Spam Dari Triberr & Cara Untuk Mengatasinya

Reading Time: 2 minutes

Awal-awal lagi aku dah nampak perkara sebegini akan berlaku (tribe besar, spam banyak!). Pada peringkat awal kewujudan Triberr, tweet yang dihantar oleh ahli hanyalah satu untuk setiap seorang setiap hari. Kalau macam tu memang adillah supaya akaun Twitter ahli tribe tidaklah menjadi alat oleh ahli yang lain.

Tapi baru-baru ini, mereka telah mengubah kepada unlimited tweet dan memberikan peluang untuk mengehadkan jarak masa antara tweet yang dihantar melalui triberr. Ada blogger update blog seberapa banyak kali yang mungkin dalam sehari menyebabkan sistem sekarang ni boleh digunakan untuk memanipulasikan akaun Twitter pengguna tribe yang lain.

Beberapa cadangan untuk menyelesaikan masalah ini:

  • Tribe Leader memilih blogger biasa yang tak update sampai berpuluh-puluh kali sehari untuk masuk ke dalam tribe.
  • Melalui undian, ahli tribe boleh memilih jumlah maksimum update daripada setiap individu. Dua tweet sehari adalah sesuai untuk kebanyakan blogger. Tweet selebihnya haruslah dipadam sendiri oleh blogger yang update terlalu banyak tu.
  • Ahli tribe mengundi untuk mengeluarkan ahli-ahli yang mereka tak berkenan.

Walaupun agak agresif, tapi ini adalah untuk menjaga kepentingan semua. Aku tahu semua orang walaupun katanya tak kisah dengan akaun Twitter (bilangan follower) masing-masing, masih mempunyai simpati terhadap follower mereka. Yelah, kalau setiap 5 minit asyik keluar triberr tweet yang mengarut, luar niche dan entri yang tak berkualiti, follower lama-lama pun meluat gak.

Siapa tak nak kalau ada reach banyak ni kan?

Bukan nak cakap tak nak kongsi atau kedekut atau sombong dan sebagainya (alasan biasa yang kita gunakan kalau tak dapat attention daripada sesiapa), tapi semua orang ada kepentingan dan standard yang perlu dijaga. Nak dapatkan follower bukan senang, tapi kalau sebaliknya memang mudah.

Sebagai blogger dan ahli Triberr, apa yang boleh dilakukan untuk membanteras masalah timeline spamming ini?

  • Undian untuk mengeluarkan ahli yang melebih-lebih tadi.
  • Keluar daripada tribe yang besar tersebut dan buat tribe baru di kalangan rakan-rakan anda.
  • Tapis setiap tweet yang bakal dikeluarkan, mana yang tak berkenan boleh dipadamkan terus daripada stream.
  • Jarakkan tweet yang dihantar kepada interval yang lebih besar (20-30 minit). Pergi ke Account > Content Settings > Maximum frequency..
  • Jangan post entri dengan CAPS LOCK pada tajuk. Ramai yang tak suka dengan tajuk caps lock sebegini, termasuk aku. Tiap-tiap hari aku akan padam entri yang guna caps lock ni #truestory
  • Macam yang aku dah cakap sebelum ni, kalau dah join tribe besar, kurangkanlah menghantar link berbayar ke dalam timeline anda. Cukup-cukuplah follower anda disuapkan dengan link. Aku dah lama stop CPC tweet ni.

Semoga apa yang baik dapat dimanfaatkan, bukan disalahgunakan.


Posted

in

by

Tags:

Comments

32 responses to “Spam Dari Triberr & Cara Untuk Mengatasinya”

  1. lin azlina Avatar

    arghh..masih tak paham..kena belajar lagi ni….kena join baru tau kot

  2. Denaihati Avatar

    Dalam hidup ini untuk berjaya ada proses pematangan dan manusia yang nak berjaya mesti belajar daripada kesilapan.

    Ramai yang mula join triberr terutama dalam tribe DH memang tak tahu hujung pangkal apa ini triberr walaupun jelas tertulis di FAQ. Setelah masuk baru tahu dan ada yg malu nak tarik diri sebab mungkin takut aku terasa hati. Dalam dunia yang mencabar ini untuk berjaya kita tak boleh cepat terasa hati. Setiap blogger ada priority apabila mereka berkarya.

    Triberr ada banyak kebaikan cuma tapisan seprti yang dicadangkan oleh Ariff dan beberapa blogger yang lain perlu diambil kira.

    Aku sedang meniliti semua pandangan dan perjalanan tribe DH insyallah akan buat sesuatu untuk kebaikan semua.

    1. izwannizam Avatar

      mungkin masalah wujud apabila pengisian blog tak serupa.itu wujud rasa kurang senang dengan benda alah ni..apapun denaihati sudah memberikan peluang kepada yang berminat.cuma mungkin mereka harus memikirkan kesan baik buruk sebelum menyertai..

      1. Denaihati Avatar

        Benda baru memang macam tu kita lambat sikit nak digest.

