka apa yang akan berlaku pada masa hadapan samada ada penigkatan kos pengajian di universiti awam atau swasta. Sebagai langkah awal setiap anak telah dibuka akaun SSPN sementara sehat dan bekerja. Selain itu saya dapat rebet cukai dengan simpanan SSPN.

    Saya mendoakan peminjam PTPN dapat membayar hutang dan bebas belenggu hutang pada usia muda.

  11. pinkbubblegumprincess Avatar

    I do pay my PTPTN loans but somehow the kos pentadbiran is killing me. Rasanya pihak PTPTN kena memudahkan permohonan ujrah..bagi je terus kos pentadbiran jadi 1% kat semua peminjam..bayar setiap bulan secara berjadual pun dikenakan kos pentadbiran, and rasanya tu ramai yang fikir bayar pun tak guna sebab ciput je hutang kurang. Kalau semunaya dipermudahkan, orang nak bayar pun hati senang..malam-malam nak tido pun takyah fikirkan hutang..Just my two cents.peace yo

  12. Fakarepain Avatar

    ada ura2 kata loan kereta start bulan 9 ni maksimum 7 tahun je..pastu downpayment kena 20%..

    campur dgn CCRIS ni,mmg geng2 ptptn xkan ade ruma la jawab nya kalau dah beli kereta awal2..

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Kawan yang baru lepas loan kereta awal bulan ni dapat sampai 8 tahun je. So jaga-jagalah..

  13. Dahlia Avatar
    Dahlia

    Salam terbaca komen eqa dan saya amat setuju dengan beliau. Pendapat saya sendiri yang datang dari keluarga sederhana dengan adik beradik ramai bukan bermakna kita perlu bergantung sepenuhnya pada PTPTN. Banyak jalan yang ada, selepas habis matrikulasi sebelum dapat offer universiti lagi saya tahu yang saya tak nak pinjam PTPTN, dan disebabkan keluarga saya bukan keluarga senang jadi saya kumpul duit hasil dari pelbagai kerja part-time yang saya buat sebelum medapat biasiswa pada tahun ke-2 pengajian. Bagi saya belajar di uni. awam masih boleh hidup dengan menggunakan duit kerja, tetapi bukan untuk uni. swasta.

    Mungkin komen saya agak panjang tapi saya mengharapkan pelajar buka mata dan minda, PTPTN tu bukan satu keperluan untuk semua orang. sebelum ambil tanya diri;
    sanggup tak nak bayar dan tanggung hutang tak selepas habis belajar?
    kalau rasa tak sanggup baik bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian. :)

    *maaf jika komen ini lari dari tajuk, sekadar perkongsian saya*

  14. Eridy San Avatar

    Saya bukan nak komen pasal pandangan ariff.shah tapi saya nak komen pasal pandangan dlm pic FB tu..dari pengertian saya dia nak kata *peminjam yang bayar cantik pon bising sebab kelayakan untuk pinjaman lain tergugat contohnya rumah*btulkan kalau pengertian saya salah…bagi saya…kalau kita dah ada satu hutang, cuba selesaikan hutang tu dulu…kalau dapat selesaikan hutang dengan cepat…dari pengalaman saya lah…bank happy dan nak sangat nak bagi kita pinjaman lain…jangan dulu kita fikirkan berbini dua kalau bini satu pun susah nak bagi makan..hehehe

  15. syah Avatar
    syah

    disebabkan hutang PTPTN tak masuk CCRIS sebab itulah si pemimjan boleh apply loan melebihi kemampuan .. bila hutang paras2 hidung .. agaknya hutang mana yang boleh kita kata ” kalau ada duit nanti aku bayarlah ” ?

    tak semualah tapi adaaa laa segelintir pemimjam yang macam ni ..

  16. halif Avatar

    Pelajaran yang boleh di ambil: Perlu sentiasa beringat sebelum membuat keputusan. Fikir dengan bijak dan mendalam. Jangan pentingkan diri sendiri. Jika kita dapat belajar dengan PTPTN, usahalah dengan keras, atau lebih keras agar mampu tukar PTPTN jadi biasiswa. Jangan bagi alasan. Usaha dan terus usaha lagi. Jangan mudah putus asa. Mana tahu next year, universiti pula keluarkan berita tergempar, almost studentnya adalah vice canselor’s list!! Pergh!!

