[SULIT] Projek Empat Ratus Nuffnang – Dah Tak Sulit Lagi?

Baru-baru ni, dunia blogging Malaysia telah dikejutkan dengan projek baru daripada Nuffnang, Projek Empat Ratus. Jemputan telah dihantar kepada beberapa blogger yang berstatus Glitterati dan ada ura-ura mengatakan bahawa akan berlangsungnya satu ‘pertemuan’ di sebuah kompleks membeli belah di ibu kota pada 17 April 2010.

Jadi apa sebenarnya yang akan berlaku pada pertemuan ini nanti? Memandangkan seramai 400 bloggers akan bertemu, dan setiap blogger dikehendaki untuk membawa seorang kawan, sekurang-kurangnya 800 orang akan berkumpul di satu tempat pada satu masa yang ditetapkan nanti. Aku tak tau apa plan Nuffnang, tapi yang aku tau dengan kekuatan seramai 800 orang aku ada beberapa idea/spekulasi berkaitan event ini:

KL Freeze 2010


Kl Freeze 2008

Antara point yang menyokong spekulasi ini:

  • KL Freeze 2008 berlansung pada hari Ahad, 13 April 2008. 17 April 2010 jatuh pada hari Sabtu, cuti lah jugak kan
  • KL Freeze 2008 berlangsung di Pavillion KL (kompleks membeli belah) dan ‘perjumpaan’ Projek Empat Ratus Nuffnang akan berlangsung di pusat membeli belah

Flashmob


Bristol Lightsaber Flashmob

Rasanya tak pernah buat lagi flashmob kat Malaysia ni Random Alphabets dah buat beberapa flashmob, tapi tu semua remake/tiru idea yang dah pernah buat kat tempat lain. Tak original! Cuba organize something yang memang Malaysian je boleh buat. Ha.. camtu baru gempak.

***

Ni hanya spekulasi aku dan boleh kata wishful thinking aku gak la sebab mungkin ada yang dah tau dah apa sebenarnya Nuffnang nak buat.. Tak banyak lagi event2 happening yang melibatkan ramai orang serentak kat Malaysia ni. Agak bosan la jugak. Kalau setakat kat nightclub berhappening minum2 ronggeng2 tu mana-mana pun ada kan. Try buat something fun ramai-ramai in the daylight. Baru best!

Lokasi.. Based on spekulasi aku, lokasi yang paling sesuai nak buat benda-benda tu kat Pavillion la kot,  macam masa KL Freeze 2008.  Second choice Mid Valley. Tapi kalau Mid pun, nak kumpul 800 orang kat Center Court tu rasanya dah padat sangat. Kalau outdoors, maybe KLCC. Tapi panas bai~ Mustahil diorang nak buat outdoors.

Apa-apa pun ni pendapat aku jer yang tinggal berbelas ribu kilometer dari Malaysia. Haha~ Pendapat korang lak camne? Ada apa-apa khabar angin tak? Or siapa-siapa dah tau plan sebenar Nuffnang ke.. Sharelah sket.


45 thoughts on “[SULIT] Projek Empat Ratus Nuffnang – Dah Tak Sulit Lagi?

  1. aku x geli2 pun dpt mel gak..huhu..sulit2
    .-= Cerita terbaru aizuddin.. gelanggang RAJA lawak musim ke 4 [astro PRIMA] *updated minggu 10 @ FINAL =-.

  2. Dapat. And replied dah.
    Ada perasaan takot di-fooled. Haha ! ;)

    But anyways, I agak setuju dengan your tajuk.
    [SULIT] Projek Empat Ratus Nuffnang – Dah Tak Sulit Lagi.
    Cause ramai dah brag about it. Hehe :)
    .-= Cerita terbaru Sakira.. Nuffnang – Pelik. =-.

    • Kalau pergi nanti sharelah cerita pasal projek tu. Berminat gak nak tau apa sebenarnya benda ni

      • Hmm. Tak pasti lagi whether I’m chosen as one of the 400 or not.
        Ni dorang just randomly send out to bloggers with Glitterati status kalau tak silap.
        Those who replies ; tak tau berapa ramai. From there they’ll cut down, perhaps ?

        Anyways, Insyaallah akan ku sharing-sharing if I attend that project ;)
        .-= Cerita terbaru Sakira.. Nuffnang 101 : How To Increase Your Earnings ? =-.

        • Aku rasa they send out to blogs BM jer. Check2 takde pulak blog2 English yang kecoh2

    • Reply je email dia. Nanti confirm Nuffnang tapis balik siapa yang dapat official invitation dan siapa yang tak.

    • Itulah. Nuffnang kena reject application sape2 yang kecoh. haha~ Kasi ajar sket.
      Tapi.. takkanlah sampai macam tu kan..

    • Takdelah. Ni bukan siapa cepat dia dapat. Confirm dia tapis gak blog mana-mana dapat tempat. Kalau abang Nara confirm dapat punya ;)

  3. btul la tu memula ingatkan emel tu scam jer..sb semacam..dalam BM lak tu..
    sbab biasanya kan dalam English dia nyer emel…pelik gak.
    tpi pernah terbaca pasal tu dalam Eyriqaz nyer blog.. so, fikir yg betul jer laaa..
    anyway, betul ckp Mel, ramai yg dah mengugurkan status Gliterati tu, itu yg menyebabkan NN bertindak sedemikian rasanya…
    Apapun sis sendiri xsure nk join ke x, sebabnya En. I pun dah menunggu…

    “Komen ini tidak akan meletup” :P
    .-= Cerita terbaru DaHLia.. A to Z Blogger List..Ayuh, masukkan link kamu!! FOLLOWER ku, sila ambil perhatian! =-.

    • Ramai tu takdelah sangat.Cuma.. entahlah. Diorang nak buat projek kasi peluang untuk blogger berbahasa Malaysia pulak kot. Sebelum ni semua event English jer..

  4. email ini memang dihantar oleh nuffnang . Spekulasi ini tak pasti pula aku.

    Berkemungkinan status geligeli nie dah semakin berkurangan . mungkin disebabkan ini dorang nak buat plan camni . Faham2 kenapa status geligeli semakin menurun kenapa .

    Ini pendapat aku :D
    .-= Cerita terbaru Melz.. Tulis & Menang AriffShah.Com =-.

    • Haha~ Kalau camtu memang hebat la diorang punya projek. Bukan senang nak coordinate ramai orang macam tu.

    • Reply jer. Biasa kalau scam2 ni dia mintak macam2. Kalau tak pun suruh klik link. Ni dia mintak nama penuh, emel ngan nama blog jer kan.. So selamat la.

    • Itulah. Kat sini time winter mana ada aktiviti luar. Nak bersukan semua buat dalam dewan.

  5. Pingback: IMCurtain.com