  3. madammondoq Avatar

    wau.. st still kurang faham lagi triberr ni.. still studying..

  4. Izwan Avatar

    link berbayar spt says tu rasanya dah masuk hak individu sebab boleh dikawal..
    cuma auto RT tu je kena control sikit.. follower2 aku yg bilangan follower dia tak ramai mesti selalu nampak RT dari aku je..cam entri affan crite..lepas ni nak jarakkan masa la..

  5. aizuddin Avatar

    kadang2 aku perasan jugak dekat timeline aku..entri2 pelik pulak keluar..huhu

  6. Kujie Avatar

    Semua benda ada dua sisi berlawanan – baik dan buruk. Timbanglah mana yang perlu dan apa yang kita dapat dari keputusannya.

    Suka RT manual..ada feeling atas usaha kita

    1. Incik RestNrilekS Avatar

      Ehh Samalah kita. RT personal ada unsur interaksi dan berkenal kenalan. :)

  7. Incik RestNrilekS Avatar

    Salam,

    Baru aje join triberr ni atas pelawaan Incik DH walaupun dah tahu lama ada.

    Tapi memang setuju la kenyataan kat atas ni. Baru ajer masuk, tapi dah penuh dah link2 rt. Bagus memang auto, tapi macam hilang touch personal sebab semuanya auto. Dalam masa beberapa minit, penuh timeline ngan RT dari triberr.

    Mungkin triber ni bagus dalam group yang kecil – jadi baru betul2 sharing is caring. hehehe.

    Cara personal mungkin lambat, auto rt cepat, tapi, tuu laaa aku masih lagi suka yang personal.

  8. Yukis Yuli Avatar

    Ntahla aku ada akaun twitter tapi xbuat apa2 pun. TQ

  9. Ahmad Fikrizaman Avatar

    Suka triberr ni.. tapi tak suka spam.. masuk denai hati punya tribe… memang banyak member + banyak spam.. betul macam cakap hang arif, kena buang mereka-mereka yang update content banyak dalam sehari..

  10. Azuan Avatar

    Tak faham lagi benda alah ni.. patut lah tgk byk jer benda yg aku tweett… rupanya hok org lain punya…

    1. reezluv Avatar
      reezluv

      sama la..ape benda pun tak paham..twit tu ape?burung ke? :P

      1. Azuan Avatar

        Emm, burung yg berbunyi kot… tweet tweet bunyi burung…

  11. MuJE Avatar

    ok dah buat langkah 3,4 dan 5… memang agak terasa dengan spammer pakai triberr ni.

  12. zulkbo Avatar

    salam..
    masih baru dan
    tak faham lagi triberr
    tu..tapi kelihatannya
    byk pula dapat twett

  13. Adam Roslan Avatar

    Baru berjinak dengan Triberr. Memang bawak trafik, satu permulaan yang baik. Tapi bila dah bertukar jadi benci, susah jugak. Aku setuju dengan apa yang ariffshah senaraikan di atas.

  14. ekspresiruang Avatar

    jarang perasan tweet dari tribber. tgk2 dah tweetkan entry org lain. huhu

  15. aidilf nordin Avatar
    aidilf nordin

    aku tak tahu dan tak pernah ada twitter pun. tapi sengaja nak menulis di blog kau. sila komen sedikit.

    1. ariff Avatar

      hahahahaah.. aku tau ko tengah bosan sebab hujan ni

  16. Ezany-Kun Avatar

    patutnya triberr kena include hashtag kot.. senang sket nak filter..

  17. paeh Avatar

    aku register. pastu tinggal. apa efek dia… hahaha

    1. ariff Avatar

      takde efek.

  18. Pacifista - X Avatar

    ni yang aku tak berkenan ni.spam!
    terima kasih,bro ariff dengan info ni.aku pun baru je join arini…

  19. syahrilhafiz Avatar

    haaa nasib bukan aku..hehe
    sapa yang join network macam Denaihati tu memang dapat advance lebih la..

  20. Piratz Avatar

    Sorry ye Ariff… Aku terpaksa keluar dari tribe ko… Sebab aku tak brape nak paham pasal tribrr nie.. TQ sebab invite aku dulu..

    1. ariff Avatar

      oh. no problem je..

      1. Fazreen Avatar

        Aku dah delete akaun terus…

        1. ariff Avatar

          haha.. patut pun lama xnampak

  21. Azah Avatar

    ak pun dah tukar setting tadi, amek interval 60 minit terus. ak sendiri annoying tengok apa yg ak tweet, apatah lg follower lain. mungkin cara nk vote kluar dr tribe (ala2 survivor plak) adalah satu cara yg bagus, tp matlamat utk menjadi network terbesar mungkin susah nk dicapai. benda ni bagus, cuma orang belum pandai manfaatkan.

    1. ariff Avatar

      Takpe kot kalau vote2 keluarkan orang ni. Daripada orang ramai fed up dan keluar.