  17. Eqa Avatar
    Eqa

    Salam semua,

    I’m here not to judge any of your opinion. This is just my 2 cents. I just wondering why are we always depend on PTPTN when we know mereka charge interest? I saw few comments said that the parents can’t afford the study fees. Ok, I get it. As far as I am concerned, studying in public uni in Malaysia is not that expensive sebab kerajaan dah tolak some amount to help us (if I’m not mistaken la). Correct me if I’m wrong (since saya tidak ambil PTPTN), PTPTN dipelopori mostly with Malays kan? I don’t think most Malays can’t afford to go to public uni. The parents should have enough saving to send their kids to uni. Except they went for private uni, then I know it’s expensive. So what I want to stress out here is we should stop having a culture of spending on what we want. It should be on what we need. Not everyone could get scholarship and you have to know where you stand. Where I stand. Look at our Chinese community. Not all are rich. But how do they manage the money so that their children could have a better education? Simple. Save the money.
    I understand there’s pros and cons Gov does this. Tapi as a Muslim, we know that amalan kita akan hanging in the air selagi kita tak bayar hutang. Looking at where Malays stand now, I believe semuanya mampu but we need to learn more on managing money from the other neighbourhood. I’m saying this for our own future generation. Stop depending on PTPTN. Work out something on your own. Why burden life with hutang? And I kinda agree with Nur. Kadang2 kena ingat orang lain yg lagi tak mampu. Kalau kita tak bayar PTPTN, sapa nak support balik the next ones yang nak dapatkan pinjaman pelajaran. Negara kita ni x kaya mana nak support semua orang. Once again, it is just my 2 cent. :)

  18. fieza Avatar
    fieza

    sy minta maaf bukan untuk menyampuk. sy seorang pelajar berumur 19tahun yang mana dlm proses untuk memohon ptptn untuk menyambung pelajaran dlm program ijazah. sejujurnya sy rasa ccris ni tak patut. pengetahuan sy mengenai soal ni takdela mendalam sangat cuma saya rasa agak susah untuk golongan akan datang utk terus survive. tengok je la hari ni, ramai graduan yg menganggur dan kebanyakan mereka mmg peminjam ptptpn. kata org, takda kerja boleh cari. kalau tak jumpa, kerja tu boleh dibuat cthnya berniaga etc. tapi tak semestinya perniagaan tu mendatangkan untung atau berjaya terutama pada peringkat mula berniaga sedangkan hutang ptptn perlu dibayar mengikut tempoh yang ditetapkan berserta interest yg tinggi. ramai yang cakap “pandai pinjam pandailah bayar” hakikatnya rata2 yang kata begitu bukanlah peminjam ptptn tu sendiri , ramai diantara mereka yang hidup lebih berada yang mampu menggunakan biasiswa ‘pa&ma’. fikir2 lah. just saying

  19. iz Avatar
    iz

    thank god sya dulu Pama sponsor + Yayasan negeri sket… klu x brjanggut nk tanggung hutng belajar je… huhuuu

    tpi setuju gak dimasukkan nama dlm CCRIS tu sbb my ofismate selamba pakai Vios tpi ptptn berkepuk x byr… iskhhh, selamba ckp X nak byr… :(

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Lepas ni kalau dia nak apply loan, teruk la dia kena dengan bank

  20. Ahmad Hati Avatar

    Betul juga Sis tu kata bukan semua yang dpat Dean’s List dan dapat di kecualikan dari membayar.

  21. titan Avatar

    gua dah habis bayar. haha..

    yang penting..lepas grade..bayar tiap-tiap bulan. Jangan putus. Sikit pun tak apa.. 4 tahun setengah. Habis bayar. Tak susah.

    Takde duit? Cari kerja la maa..kerja banyak kat malaysia nih..dok rumah aje..memang la tak dapat apa..

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Mungkin ko boleh sharekan cerita ko masa awal2 kerja dulu nak settlekan PTPTN. Ajar sikit macam mana ko manage duit.

      Aku takde pengalaman tu, so susah nak cerita.

      1. titan Avatar

        Ha..rujuk sini.

        http://ahmadfaizal.com/2013/08/19/isu-hutang-ptptn-dan-ccris/

        Pendek kata..bersusah dulu la..

        Kalau ingat balik tempoh 4 tahun lebih bayar ptptn ni..ngeri gak sebenarnya..haha

      2. nur Avatar

        maaf menyampuk… selalu saya jd silent reader jer. tp isu ni mmg menarik perhatian saya utk komen.

        sekadar nak share pengalaman sendiri.. saya adalah peminjam PTPTN dan alhamdulillah baru saja dpt settle kan sblm tarikh tamat diskaun 20% yang ditetapkan pd budget 2012/2013 yg lepas.

        ikut pengalaman sendiri, dgn zaman skrg yang penuh dgan lambakkan graduan universiti baik swasta mahupun awam. hanya satu suggestion saya pd adik2 yg tgh belajar @ sedang mencari kerja. kerjalah apapun selagi boleh memberikan hasil asal jgn jd GRO, jual dadah @ ganja or terlibat dgn benda2 haram sudah. mmg la cepat kaya tp belum tentu kalau duit hasil yg dpt itu digunakan utk bayar PTPTN akan menjadikan ILMU yg pernah dikutip dulu akan tetap bertebaran didada dan diminda.

        pengalaman saya, lepas habis study saya pernah kerja di jakel utk 2 hari sblm saya dpt kerja sebagai kerani di firma guaman (itupun sekadar kontrak selama 1 year). pernah kerja di syarikat motor dan kereta juga pernah jd penganggur selepas semua kontrak pekerjaan tamat. tp wlau jd penganggur, saya tetap cari peluang ambil upah menaip di rumah dr syarikat yang memperlukan tenaga tambahan sblm dpt kerja tetap skrg ni. saya juga tolong ayah pungut buah sawit dan jual buah kelapa. jadi jangan sesekali malu utk buat apa saja asalkan ia halal dr segi agama dan mendatangkan hasil. dr duit2 pekerjaan saya dan hasil jual sawit dan kelapa itulah saya buat bayaran ptptn sedikit demi sedikit. kalau kwn seangkatan sibuk duduk dlm opis ada air corn dgn pangkat yg best gaji beribu tp liat nak membayar dan sibuk mengumpul harta lain mcm kereta, kawin dan rumah. sekurang2nya saya yg kerja biasa2 ni dpt juga melunaskan hutang. satu perasaan yang saya dpt share lepas settle hutang PTPTN, ya perasaan LEGA tu mmg akan buat kamu tersenyum sepanjang hari.

        kesimpulannya, kerjalah apapun, buatlah apapun asal boleh mendatangkan hasil. buat tuisyen @ ngajar ngaji di rumah pun ok kalau anda berada di kawasan taman perumahan.

        mcm mana manage duit? ikat perut bro. mkn nasi tgh hr je. pg dgn mlm mkn simple2 sudah. roti dgn biskut cecah air milo @ minum air suam jer. sekali dua kala layan la maggie. kalau org lain sibuk dpt gaji kumpul harta @ nak kawin. org2 mcm kami akan sibuk kumpul duit nak bayar hutang (itupun pd mereka yg serius memikirkan hutang la). perasaan berhutang dgn PTPTN seolah2 sama jer perasaannya berhutang dgn ALONG.. x lena nak tido, mkn x kenyang, mandi je basah sbb nak sihat dan segar sentiasa.

        *****sorry kalau komen saya panjang berjela. moga ia memberi semangat dan manfaat mungkin juga idea kepada org lain. pesan saya, JANGAN MALU UTK BEKERJA SELAGI IA HALAL :)

        1. Ariff Avatar
          Ariff

          Takpe kongsi pengalaman panjang-panjang. Biar orang lain boleh baca dan ambil pengajaran. Berapa puluh ribu orang lagi kat luar tu yang liat nak bayar hutang atas sebab-sebab tersendiri, tak kurang juga ada yang tak mampu nak bayar.

          Sebenarnya tak jadi isu pun. Orang kita ramai yang malas. Setakat RM50-RM100 sebulan nak bayar, boleh je manage sebenarnya. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

        2. Affan Avatar

          Saya tiada pengalaman dgn PTPTN, sbb bukan peminjam PTPTN. Terima kasih kerana berkongsi pengalaman.

          Berapa peratus ya interest yang dikenakan?

          Yang gaji banyak tapi tak mahu bayar tu memang tak patutlah, tapi kalau interest tinggi, kesian pada mereka yang gaji tak seberapa.

          1. nur Avatar

            @AFFAN:

            interest PTPTN 3% + kos pentadbiran 1% = 4%.. actually ptptn ada ujrah utk dpt kan penolakkan dr interest 3% kepada 1% . tp permohonan ni juga ada syarat tertentu juga. bukan semua org akan dpt hak keistimewaan ujrah tu. itu yg agak sukar dan memberatkan. apa yg saya boleh ckp, dr pengalaman saya nak berurusan dgn ptptn anda perlu kesabaran yg sgat tggi. dan saya lebih suka nasihatkan pd adik2 yg berhutang, please call careline ptptn dgn cepat kemudian minta operator diaorg bg contact number/email pegawai yg jaga akaun kalian (actually setiap pelajar yg jd peminjam ptptn, akan ada 1 pegawai yg akan jaga akaun kalian). ikut pengalaman saya, berurusan terus dgn pegawai lagi mudah dr berurusan dgn careline sbb nak kena tggu operator sambung ke line 1, 2,3 dan mungkin juga smpai 4, 5 & 6. itu lagi sukar sebenarnya. yg tak kuat semngat dan sibuk pasti rasa cepat nak marah sbb ambil masa yg panjang. pd yg dah black list / terasa bebanan ansuran bayaran yg ditetapkan itu jumlahnya besar, anda boleh minta pegawai ptptn mengurangkan jumlahnya atas persetujuan diri anda dan pegawai. semua itu atas budi bicara anda bersama pegawai.

  22. cikgu naman Avatar

    memang ramai yang terpaksa ambil PTPTN sebab ibu bapa tiada simpanan yang banyak..kalau yang bernasib baik mak bapak ada simpanan banyak tidak perlu bergantung kepada PTPTN

    kalaulah PTPTN tiada kos pentadbiran yang terlalu tinggi mungkin ramai yang tidak liat membayar balik

    tapi pokok pangkalnya si penghutang perlu tahu lah Hutang Wajib dibayar ..

    nasib baik berhutang sikit je dengan PTPTN sebab dapat biasiswa..cuma kesian jugak kalau pelaksanaan baru ni lagi menyebabkan mereka yang baru nak memulakan kerjaya tertekan..

  23. MK Kimi Avatar

    Dapat FIRST CLASS baru convert jadi biasiswa. PTPTN dh jadi legal “along”. Cekik peminjam cara halus. A good point is, yg liat byr tu leh cepat byr but still bukan cara terbaik nk suruh peminjam byr hutang…

  24. azrijohan Avatar

    PTPTN ni memang diberi perhatian serius, kalau tak silap sebelum ni kalau tak habis bayar dilarang keluar daripada negara dan sekarang rekod pembayaran pula akan ditunjukan melalui CCRIS ni…

    1. Anarm Avatar

      Bukan tak habis bayar, tapi tak pernah bayar hutang PTPTN.. sebab tu kena blacklist.. Tapi sekarang rasanya yang kena blacklist dari ke luar negara tu diorang dah clearkan nama..

      Sape yg pernah check nama kena senarai hitam tu boleh check balik tengok nama masih blacklist atau dah clear.. kalau dah clear, sila buat bayaran secara konsisten utk selamatkan diri dari kena blacklist lagi..

      1. azrijohan Avatar

        Oooo macam tu, baru den faham. Thanks bro Anarm :D

  25. paeh Avatar

    Dua tiga kucing berlari.
    Jangan lari daripada hutang.

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Hutang PTPTN ok lagi. Jangan hutang dengan ah long bukit beruntung

      1. Anarm Avatar

        Hutang dengan ahlong bukit beruntung, kalau tak bayar hutang dia bukan setakat tak boleh beli kereta, rumah, dan lain2.. nak beli apa2 pun dah tak boleh sebab mungkin dah mati..